Jumaat, Mei 22, 2026

Tentang kemahiran mengatur diri sendiri

Salam petang Jumaat pertama bulan Zulhijjah 1426 Hijriah. Terakhir daripada 3 majlis ilmu yang mahu diikuti di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) minggu ini. Bersambung daripada Tentang kuasa-kuasa Eropah mula mengembangkan sayap.



Pagi Jumaat 22 Mei 2026. Buat pertama kali sejak lebih sebulan lalu saya ke ISTAC menunggang motosikal besar kesayangan.



Kali terakhir itu adalah pada 14 April. Lihat Kitab Shahnameh dalam koleksi ISTAC. Kali ini hendak mengikuti sesi terakhir daripada 6 bengkel bersiri tentang pemikiran kritikal oleh Profesor Dr. Jamal Bashier Badi.



Bengkel-bengkel itu meliputi 6 kemahiran utama dalam pemikiran kritikal menurut satu laporan pendidikan bernama Delphi Report di Amerika Syarikat. Kali ini adalah tentang mengatur diri sendiri. Saya cuma tak hadir satu sahaja sesi. Lihat artikel-artikel berikut :-


1. Tentang kemahiran menafsir (pada 23 Januari)

2. Tentang kemahiran analisis  (pada 6 Februari)




Yang tak hadir iaitu pada 6 Mac adalah tentang kemahiran membuat penilaian suatu perkara. Saya tidak dapat hadir kerana rasa penat sangat dan tidak sihat sejak kembali dari umrah bulan Februari. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - The complete set.




Mengatur diri adalah tingkat tertinggi pemikiran kritikal. Ia adalah tentang membuat analisis dan penilaian terhadap proses pemikiran diri sendiri untuk memastikan kualiti dan objektiviti.




Kemahiran ini memerlukan 2 langkah :-


1. Memeriksa diri sendiri - Dengan cara merenung kembali penaakulan kita, memeriksa data, dan memantau apa-apa yang berat sebelah dan prasangka


2. Membetulkan diri sendiri - Secara jelas membetulkan kesalahan, menyesuaikan kaedah apabila menemui kecacatan, menulis kembali kesimpulan apabila bukti-bukti tidak menyokongnya.




Ini penting untuk mengelak kesalahan, membetulkan kecenderungan diri untuk menjadi berat sebelah, dan memastikan proses pemikiran menjadi sekuat yang boleh. Tanpanya kita mungkin terus mempercayai sesuatu itu benar walaupun bukti menunjukkan sebaliknya.




Langkah pertama adalah dengan menyedari pemikiran sendiri. Perlahankan dan beri tumpuan kepada bagaimana kita berfikir, bukan sahaja apa yang difikirkan.







Kemahiran cabang yang diperlukan adalah memeriksa diri sendiri. Ini memerlukan renungan terhadap apa-apa berat sebelah yang ada pada kita, andaian dan bagaimana kita mencapai suatu kesimpulan.




Caranya - Selepas membuat suatu kesimpulan, tanya diri sendiri. "Adakah aku berlaku adil?", "Apakah aku membuat ini berdasarkan perasaan, bukannya fakta?"




Sentiasa sedar tentang kecenderungan untuk menjadi berat sebelah. Semua orang ada kecenderungan itu. Kita mungkin memilih suatu ide berbanding yang lain atas sebab yang tidak jelas.




Ada beberapa perkara lagi dinyatakan tetapi biar terus melangkah pada pembetulan diri sendiri. Ini memerlukan kita membuat perubahan pada cara penaakulan atau kaedah jika terjumpa kesalahan atau kekurangan.



Melompat pada kesimpulan. Mengatur diri sendiri adalah tentang sentiasa memperbaiki, menjadi lebih objektif dan rasyional dalam proses pemikiran. Ia adalah kebolehan untuk memantau dan membetulkan pemikiran sendiri - berfikir tentang pemikiran sendiri. Sila ikuti sendiri bengkel melalui video bawah...








Sebetulnya ketika sampai di ISTAC pagi itu didapati ada satu persidangan hendak bermula di dewan utama kampus. Selesai bengkel saya pun masuk ke dewan.



Yang ini memang tak rancang nak hadir. Baru pagi itu, atas asbab hendak ke bengkel sedar ia hendak berlangsung. Saya sempat mengikuti sesi soal jawab.



Persidangan bertaraf antarabanga ini adalah tentang usaha untuk melawan Islamofobia. Ia berlangsung sehingga hari Ahad.



Pergi ke masjid ISTAC di sebelah dewan utama untuk bersolat Jumaat.



Kemudian hadir sesi petang persidangan di dewan utama. Komponen persidangan untuk sejumlah topik diadakan secara selari di bahagian lain kampus. 

Cuma harus kembali ke rumah awal kerana muncul suatu hal lalu tidak dapat mengikuti sesi sehingga selesai. Seterusnya sudah ada komitmen lain untuk Sabtu dan Ahad. Kalau tidak, besar kemungkinan akan mengikuti persidangan hingga selesai. 

Ini pun boleh dikatakan adalah kemahiran mengatur diri sendiri. Kita harus sedar setakat mana dapat mengikuti suatu perkara dalam suatu tempoh masa sama yang terhad pada kala ada keperluan lain seperti komitmen keluarga lebih kuat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan