OK. Terus ke hari ke-3 perjalanan Pantai Timur. Bersambung daripada artikel Asbab Haul Tokku Paloh - Tambahan tak dirancang hingga ke Pekan.
Pagi Jumaat 3 Julai 2026. Melihat keadaan di luar rumah saudara di Kota SAS (Sultan Ahmad Shah) selepas puas berehat.
Kami telah bermalam di rumah tersebut. Semak meter kereta. Sudah memandu hampir 500 km dalam tempoh 2 hari kebelakangan.
Meninjau-ninjau sebelum meninggalkan kawasan.
Sempat melihat masjid utama kawasan. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Imam Ash-Shafie, Kota SAS di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.
Ini pula di pantai Cherating. Singgah sebentar minum dan menikmati persekitaran. Lihat artikel Cherating from a different part di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Jam 1.13 petang mula memasuki negeri Terengganu.
Sempatlah menunaikan solat Jumaat di masjid lama Chukai, Kemaman.
Makan tengah hari lewat di Kuala Dungun .
Singgah masjid ini di Marang. Isteri belum menjamakkan solat. Lihat Masjid (Mosque of) Kampung Jambu Bongkok, Marang.
Selepas itu baru meninggalkan jalan persisiran pantai untuk menuju ke pendalaman...
Kami mahu ke Kuala Berang.
Hajatnya mahu makan "Roti Binjai".
Tapi petang itu tak berniaga kerana ada majlis tahlil. Namun kami diajak makan hidangan majlis.
Seterusnya menziarah makam tertentu yang ada makna tersendiri buat kami...
Mengambil gambar di jambatan berdekatan menyeberangi Sungai Terengganu.
Sampai ke destinasi terakhir hari itu iaitu makam Tok Pulau Manis sejurus sebelum Maghrib.
Timbul rasa untuk bermalam dalam bangunan makam. Apabila disemak meter kereta didapati saya sudah memandu sejauh 270 km sejak meninggalkan rumah saudara di Kuantan. Campur jumlah sebelumnya (tak sengaja reset jadi kosong di sana) saya telah memandu sejauh 763.1 km.




















Tiada ulasan:
Catat Ulasan