OK. Cerita hari ketiga perjalanan utara ini sebenarnya mahu dipersembahkan tadi petang Jumaat. Sebelum itu perlu menyediakan terlebih dahulu 7 artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Walau tidaklah sebanyak untuk artikel sebelum ini iaitu Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Begitu banyak persinggahan sebelum dan selepas mendaki Bukit Meriam yang memerlukan 12 + 16 = 28 artikel sokongan masih perlu mengambil masa. Datang pula tetamu menyebabkan separuh sahaja sempat disiapkan waktu petang. Separuh lagi cuma dapat disambung lalu disiapkan selepas jam 8.
Awal pagi Khamis 2 Oktober 2025. Keadaan dalam masjid tempat saya bermalam. Lihat Masjid (Mosque of) Teroi awal pagi (in early morning).
Letaknya tidak jauh dari Gunung Jerai. Selepas solat Subuh berjemaah dan wirid bergerak ke kaki gunung.
Niatnya hendak naik gunung setelah lebih 8 tahun tidak bertandang. Terlihat ada warung sudah dibuka bersarapanlah terlebih dahulu.
Gunung Jerai dilihat dari jalan hadapan sedikit selepas warung. Dahulu bulan Jun ada sampai ke kaki gunung dengan niat hendak naik bersama isteri. Tapi tak jadi kerana kesesakan kenderaan ramai sangat hendak ke pusat peranginan atas gunung. Lihat Asbab urusan di Kuala Selangor dan Alor Setar - Dari masjid ke masjid hingga ke Langgar.
Kali ini jalan sunyi sepi tiada gangguan.
Dapatlah pergi ke semua tempat yang hendak disinggahi atas gunung. Cuma tak dapat menjejakkan kaki ke puncak paling tinggi (1,217 meter dari paras laut) disebabkan berpagar dan ada askar melarang. Lihat artikel-artikel berikut :-
Selepas masuk Zohor baru turun lalu bergerak melepasi pekan Gurun.
Melihat kembali puncak-puncak Gunung Jerai sambil memadankan lokasi tempat-tempat yang dijejaki di atas sana. Saya cuma tinggal paras 20 lebih meter sahaja untuk sampai ke puncak tertinggi.
Selepas jam 2 saja-saja masuk dan lalu pusat bandar Sungai Petani.
Selepas itu membelok ke arah timur untuk menziarahi makam-makam berikut :-
Seterusnya mengambil jalan ke kawasan industri Kulim untuk memotong ke Bukit Mertajam.
Dalam perjalanan boleh kelihatan bukit setinggi 547 meter dari paras laut yang memberikan nama tempat.
Selepas sekali lagi makan "tengah hari" lewat ditunaikan hajat untuk mendaki hingga ke puncak. Sampai sekitar jam 6 petang. Lihat artikel-artikel berikut :-
Malam itu singgah di masjid ini untuk mandi, bersalin pakaian dan menunaikan solat. Lihat Masjid (Mosque of) Sungai Bakap Baru. Untuk makluman cerita hari ke-3 perjalanan ini menjadi artikel ke-2,727 di CATATAN SI MERAH SILU. Penulisan artikel-artikel sokongan menyebabkan kedua-dua blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN dan BERPETUALANG KE ACEH juga kini memiliki 2,727 artikel setiap satu.














Tiada ulasan:
Catat Ulasan