Ahad, Jun 14, 2026

Antara "Merah Silu Live", buku dan jamu

OK. Satu cerita untuk dijadikan artikel ke-2,838 di CATATAN SI MERAH SILU.


Pagi Jumaat 5 Jun 2026. Isteri yang seronok dapat memperkenalkan jamu buatan sendiri atas jenama Bona Fida pada hari Selasa malam Rabu sebelumnya 2 Jun (lihat"Merah Silu Live" edisi ke-28 dan Jamu Bona Fida) mengajak agar membuat siaran langsung lagi. Kali ini edisi istimewa, bukan dalam siri berkala, yang mana saya bercerita tentang semua buku-buku tulisan saya kemudian baru isteri bercerita tentang jamu.  Lihat video bawah.


Esoknya Sabtu 6 Jun pergi ke Klang untuk satu urusan sebelum ke majlis perkahwinan saudara di Jalan Kebun. Balik kampung isteri di Tanjung Sepat didapati ada masalah air disebabkan paip besar pecah di satu kawasan. Petang itu ajaklah isteri berjalan-jalan ke jeti. Selepas itu terasa hendak makan malam. Cari punya cari kedai yang sesuai akhir menghampiri pantai Morib 17 km perjalanan di mana terlihat ada live band lalu kami pun layan. Lihat video berikut...


 

Selasa malam Rabu baru ini 9 Jun pula diadakan siaran langsung "Merah Silu Live" ke-29. Lihat video bawah...


 

Cerita latarbelakang berdasarkan perjalanan lama dalam  Senarai 171 perjalanan menurut kronologi dari tahun 1989 hingga 2021 yang diulas kali ini adalah seperti berikut :-


46. Al-Rasyid ke makam lama Perak April 2010 - lebih 600 km. Lihat Siri "Ziarah Al-Rasyid ke makam-makam lama Perak" complete!.

47. Jalan-jalan di Perak sebelah barat  pertengahan 2010 - lebih 650 km. Lihat Apa yang boleh dikupas selepas jalan-jalan di Perak sebelah barat.


Dan kali ini ada perubahan format sedikit. Jika dahulu, hanya selepas selesai mengulas cerita-cerita perjalanan lama baru dibuat soal jawab terbuka tentang apa sahaja perkara. Kali ini dan untuk edisi-edisi seterusnya saya sedia untuk menjawab di celah-celah ulasan tentang cerita perjalanan lama. Cukup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan