Kepimpinan dan kepengikutan di negara Madani Nabawi
Salam petang Jumaat 21 Jamadil Akhir 1447 Hijriah. Dalam artikel Islam dan orde dunia yang sedang muncul - Satu konvensyen mewah UIA yang dipersembahkan 6 hari lalu ada dinyatakan bahawa guru saya di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar telah menghantar poster bagi majlis berkenaan melalui WhatsApp seawal hari kelahiran saya Rabu 26 November. Tetapi saya tidak memberikan maklum balas pada waktu itu. Apabila mendapat poster untuk satu majlis lain pada 10 Disember baru menyatakan insyaallah akan datang (untuk majlis lain itu). Ini kerana ia memang bersiri dan percuma di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa). Di bawah adalah poster itu.
Poster harus cukup jelas untuk menerangkan tentang majlis. Ia adalah yang ke-8 dalam siri bulanan dan saya telah mengikuti sejak mula. Lihat artikel-artikel berikut :-
Petang Rabu 10 Disember 2025 keluar rumah untuk mengikuti majlis. Tetapi pergi terlebih dahulu ke Perpustakaan Negara dekat pusat bandar raya Kuala Lumpur. Ada bahan perlu dicari untuk satu projek.
Sebenarnya saya bercadang untuk ke Arkib Negara terlebih dahulu waktu pagi. Tetapi hendak dijadikan cerita semalaman asyik mengkaji sambil memperbaiki slaid bagi projek berkenaan. Selepas jam 9 pagi baru masuk tidur. Dekat jam 2 petang baru bangun lalu bersedia untuk keluar rumah.
Alhamdulillah dapat menemui sejumlah bahan yang dicari. Sejumlah lagi perlu cari di tempat lain nanti.
Saya berada di Perpustakaan Negara sampai ia hendak tutup jam 7 petang. Selepas itu baru mencari masjid untuk mandi, bersiap menukar pakaian dan bersolat selain mencari tempat untuk makan malam. Akibatnya sampai ke UIA sekitar jam 8.40 malam.
Syarahan telah pun bermula lalu terlepas sejumlah penerangan.
Namun masih bahagian mukadimah. Poin-poin utama seperti terpapar dalam slaid harus cukup untuk memberikan gambaran.
Rasanya tak perlulah diberikan ulasan.
Cuma, walaupun dapat mengikuti dengan baik, sesekali fikiran saya terlencong terfikirkan kajian yang dijalankan untuk projek. Lalu membuka komputer riba apabila perlu membuat carian...
Berbalik pada syarahan.
Seperti biasa mengikut sampai habis termasuk sesi soal jawab. Boleh ikuti sendiri syarahan melalui rakaman video bawah. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,755 di CATATAN SI MERAH SILU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan