Jumaat, Oktober 30, 2026

Menyahut panggilan Kalimantan - Kejutan jerebu Pontianak

Salam. Beberapa hari lalu telah dipersembahkan artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Satu pengenalan sebelum cerita terperinci harian untuk memberikan gambaran ringkas tentang pengembaraan terbaru saya dan isteri yang telah berjaya dilakukan dengan jayanya. Sekarang sampai masa untuk berkongsi perincian dari hari ke hari.



Pengenalan lebih awal atau lebih tepat, rancangan (juga harapan) perjalanan telah dibuat hampir sebulan lalu melalui artikel Menyahut panggilan Kalimantan - Semoga semua baik-baik sahaja di mana dinyatakan kebimbangan tentang keadaan jerebu melanda Malaysia yang ramai tahu berpunca di Kalimantan. Kalau di sini pun sudah sangat menganggu, apatah lagi di sana. Pagi Jumaat 9 Oktober 2026 sampai masa untuk melakukan perjalanan. Tentang jerebu kami berserah pada Allah.



Walaupun risau kami suami isteri tetap melangkah dengan gembira kerana suka keluar mengembara.



Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Sepanjang perjalanan dari rumah malam sebelumnya kemudian bermalam di rumah biras sebelum ke lapangan terbang boleh kelihatan jerebu merata tetapi terkawal.



Kamiditerbangkan dalam keadaan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.



Apabila mendarat di lapangan terbang Pontianak kelihatan jerebu lebih tebal tetapi tidak seteruk yang dijangka.



Saya pernah merasa beberapa lama menunggang motosikal besar kesayangan ke tempat kerja di pejabat akhbar The New Straits Times penghujung 1990an dalam keadaan jerebu begitu tebal seperti kabus gunung sehingga apa-apa objek 30 meter ke hadapan tidak lagi kelihatan lalu sudah bersedia untuk itu. Terus terang cakap saya merasa terkejut kerana keadaan di Pontinak ternyata jauh lebih baik daripada yang disangka.












Saya anggap ini permulaan dan petanda yang baik apa yang diharapkan dapat dilaksanakan dengan jayanya apalagi sempat untuk bersolat Jumaat di masjid utama. Lihat artikel  Masjid raya (Grand mosque of) Mujahidin, Pontianak di blogspot  SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART juga di BERPETUALANG KE ACEH. 



Oh. Sebetulnya kami pergi berempat. Kakak ipar isteri yang berasal dari sana ingin balik kampung lalu mengajak kami suami isteri ikut sama. Seorang saudara ikut sekali. Sebaik sahaja sampai anak saudara kakak ipar menjemput lalu membawa kami berjalan-jalan.



Ajak kakak ipar isterilah sebab utama kami memberikan komitmen walaupun ramai menyatakan kerisauan kenapa hendak pergi ke kawasan yang diketahui sebagai punca jerebu. Pusing-pusinglah di kota. Terlihat sebuah masjid yang agak menarik turun untuk meneliti lebih dekat. Lihat Masjid (Mosque of) al-Jihad, Pontianak.



Tidak lama kemudian turun hujan agak lebat. Nampaknya ini antara faktor jerebu tidak seteruk yang disangka.



Destinasi seterusnya adalah masjid warisan Kesultanan Pontianak. Tengok-tengok tak boleh masuk kerana ada operasi pihak berkuasa.



Beralih ke istana kesultanan yang terletak berdekatan. 



Saya pernah sampai sekali tahun 2015. Lihat Lawatan baru (New visit to) Istana (Palace of) Qadriah.



Pergi ke rumah seorang alim wanita yang doanya sering dipinta ramai.







Malam itu naik kapal merentas Sungai Kapuas, sungai terpanjang di seluruh pulau Kalimantan malah di seluruh negara Indonesia. Lihat Going for Pontianak river cruise

Tiada ulasan:

Catat Ulasan