Jumaat, April 24, 2026

Akhirnya, "Merah Silu Live" ke-23. Setelah 11 minggu tidak bersiaran

Salam tengah malam Jumaat. Ada perkongsian yang sepatutnya sudah lama dibuat tapi baru kini berkesempatan.



Ini adalah rakaman video bagi edisi ke-23 "Merah Silu Live" yang diadakan baru ini Selasa malam Rabu 21 April 2026. Sepatutnya edisi ini dilaksanakan pada 10 Februari, ketika saya, isteri dan anak-anak sedang berada di luar negara untuk melakukan umrah. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - The complete set. Namun berlaku tersilap perkiraan yang mana saya telah membuat siaran langsung dari lapangan terbang Jeddah jam 2.30 pagi waktu Tanah Arab, Rabu 11 April. Kerana menyangkakan ia bersamaan jam 9.30 malam waktu Malaysia. 

Setelah beberapa minit bersiaran baru tersedar sebenarnya ketika itu sudah melepasi jam 7.30 pagi di tempat kita. Sepatutnya saya mula bersiaran jam 4.30 petang waktu Tanah Arab hari Selasa. Ketika itu kami sedang berada di Istanbul berjalan-jalan waktu transit. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - Sehari di Istanbul.  Dengan itu dibuat azam agar edisi ke-23 itu dapat dibuat pada minggu berikutnya 17 April. 

Namun sampai waktunya saya masih belum selesai umrah ke-4. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan. Selepas itu berlaku keadaan-keadaan yang menghalang sehinggalah baru ini. Untuk makluman edisi sebelum itu dilaksanakan 3 Februari. Lihat Nisfu Sya'aban dan "Merah Silu Live" ke-22. Dengan itu edisi ke-23 berlaku setelah 11 minggu tidak bersiaran.

Apapun, seperti biasa, siaran dimulakan dengan mengulas perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021. Kali ini sampai enam perjalanan lama diulas :-


30. Ke selatan Dis 2008 sekitar 700km. Lihat Perjalanan ke selatan dan naik balik (bersama isteri)... 

31. Pantai Timur bersama isteri Dis 2008 - Jan 2009 - lebih 1,300 km. Lihat Koleksi cerita perjalanan awal tahun ke Pantai Timur bersama isteri!.

32. Fraser-Janda Baik-Raub-Lipis awal 2009 -  lebih 550 km. Lihat Perjalanan hujung minggu lalu - Bukit Fraser, Janda Baik, Raub dan Kuala Lipis

33. Jengka-Bagan Datoh awal 2009 - hampir 900 km. Lihat Meraikan pengantin di Jengka, Pahang membawa ke Bagan Datoh, Perak.

34. Melaka Mei 2009 - sekitar 550 km. Lihat Takdir yang mencorak perjalanan terbaru ke Melaka....

35. Muar-Ledang Mei 2009 - sekitar 580 km. Lihat Perjalananan terbaru ke Muar dan Ledang... ada kena-mengena ke dengan Ahlul Bait?.


Rabu, April 22, 2026

Rekonstruksi pemikiran Islam menurut Iqbal

Bersambung daripada artikel Pemetaan dan kuasa : Satu kritik geografi politik pasca-kolonial.



Petang pula ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk mengikuti satu lagi majlis ilmu.



Yang ini adalah diskusi buku tajuk berkenaan tulisan pemikir terkenal benua Hindi, Iqbal. Oleh Profesor Dr Khairuddin al-Junied.









Diberi sedikit latar belakang tentang Iqbal, antaranya sebagai orang yang bertanggungjawab mengasaskan negara Pakistan.



Selain dikenali sebagai cendiakawan dan pemikir agung ramai lebih mengenalinya sebagai pemuisi yang ulung.



Latar belakang kecendikiawan tokoh yang lahir tahun 1877...



Beliau dikatakan sangat peka dan ambil tahu keadaan masyarakat dan permasalahan umat Islam zaman itu, ketika banyak negara Islam sedang dijajah Barat.



Diitulislah buku yang tajuknya boleh diterjemahkan sebagai "Rekonstruksi Fikiran Keagamaan dalam Islam".



Walaupun banyak menekuni ilmu-ilmu Barat termasuk falsafah pelbagai arag beliau melihat kebangkitan cuma akan berlaku apabila kembali pada Quran dan ajaran sebenar sehingga dapat mengapai pengalaman-pengalaman keagamaan (yang juga bersifat kerohanian). Ikuti sendiri majlis melalu video berikut...



Pemetaan dan kuasa : Satu kritik geografi politik pasca-kolonial

Kembali pada majlis ilmu. Kali ini di kampus utama UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) di Gombak.



Semalam pagi Selasa 21 April 2026 pergi ke kampus berkenaan setelah hampir 3 bulan tidak bertandang.



Tajuk majlis ilmu yang mahu diikuti boleh diterjemahkan sebagai "Pemetaan dan Kuasa : Satu Kritik Geografi Politik Pasca Kolonial". 



Dibawa oleh Profesor Dr Farish Noor ia adalah tentang bagaimana kita boleh membaca maksud tersirat di sebalik perkembangan ilmu pemetaan Barat.



Ditunjukkan sejumlah peta yang dilukis mereka tentang dunia membawa ke rantau Asia terutama di bumi kita Alam Melayu, dari sebelum zaman pertengahan Eropah hingga ke abad 17, 18 dan 19.



Masuk abad ke-18 kuasa-kuasa kolonial sedang giat mengembangkan kuasa di belah bumi lain lalu rajin membuat pemetaan tempat-tempat.



Semakin lama semakin cantik, tepat dan terperinci peta dengan bentuk muka bumi, nama-nama tempat dan lain-lain maklumat.




Perincian maklumat menunjukkan kuasa-kuasa kolonial telah berjaya menembusi dan menerokai tempat-tempat itu.



Ini menunjukkan kekuasaan kerana untuk dapat menembus dan meneroka perlu ada kekuatan.



Dengan itu peta-peta kolonial, bila dilihat dengan kaca mata kita di zaman pasca-kolonial ini,  boleh dibaca sebagai berikut :-


1. Dokumen keuntungan/kehilangan (gain and loss) - Semakin banyak wilayah dikuasai mereka semakin banyak yang hilang/terlepas dari tangan warga asal.

2. Pengakuan cita-cita dan kehendak (untuk menakluki dan berkuasa)

3. Pengakuan takut dan kebimbangan (kerana setiap tempat yang belum dapat dipeta bermaksud belum dapat dicapai lalu entah apakah penentangan yang wujud di tempat itu)




Ditunjukkan pula peta jangkauan cita-cita Israel untuk menerbitkan negara Israel Raya. Maka faham-fahamlah kita apakah maksudnya. Sila ikuti sendiri majlis melalui video bawah.





Ahad, April 19, 2026

Majlis raya keturunan Laksamana Muhammad Amin daripada belah Orang Kaya Arshad dan Aminah di Teluk Intan

Salam. Cerita daripada hujung minggu baru ini.



Pagi Sabtu 18 April 2026, sejurus sebelum solat Subuh di masjid warisan keluarga di Batak Rabit, Teluk Intan. Saya telah bermalam di masjid ini setelah 9 bulan tidak berbuat begitu.



Oh. Hari sebelumnya Jumaat pergi masuk hutan panjat bukit berupa gunung kecil sebelum dapat keluar dalam kegelapan malam. Lihat artikel Climbing up Gunung Besout di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Pagi dah kena bersiap untuk ke majlis keluarga di bandar Teluk Intan.









Ia adalah majlis raya keturunan Laksamana Muhammad Amin daripada belah Orang Kaya Arshad dan Aminah.






Nama Muhammad Amin tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebagai Laksamana Perak ketika berlakunya Perjanjian Pangkor tahun 1874 namanya sudah cukup terkenal dan saya telah banyak kali menulis tentangnya.






Almarhum  memiliki beberapa orang isteri dan anak. Yang ini adalah untuk keturunan anak-anak bernama Arshad, lebih dikenali sebagai Orang Kaya Arshad dan adik seibunya Aminah.









Saya adalah generasi ke-5 keturunan Muhammad Amin dari belah Arshad. Banyak cerita berkenaan telah dikongsikan terutama melibatkan hal tanah milik Laksamana di Mekah. Rujuk artikel lama Perbicaraan hak faraid harta Laksamana Muhammad Amin dan hal-hal berkaitan.






Di sini tak perlulah bercerita panjang.










Cukuplah sedikit gambar untuk menunjukkan keadaan.