Isnin, September 21, 2026

Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Antara komitmen keluarga dan kehendak menuntut ilmu

Merujuk pada artikel Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Pedoman untuk muda mudi dan Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Kelazatan syarah Hikam yang dipersembahkan 16 September. Ini ada sambungan bagi melengkapkan cerita.



Adapun kedua-dua artikel tersebut cuma menunjukkan keadaan majlis di Masjid Putra pada siang hari Rabu 16 September sahaja. Walhal ia ditulis dan dipersembahkan pada malamnya selepas masuk Isyak. Selesai menulis sambung balik ikuti majlis iaitu sesi syarah kitab Hikam seterusnya sehingga jam 11.



Pagi Khamis 17 September 2026. Pergi lagi ke masjid.



Kali ini isteri dapat ikut sekali ke masjid, tidak seperti pada hari sebelumnya yang mana beliau harus kembali ke kampung kerana seorang abangnya baru meninggal dunia tengah hari itu. Rujuk kembali cerita berkenaan dalam artikel Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Pedoman untuk muda mudi dan Festival Turath Islami Malaysia dan buku tahun 2026 - Kelazatan syarah Hikam.



Kami telah membuat keputusan untuk sama-sama mengikuti majlis sehingga ke malam. Oleh itu tidak pergi tahlil arwah malam ke-2 di kampung.



Ini pula hampir tengah hari Jumaat 18 September. Kami sekadar mengikuti syarah Hikam pagi itu melalui atas talian sebelum ke masjid.



Sementara menunggu solat Jumaat sempat menulis sedikit isi tesis untuk PhD di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam).



Mendengar khutbah Jumaat sebelum solat berjemaah...






Selepas solat meninggalkan masjid untuk ke kampung isteri di Tanjung Sepat. Ambil laluan ke Cyberjaya untuk meninjau lokasi Itjimak orang Tabligh yang baru bermula hari itu hingga Ahad.



Sekitar majlis tahlil arwah malam ke-3 yang bermula selepas Isyak...









Sejurus sahaja selesai hampir jam 9.30 terus bergegas untuk kembali ke Masjid Putra lebih 70 km perjalanan. Sambil itu mengikuti sesi terakhir syarah Hikam secara atas talian.















Sampai ke masjid ketika sesi pengijazahan pengajian baru dimulakan.



Lega sungguh rasa dapat bersama menerima ijazah secara berhadapan dengan ulamak-ulamak yang menyampaikan.



Tengah hari Sabtu 19 September mendaftar keluar lalu meninggalkan hotel bajet yang menjadi 'markas' kami bergerak dalam tempoh 3 malam kebelakangan. Kalau ikut rancangan asal mahu menuju ke Port Dickson untuk hari keluarga besar isteri. Tetapi disebabkan abang isteri meninggal dunia ditangguhkan ke suatu tarikh beberapa bulan akan datang.



Pergi ke rumah adik lelaki isteri di Semenyih lalu menginap di sana. Ini supaya senang dan dekat untuk ke majlis perkahwinan seorang sepupu dekat-dekat Kajang siang Ahad 20 September.



Ikut rancangan asal akan bergegas ke majlis perkahwinan selepas hari keluarga isteri di Port Dickson.



Apapun alhamdulillah dapat bertemu ramai saudara mara sebelah saya pula termasuk bapa yang datang dari Muar dibawa oleh seorang adik yang menetap di Melaka.



Apabila sampai kembali ke rumah di Bandar Sungai Buaya didapati kereta sudah dipandu sejauh 628 km. Ini termasuk jarak sekitar 150 km apabila isteri harus memandu berseorangan petang Rabu untuk ke kampung sebelum mengambil saya di Masjid Putra untuk kembali ke hotel lewat malam itu.


1 ulasan:

  1. Bagus juga tersedia dalam bentuk e-book, lebih mudah pembaca nak dapatkan ketiga-tiga siri. 📚

    BalasPadam