Selasa, Mac 10, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan

Salam malam 21 Ramadhan, menurut perkiraan di Malaysia. Kalau di Tanah Arab sudah 22 Ramadhan. Penceritaan sekarang hendak memasuki hari ke-9 perjalanan umrah. Pada hari berkenaan,  tepat 3 minggu lalu, malamnya masuk tarikh 1 Ramadhan, permulaan bulan puasa saya dan keluarga di Mekah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-3 dari Taif lalu menuju kebotakan.



Pagi Selasa 17 Februari 2026. Bergerak 6 beranak untuk menaiki bas ke Masjidil Haram.



Tapi tak masuk masjid. Sebaliknya berjalan kaki melalui halaman sisi timur, tepian laluan sa'ie memuju ke utara. Lihat Daytime look at Masjidil Haram new northern section artikel di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Kami mahu ke stesyen utara Masjidil Haram untuk mendapatkan bas ke Jiranah lebih 25 km perjalanan. Sebetulnya bas terus cuma boleh diambil dari stesyen lain iaitu ke barat laut masjid.  Kami ambil bas lain yang boleh menyambungkan kerana stesyen utara lebih dekat dari arah hotel. 



Gambar ini diambil selepas turun di hentian untuk mendapatkan bas terus ke Jiranah. Lihat Bus to Jiranah. Kelihatan anak bongsu kami Johan yang genap umur 14 tahun pada hari itu 17 Februari 2026. Selamat hari jadi anak bongsu Abah dan Mami! :] 




Kami ke Jiranah kerana mahu menunjukkan kepada anak-anak kedudukannya sebagai salah satu tempat miqat iaitu masuk ihram di sekitar Mekah. Saya pernah sampai bersendirian tahun 2005 kemudian bersama isteri 2013. Kami juga mahu menunjukkan telaga yang ada sejarah tersendiri zaman Nabi Muhammad SAW. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART :-






Kembali ke Masjidil Haram bas terus dari Jiranah menurunkan di stesyen barat laut.



Tiba-tiba kelihatan ramai polis masjid seperti semut merah keluar dari bukit. Lucu pula melihat. Teringat lagu "Semut Berkawad" oleh katun Didi & Friends.




Oh. Saya berpisah arah dengan isteri dan anak-anak kerana mahu melakukan umrah ke-4. Mereka semua hendak kembali ke hotel berehat kerana ada lawatan mahu dibuat jam 5. Tahulah masing-masing mencari jalan...



Ketika hendak masuk dari pintu utama sudah jam 3.30 petang.



Ketika hampir menyelesaikan tawaf ke-5 didapati laluan ditutup kerana hampir waktu Asar. Kena tunggu sehingga selesai solat baru boleh sambung. Untuk tawaf ke-5 itu kena bermula balik dari sudut Hajarul Aswad. Ini menyebabkan hampir jam 5 sa'ie antara Safa dan Marwah masih belum selesai. Saya pun menelefon keluarga memberitahu agar lawatan petang dilewatkan jam 5.30.



Selesai sahaja umrah  terus bertemu dengan keluarga di luar hotel untuk lawatan.



Sepatutnya dapat terus menaiki van untuk lawatan. Tapi kena menyeberang jalan besar kerana banyak laluan sedang ditutup.



Itulah satu perkara yang membuat saya selalu jadi panas baran di Tanah Arab. Selalu sangat suka-suka tutup laluan, baik sekeliling dan dalam masjid, baik di sekeliling luar, paksa orang pergi jauh tanpa amaran. 




Apapun pergi naik ke lereng bukit atau lebih tepat, gunung yang menghadap Masjidil Haram. Itulah lawatan yang dimaksudkan. 



Di situlah dibuat sambutan hari jadi ke-14 anak. Lihat To Jabal Khandamah view point.



Cuma saya tidak bersama kerana mahu mendaki berjalan kaki ke tempat lagi tinggi.



Dipendekkan cerita sampai ke puncak tertinggi gunung, lebih 600 meter dari paras laut. Apabila turun kembali ke tempat berkumpul keluarga diberitahu confirm malam itu masuk 1 Ramadhan. Tandanya, cahaya hijau dipancarkan ke atas langit dari menara jam Mekah.



Kami mahu menunaikan umrah Ramadhan. Rancangan asal adalah untuk ke Masjidil Haram dahulu berTarawih. Selepas itu baru umrah. Tetapi disebabkan semua jalan ke masjid telah ditutup terus ke tempat miqat terdekat. Lihat Masjid (Mosque of) Taneem 2026.



Sampai kembali ke hotel hampir jam 10 jalan ke Masjidil Haram telah dibuka kembali, begitu juga perkhidmatan bas. Pergilah ke untuk menunaikan umrah ke-5 bagi saya, ke-4 bagi isteri dan anak-anak.  Semua ahli rombongan kami melakukannya. Makcik saya yang berumur 76 tahun menggunakan perkhidmatan kereta roda di tingkat atas sementara kami 6 beranak dan sepupu ke halaman Ka'abah.



Syukurlah dapat melakukan umrah pada bulan Ramadhan. Katanya pahalanya seperti menunaikan haji bersama Nabi Muhammad SAW.



Alhamdulillah dapat selesai sekitar tengah malam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan