Isnin, Mei 11, 2026

Wanita Johor sebagai ejen perubahan dan kesedaran

Bersambung daripada Pembacaan ilmu jiwa dari Ihya Ulumiddin.


Selesai makan kembali semula ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk menunaikan solat Jumaat.





Selepas itu mengikuti satu lagi majlis ilmu.


Ia adalah tentang majalah "Bulan Melayu" yang pernah menjadi wadah wanita Johor membawa perubahan dan kesedaran dalam masyarakat Melayu dari tahun 1930-1941.



Menyampaikan adalah calon PhD ISTAC, saudari Nor Farhain.


Disebutlah tentang perkembangan majalah dan akhbar di Johor zaman itu.


Pada tahun 1930 muncul badan berkenaan sebagai pemangkin ilmu.



Mereka bertanggungjawab menerbitkan majalah "Bulan Melayu", makalah pertama di Tanah Melayu khas untuk kaum wanita.



Ini disokong beberapa pihak termasuk badan percetakan keluarga Al-Attas di Johor Bahru.




Kulit hadapan salah satu isu...



Diceritakanlah maklum balas daripada beberapa penerbitan lain tentang majalah pertama wanita itu.


Majalah mengandungi beberapa bahagian, kebanyakannya tentang menjadikan wanita lebih elok, berpelajaran dan berketrampilan supaya dan mendidik anak-anak dengan baik dan menerbitkan keluarga bahagia.



Dikongsikan sejumlah aktiviti melibatkan kaum wanita.


Disebut tentang sokongan dan naungan yang diterima daripada pihak istana. Ikuti sendiri majlis melalui video bawah...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan