Jumaat, Julai 10, 2026

Asbab Haul Tokku Paloh - Antara Haul Tokku Paloh dan Bukit Besar

Salam petang Jumaat terakhir Muharram. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru Pantai Timur. Masuklah pada asbab utama seluruh perjalanan dibuat. Namun tajuk kecil artikel membayangkan ada percampuran dengan sesuatu perkara lain. Apa ceritanya? Bersambung daripada  Asbab Haul Tokku Paloh - Ke Ganu kite.


Awal pagi Jumaat 4 Julai 2026. Selepas bermalam dan beriktikaf di makam Tok Pulau Manis kami pun bersedia untuk menyambung perjalanan.



Menuju ke bandar raya Kuala Terengganu...



Singgah sebentar di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosqur of) al Muttaqin, Kepong, Kuala Terengganu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Kami ke Kuala Terengganu kerana mahu menghadiri Haul Tokku Paloh. Itulah sebab utama perjalanan Pantai Timur ini dibuat. Sambil itu, dalam perjalanan hendak pergi dan kembali, diambil peluang untuk membuat persinggahan dari tempat ke tempat.



Sebelum ke majlis yang bermula jam 10 pagi mahu ke satu bukit yang sudah lama ingin didaki, Bukit Besar di pinggir pusat bandar raya Kuala Terengganu, bukit yang ada tulisan besar "Allah Peliharakan Terengganu". Gambar diperolehi daripada Internet atas sebab yang akan diberitahu kemudian.



Sebelum mendaki harus bersarapan dahulu. Kebetulan apabila mencari arah ke bukit melalui Google Map terlihat nama kedai yang dicadangkan saudara ketika berada di Kuantan. Didapati kedai dibuka jam 7.30. Apa lagi ke sanalah untuk bersarapan...






Pusing-pusing di pusat bandar raya Kuala Terengganu. 



Petang nanti tak lalu lagi belah sini...



Singgah di sini dalam perjalanan ke bukit untuk melepaskan hajat. Lihat Surau (Praying hall of) Bandar Baru Pulau Kambing, Kuala Terengganu.



Kemudian baru mendaki bukit.









Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.





Cuma sayang tulisan besar "Allah Peliharakan Terengganu" sudah diroboh untuk dibina baru. Walhal itu antara sebab utama mahu mendaki Bukit Besar. Untuk berada di bawah 'naungan' tulisan itu.




Apapun, poster bagi majlis. Adapun kami mula mendaki jam 9.15 dengan jangkaan sempat turun selewatnya jam 10.30. Kira masih boleh mengejar sesi pagi majlis. 

Ini sebenarnya dapat dilakukan kalau turun melalui laluan sama iaitu jalan tar ke ibu sawat di puncak bukit. Namun timbul rasa hendak turun melalui denai hutan yang mengambil masa namun memberikan pemandangan dan pengalaman lebih menarik lalu sampai balik ke kereta melepasi jam 11.




Terasa sudah lewat untuk mengejar sesi pagi yang dijadualkan selesai jam 12. Lebih elok berehat sahaja di masjid ini sementara menunggu sesi seterusnya bermula jam 2 petang. Lihat Lawatan baru ke masjid (New visit to mosque of) Tokku Tuan Besar. Letaknya dalam perjalanan dan sebenarnya ada kena mengena dengan majlis. Untuk maklumat majlis juga dikenali sebagai Haul Tokku Paloh dan Tokku Tuan Besar. Ini kerana Tokku Tuan Besar adalah ayahanda kepada Tokku Paloh.




Tiba-tiba terfikir, macam ada kaitan pula nama Tokku Tuan Besar dengan Bukit Besar. Ziarah sekali makam beliau di hadapan masjid. Lihat Rupa baru makam (New look of the tomb of) Tokku Tuan Besar.




Sebelum ke sesi petang Haul ziarah makam Tokku Paloh. Ada hikmahnya bertandang lewat. Dapatlah masuk ke dalam bangunan makam. Kalau datang pagi kemungkinan agak tipis kerana ramai orang lalu jumlah yang dapat masuk dihadkan kepada orang tertentu sahaja.



Semasa sesi berupa forum tentang agama berlangsung di Masjid Tokku Paloh tidak jauh dari makam (lihat artikel Haul Tokku Paloh 2026 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH)) mengambil peluang untuk menulis artikel tentang majlis ilmu yang dihadiri di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak pada Selasa malam Rabu 1 Julai, hari pertama perjalanan. Lihat Masyarakat Madani dan Masyarakat Sivil : Suatu perbandingan.




Dengan itu terasa lepas suatu beban. Selesai forum terus menuju ke Kelantan melalui jalan persisiran.




Singgah seketika di sebuah masjid sebelum pekena makanan laut celup tepung di satu pantai. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Tepoh, Kuala Nerus diikuti A stop at Pantai Rhu Sepuluh.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan