Rabu, Mac 11, 2026

Umrah sekeluarga 2026 - Sahur di Mekah, berbuka dekat Madinah

Pergi pada hari ke-10 perjalanan umrah. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan.



Gambar ini diambil jam 1.16 awal pagi Rabu 18 Februari 2026. Sudah diberitahu dalam Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-4 dari Jiranah diikuti Umrah ke-5 dari Taneem, malam 1 Ramadhan bahawa malam sebelumnya sudah masuk tarikh 1 Ramadhan 1447 Hijriah di Tanah Arab.
.


Anak-anak mahu beriktikaf di Masjidil Haram malam Ramadhan sehingga Subuh. Tetapi apabila polis menghalau setengah jam kemudian mereka pun kembali ke hotel. Saya, isteri dan sepupu membawa makcik berumur 76 tahun mencari tempat lain. Jumpalah satu bahagian yang mana orang dibenarkan bermalam.



Gambar ini diambil jam 4.56. Ketika ini saya sudah bersahur menunggu masuk waktu Subuh.



Selepas Subuh sambung berehat. Oh. Isteri, sepupu dan makcik ada di bahagian perempuan berdekatan.



Gambar ini diambil jam 10.22 pagi. Ketika itu baru selesai Tawaf Wida' iaitu tawaf persinggahan lalu hendak melakukan solat sunat. Saya telah berjanji akan menolak kerusi roda membawa makcik 7 pusingan tawaf. Cuma hampir selesai pusingan ke-5 makcik terbatal wudhu dan harus membuang air. Saya pun sebenarnya perlu membuang air tapi masih sanggup menahan. Apabila kena membawa makcik ke bilik air jauh di luar masjid saya pun turut buang air. Naik kembali masuk masjid, ulang kembali tawaf ke-5 tetapi daripada tingkat lebih bawah.



Selepas berehat di hotel keluar dengan van jam 2.14.



Pergi ke stesyen kereta api Mekah. Kami mahu menaiki kereta api laju ke Madinah. Lihat artikel Taking the speed train from Mecca to Medina di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Ini pula di stesyen setelah sampai ke Madinah. Kami telah berbuka dalam kereta api sekitar 10-15 minit sebelum sampai stesyen. 



Sempat singgah di masjid berdekatan sebelum menaiki van ke hotel. Lihat artikel Masjid stesyen kereta api Madinah (Mosque of railway station of Medina) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART.



Tengok-tengok jalan ke hotel ditutup kerana hendak solat Tarawih. Kena turun di jalan selari belakang.



Hotel terletak menghadap halaman luar kanan Masjid Nabawi.



Pergilah menunaikan solat Tarawih di halaman.






Namun laluan masuk ke Masjid Nabawi itu sendiri ditutup buat beberapa lama kerana masjid penuh Cuma boleh bersolat di halaman. Singgahlah di dua buah masjid berdekatan. Lihat artikel-artikel berikut :-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan