Jumaat, Mei 01, 2026

Pembinaan Fiqh Al-Watan dalam mengangkat undang-undang Islam di Malaysia

Salam petang Jumaat 1 Mei bersamaan 13 Zulkaedah. Satu cerita daripada semalam.



Pagi Khamis 30 April 2026. Ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) untuk majlis ilmu.



Tajuk adalah seperti kelihatan dalam poster. 



Isteri ikut serta bersama makcik dan sepupu yang pernah sama pergi menunaikan umrah Februari lalu. Lihat Umrah sekeluarga 2026 - The complete set.



Menyampaikan tajuk adalah Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi dari ISTAC.



Walaupun menggunakan slaid dalam bahasa Inggeris penyampain lisan itu sendiri dibuat dalam bahasa Melayu.






Secara rata ia adalah tentang bagaimana unsur-unsur sejarah, adat dan budaya tempatan boleh digunakan untuk mengangkat undang-undang Islam di Malaysia.






Ini boleh digunakan dalam kerangka undang-undang sedia ada yang walaupun berasal daripada Barat tetap ada unsur-unsur yang boleh mengangkat Islam.






Yang penting adalah kerangka yang kalau diteliti cukup mendalam lalu dapat dihujahkan dengan baik dapat menunjukkan kesinambungan dengan undang-undang Tanah Melayu yang awal menjadikan apa yang ada dalam undang-undang Barat menepati ciri-ciri keperluan Syariah.













Ikuti sendiri perkongian melalui video bawah...


 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan