Sejak malam Jumaat saya berusaha supaya dapat mengeluarkan satu cerita perjalanan umrah setiap hari, kalau boleh sehingga semuanya selesai. Pergi pada hari ke-8 perjalanan. Bersambung daripada Umrah sekeluarga 2026 - Dari kedai Kak Kiah ke bahagian bumbung dan utara Masjidil Haram.
Pagi Isnin 16 Februari 2026. Kami mahu bergerak lebih jauh keluar dari Mekah.
Kami mahu ke Taif yang terletak lebih 100 km ke timur, di kawasan gunung dan tanah tinggi lebih 1,800 meter dari paras laut. Dalam Sirah Nabi ia terkenal sebagai menjadi tempat Nabi Muhammad SAW dikecam teruk lalu dibaling batu oleh penduduk ketika berdakwah menyebarkan Islam. Sehingga malaikat menawarkan mahu menghancurkan penduduk tapi baginda melarang. Umumnya ia terkenal sebagai tempat tanaman pelbagai buahan yang dibekalkan ke Mekah sejak zaman berzaman.
Singgahlah di beberapa tempat...
Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-
1. Road to Taif
Paling menarik adalah tempat atau bangunan yang dikaitkan dengan Abdullah ibnu Abbas, sepupu dan sahabat Nabi yang terkenal sebagai ahli tafsir terkemuka Al Quran.
Gambar ini diambil di pasar buah selepas kami semua masuk ihram di tempat miqat berkenaan. Lihat Masjid (Mosque of) Qarn Al-Manazil.
Oh. Lupa nak beritahu. Perjalanan ke Taif diikuti oleh semua ahli rombongan termasuk makcik berumur 76 tahun dan sepupu yang beberapa hari kebelakangan lebih banyak menghabiskan masa di hotel kerana kepenatan selain tidak sehat selepas turun dari Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat. Rujuk kembali Umrah sekeluarga 2026 - Dari Jabal Thur ke Jabal Nur dan Gua Hira' malam Jumaat.
Semua mahu menunaikan umrah. Bagi saya, isteri dan anak-anak ini adalah yang ke-3.
Gambar ini diambil di puncak bukit Marwah selepas selesai menunaikan umrah. Ia sebagai kenangan kerana mahu membuang rambut panjang selepas umrah ke-3 berjaya dilaksanakan.
Saya mahu menggunakan khidmat potong rambut percuma yang terdapat di luar pintu bukit Marwah.
Rupa-rupanya mereka cuma buat potong pendek sahaja. Sedangkan saya mahu lebih dari itu.
Tak mengapa. Masuk kembali ke masjid untuk merapati Ka'abah. Dapat menunaikan solat Isyak berdekatan Hajarul Aswad.
Sempat bertukar baju sementara untuk memakai t-shirt ini lalu mengambil gambar atas tapak tanah moyang berkenaan, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin.
Lewat malam baru dapat dilaksanakan hajat selepas umrah ke-3 iaitu menjadi botak. Anak-anak lelaki telah lebih awal botak, selepas selesai umrah ke-2 hari Sabtu. Lihat kembali Umrah sekeluarga 2026 - Umrah ke-2 dari Hudaibiyah. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,797 di CATATAN SI MERAH SILU.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan