Salam. Pergi pula pada hari ke-4 perjalanan utara. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Dari Gunung Jerai ke Bukit Mertajam.
Awal pagi Jumaat 3 Oktober 2025. Keadaan telah membawa untuk bermalam di masjid ini. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Al-Ridzuan, pusat bandar (town centre of) Parit Buntar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.
Apa yang berlaku adalah selepas bandar Parit Buntar menuju ke Bagan Serai tiba-tiba kereta hilang kuasa lalu enjin mati. Berkali-kali cuba dihidupkan tetapi tak jadi. Sedangkan kuasa bateri masih kuat. Nasib baik ada kenalan isteri sama syarikat tetapi di Bagan Serai datang membantu membawa kawan-kawan menengokkan kereta. Dapat disimpulkan masalah adalah minyak tak naik ke enjin entah kenapa. Mereka menolong menarik kereta ke bengkel berdekatan kemudian menghantar untuk menginap di masjid.
Pagi jam 9 baru bengkel dibuka lalu kereta mula dibaiki. Setelah beberapa lama didapati pam menarik minyak ke enjin elok berfungsi. Bateri memang elok begitu juga alat pengecas bateri (alternator). Yang menjadi masalah ada litar pintas menyebabkan fius bagi pam asyik terbakar.
Hendak mengesan wayar manakah yang menyebabkan litar pintas mengambil masa. Beberapa kali kereta dibawa berjalan setelah dapat dihidupkan kemudian mati lalu harus diganti fius. Gambar ini diambil jam 11.11 pagi. Saya telah meminjam motosikal dari bengkel untuk keluar makan di restoran berdekatan masjid, 1 km dari bengkel.
Hampir jam 11.30 baru dapat diselesaikan masalah. Itupun dibekalkan beberapa keping fius lalu ditunjukkan yang mana perlu diganti kalau berlaku enjin mati lagi. Saya pun menyambung perjalanan ke Bagan Serai.
Singgah di masjid lama ini dan masjid lebih baru di seberang jalan. Lihat artikel Lawatan baru (New visit to) masjid lama (old mosque of) Bagan Serai diikuti Masjid (Mosque of) al-Athar, Kampung Masjid Tinggi, Bagan Serai.
Selepas itu baru ke destinasi utama iaitu Gunung Semanggol.
Kalau tidak kerana kerosakan kereta di Parit Buntar tentu sudah menginap malam Jumaat di masjid di kaki gunung yang memberikan nama. Ini kerana sudah lama menyimpan hajat untuk mendaki hingga ke puncak. Denai pendakian bermula di sebelah masjid.
Sebaik sahaja sampai jam 12.30 tengah hari terus memulakan pendakian...
Niat asal adalah pagi sebelah Subuh mahu mula mendak. Selepas turun bersolat Jumaat di masjid tersebut. Tapi kini memang tak sempat. Apapun saya sedang bermusafir. Tak wajib pun bersolat Jumaat.
Kalau mendaki selepas solat keberangkalian untuk terpaksa meredah hujan lebat amatlah tinggi. Ketika memulakan pendakian pun langit penuh awan gelap. Bila-bila masa sahaja hujan boleh turun. Selain itu isteri sudah memberitahu agar berjumpa di Taiping jam 3. Kalau naik selepas solat memang tak terkejar...
Dipendekkan cerita. setelah bertahun menyimpan hajat dapat juga sampai ke puncak. Dan doa agar hujan jangan turun lagi dimakbulkan walau puncak diselaputi kabus/awan. Lihat artikel-artikel berikut di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Duduklah di atas sana buat beberapa lama.
Apabila sampai kembali ke kereta sudah jam 3.22. Nasib baik isteri yang menumpang kereta bersama beberapa orang kawan dari Pulau Pinang masih dalam perjalanang.
Sebetulnya hujan lebat mula turun ketika tinggal sekitar 1/4 perjalanan ke kaki gunung. Hujan berterusan lebat sambil bergerak ke Taiping.
Saya harus ke satu bahagian Taiping terlebih dahulu untuk satu urusan sebelum bertemu isteri yang singgah bersama kawan-kawan di kedai makan di Simpang.
Selepas minum petang singgah di masjid berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) al-Ikhwaniah, Simpang, Taiping. Selepas itu baru berpisah arah dengan kawan-kawan.
Isteri naik kereta bersama saya mengambil Lebuh Raya Pantai Barat menuju ke arah selatan.
Singgah di Simpang Empat, Hutan Melintang untuk membasuh baju-batu kotor di dobi lalu makan malam. Sempat singgah masjid situ. Lihat Masjid (Mosque of) al-Aula, Simpang Empat, Hutan Melintang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan