Merujuk pada artikel Manifestasi kemaruk senarai panjat bukit dan gunung yang dipersembahkan pada Rabu 5 November iaitu lebih sebulan lalu. Ada dinyatakan bahawa pada petang Ahad 2 November ada membuat podcast dalam keadaan sakit tekak, lepas Isyak malam sebelumnya tak boleh keluar suara. Nasib baik dapatlah keluar cukup untuk podcast. Selepas itu shutdown balik. Sekarang sukacita dimaklumkan pagi tadi baru hasilnya dikeluarkan untuk siaran umum. Ini video podcast.
Tajuknya "Samudera Pasai : Pusat Kekhalifahan di Alam Melayu Abad ke-13 Hingga ke-15 Masihi" harus dapat menggambarkan satu perkara yang sangat besar. Sedikit sebanyak ia mengulang suatu hal yang tercetus dalam fikiran 11 tahun lalu. Lihat artikel lama Kekhalifahan raja-raja Melayu dan dinar emas Melaka yang hilang. Tapi ada lebih banyak tambahan apabila dikaitkan dengan jatuh bangun beberapa kerajaan Islam juga kerajaan Melayu. Sila tonton dan fahamkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan