Isnin, Mei 11, 2026

Pembacaan ilmu jiwa dari Ihya Ulumiddin

Salam. Baru ada kelapangan untuk berkongsi lagi cerita majlis ilmu. Sebetulnya ada mahu dihadiri di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) tadi pagi Isnin 11 Mei. Ia adalah tentang konflik Amerika Syarikat-Israel dengan Iran dan negara-negara Teluk disampaikan oleh seorang ilmuwan bangsa Iran yang menetap dan mengajar di Amerika. Tapi terlupa langsung lantaran kepenatan pelbagai aktiviti 3 hari kebelakangan. Ketika hendak memulakan artikel ini baru tersedar, apabila terlihat poster dalam fail gambar bulanan.




Pagi Jumaat baru ini 8 Mei 2026 ke ISTAC lagi untuk majlis ilmu. Dalam tempoh sebulan kebelakangan agak selalu datang untuk majlis ilmu. Lihat artikel-artikel berikut :-















Majlis kali ini adalah yang pertama mahu dihadiri dalam bulan Mei.



Ia merupakan pembacaan ilmu jiwa dari kitab Ihya Ulumiddin, oleh Profesor Dr Suleyman Derin, sesi kedua dalam siri "Teologi Islam - Falsafah dan Metafizik" oleh beliau. Saya tidak hadir sesi pertama, tentang pelajaran ilmu jiwa daripada kehidupan para nabi, pada 13 April.



Kelihatan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut hadir sama. Sebulan kebelakangan selalu terserempak dengan baginda di ISTAC.




Suleyman memulakan dengan menyata makna syukur seperti boleh ditelaah dalam kitab Ihya Ulumuddin yang merupakan karya terbesar Imam Al-Ghazali.



Ini membawa pada makna sebenar anugerah lalu dibandingkan dengan makna sebenar penderitaan.






Pergi pula pada makna sebenar harapan, dalam bahasa orang Sufi disebut sebagai Raja'a.







Dibandingkan dengan khayalan dan angan-angan.



Dalam ilmu Sufi, konsep Raja'a berjalan seganding dengan konsep Khawf iaitu takut. Dalam berharap pada kebaikan harus ada rasa takut mendapat keburukan misalnya.




Dinyatakan tahap-tahap ketakutan.



Dinyatakan kepentingan takut dan harapan bergantung pada keadaan.




Masuk pula pada bab zuhud dan fakir.



Seterusnya tentang niat dan keikhalasan. Ikut sendiri majlis melalui rakaman video berikut...






Habis majlis bergegas ke medan selera sebelah pejabat lama saya, The New Straits Times di Bangsar untuk hidangan kegemaran, nasi beringin. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,818 di CATATAN SI MERAH SILU.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan