Jumaat, Jun 26, 2026

Tuanku Luckman Sinar : Satu panduan untuk masyarakat Melayu

Pergi pada majlis ilmu ketiga dan terakhir mahu dihadiri di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) minggu ini. Bersambung daripada Antara Islam dan Buddha untuk keamanan dan harmoni.



Adapun majlis itu adalah tentang tokoh berdarah bangsawan bernama Tuanku Luckman Sinar. Poster menyebut gelarannya sebagai Tengku. Yang sebenarnya adalah Tuanku... kerana taraf beliau (baginda sebenarnya) adalah sebagai Sultan Kesultanan Serdang di Sumatera.



Walaupun kesultanan secara rasmi tidak lagi wujud sejak mejadi sebahagian daripada negara Republik Indonesia tahun 1945 kemudian dijatuhkan sepenuhnya apabila berlaku Revolusi Sosial 1946 yang menyaksikan sejumlah kerabat diraja negeri-negeri jiran dibunuh dengan kejam, daripada segi adat kesultanan masih berdiri lalu Tuanku Luckman Sinar yang lahir 1933 menjadi sultan sebelum mangkat tahun 2011.



Dalam artikel Antara Islam dan Buddha untuk keamanan dan harmoni ada dinyatakan artikel itu ditulis selepas menunaikan solat Jumaat siang tadi.



Sungguh cantik tarikh hari ini, Jumaat 10 Muharram iaitu Hari Asyura. Tarikh Baratnya pula adalah 26/6/26.



Artikel tersebut dipersembahkan jam 2.22 petang dalam masjid. Saya masuk ke majlis di hujung satu lagi bangunan ISTAC terlewat sedikit beberapa minit.



Ketika itu pemudahcara sudah selesai memperkenalkan pembentang iaitu Profesor Madya Dr Mehmet Ozay. Mehmet yang berasal dari Turki tetapi mengahwini wanita Aceh pun memulakan pembentangan.



Ah. Dalam slaid sudah dibetulkan gelaran iaitu Tuanku Luckman. Dan dinyatakan beliau (baginda) adalah Sultan ke-8 Serdang, satu kerajaan yang terbit daripada pemecahan Kesultanan Deli 300 tahun lalu.



Ditunjukkan kedudukan Serdang dan beberapa negeri/kerajaan di sekitar seperti Deli, Langkat dan Asahan.



Sedikit sejarah melibatkan kerajaan-kerajaan berkenaan...




Diberikan gambaran apa yang hendak diketengahkan tentang Tuanku Luckman...









Secara rata Tuanku Luckman dikenali ramai sebagai seorang intelektual yang banyak menulis tentang Melayu dan kebudayaannya demi mengangkat kembali martabat dan harga diri pada ketika identiti keMelayuan di Sumatera sudah lama terhimpit disebabkan kepentingan-kepentingan politik tertentu. Ikuti sendiri majli melalui video bawah. Pada minit-minit akhir ada perkongsian daripada ahli kerabat terdekat Serdang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan