Salam. Satu perkongsian yang dibuat dari Janda Baik setelah beberapa lama tidak bertandang.
Semalam Rabu malam Khamis 23 September 2026 pergi ke kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak.
Ada edisi ke-4 "Syarahan Madani Abad ke-21"...
Kali ini diadakan di masjid universiti, tidak seperti kebiasaan di Dewan Senat dalam bangunan utama pentadbiran.
Ini kerana mahu disekalikan dengan Minggu Ta'aruf universiti, minggu suai kenal, setelah masuk pelajar-pelajar baru bagi tahun pengajian 2026-2027. Disebabkan itu juga diadakan agak lewat hampir hujung bulan, tidak pada Rabu malam Khamis awal setiap bulan seperti kebiasaan dalam siri syarahan.
Selepas solat Isyak mengambil satu tempat di bahagian belakang dewan masjid. Ini kerana mahu menggunakan soket untuk komputer riba. Ada beberapa hal perlu ditangani termasuk secara atas talian.
Beralih ke hadapan apabila syarahan bermula.
Kelihatan ramai pelajar mengikuti...
Saya dapat menemui soket lain hampir ke pentas. Namun paparan slaid tidak beberapa jelas daripada kedudukan. Dengan itu biarlah diambil secara printscreen daripada siaran langsung syarahan.
Tajuk syarahan kelihatan agak mencabar.
Secara rata ia adalah dengan keadaan sosiopolitik dunia sekarang. Untuk memahaminya perlu menelusuri dahulu sejarah berkenaan.
Maka disentuhlah kenapa penjajahan oleh kuasa-kuasa Barat (Eropah) boleh bermula dan atas sebab apa.
Kenapa dan bagaimana kuasa-kuasa tersebut bersaing sesama sendiri. Kemudian muncul kuasa-kuasa Timur yang kelihatan ikut menjajah.
Ini membentuk keadaan dunia seterusnya membawa ke zaman kita.
Perkembangan-perkembangan seterusnya memberi ruang untuk kita di Asia Tenggara pula menyerlah.
Konsep Madani (tamadun kota yang telah dikupas daripada bermacam sudut) boleh diketengahkan. Rujuk balik artikel-artikel lama berikut :-
Daripada siri "Syarahan Idea Madani" tahun 2025...
Daripada "Syarahan Madani Abad ke-21" tahun ini...
Oh. Beginilah cara saya dapat membuat print screen sambil hadir secara fizikal mengikuti syarahan. Sila ikuti sendiri melalui video bawah...
Selesai syarahan bergerak ke Janda Baik lalu menginap dan beriktikaf di sebuah surau kebiasaan. Dari situlah menulis cerita. Sekian.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan