Salam semua. Pergi pada hari kedua perjalanan utara baru ini. Kali ini punyalah banyak persinggahan sehingga harus disediakan terlebih dahulu 12 artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 16 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH agar cerita terasa cukup lengkap. Bersambung daripada artikel Asbab isteri bermesyuarat di Pulau Pinang - Pusing pulau sebelum membuat live di hotel.
Awal pagi Rabu 1 Oktober 2025 bertolak meninggalkan hotel isteri setelah bermalam di sana. Sudah disebut bahawa saya sebenarnya bercadang untuk bermalam di Kota Kuala Muda. Tetapi didapati ada katil untuk ahli lelaki mesyuarat kesatuan kosong atas sebab tertentu lalu saya diajak mengisi...
Disebabkan itu dapat melihat matahari terbit dari tepian laut berdekatan. Lihat Sunrise at Padang Kota.
Dapat juga singgah ke Batu Uban yang telah menjadi penempatan orang Melayu lebih 50 tahun sebelum Francis Light "menemui" Pulau Pinang tahun 1786. Lihat Lawatan baru (New visit to) masjid (mosque of) Batu Uban diikuti Tanah perkuburan (Cemetery at) masjid (mosque of) Batu Uban.
Dekat jam 9.15 baru mengambil jambatan keluar dari pulau.
Asbab bermalam di hotel, tidak di Kota Kuala Muda, timbul gerak spontan untuk ke Kuala Muda yang terletak dalam negeri Pulau Pinang, menghadap tempat nama sama seberang Sungai Muda dalam Negeri Kedah.
Di situ baru bersarapan hidangan istimewa selain singgah ke beberapa tempat. Lihat artikel-artikel berikut :-
Selepas itu baru ke Kota Kuala Muda, dalam negeri Kedah, lalu singgah ke beberapa lagi tempat :-
Berikutnya hendak mendaki Bukit Meriam, bukit yang pernah menjadi pusat pemerintahan raja pertama Kedah memeluk Islam, Sultan Muzaffar Syah yang memerintah 1136-1179 Masihi. Niat untuk mendaki baru timbul beberapa hari sebelum bergerak ke utara.
Sebaliknya timbul rasa untuk bergerak melepas persekitaran bukit untuk ke Pantai Merdeka terlebih dahulu. Singgah sekali masjid berdekatan. Lihat Pantai Merdeka after many years diikuti Masjid (Mosque of) Tuan Husein, Pantai Merdeka.
Pergi pula ke Pulau Sayak lalu melihat persekitaran daripada beberapa sudut serta menziarahi sebuah makam. Lihat artikel-artikel berikut :-
Selepas itu baru bergerak kembali ke Bukit Meriam. Pergi ke arah lereng belah barat kerana dalam Google Map dinyatakan denai memanjat ada di belah itu. Singgah dahulu di masjid yang kelihatan. Lihat Masjid (Mosque of) As 'Saadi, Kampung Bukit Meriam.
Namun apabila pergi ke tempat yang ditanda tak jumpa langsung kesan denai. Tanya pada orang tempatan, katanya jalan naik cuma terdapat di sebalik sana (belah timur), dekat Kampung Bukit Berangan lalu bergeraklah ke sana.
Alhamdulillah. Jumpa laluan dekat surau seperti dinyatakan. Tetapi turun hujan lebat berserta guruh angin kuat lalu terpaksa beriktikaf di surau menunggu reda. Lihat Surau (Praying hall of) Kampung Bukit Berangan.
Dipendekkan cerita setelah lebih sejam menunggu akhirnya naik juga dalam keadaan hujan, cuma sudah tinggal renyai-renyai. Lihat Climbing up Bukit Meriam - Part I diikuti Climbing up Bukit Meriam - Part II.
Selepas itu baru makan "tengah hari" jam 5.12 di Kota Kuala Muda.
Seterusnya pergi menziarahi makam Sultan pertama Kedah di Lembah Bujang, Sultan yang pernah bersemayam di Bukit Meriam. Lihat Lawatan baru (New visit to) Sultan Muzaffar Syah Kedah.
Berkejar ke Lubuk Tupoh ketika hendak masuk waktu Maghrib kemudian singgah ke beberapa tempat hingga ke Yan. Lihat artikel-artikel berikut :-
Tak cukup itu pergi naik ke ketiga-tiga tempat yang ditunjuk arah pada papan tanda yang kelihatan. Itu yang boleh terlupa sepatutnya malam itu mengikuti siaran langsung majlis ilmu seperti dinyatakan dalam Revolusi ilmu pengetahuan dan pembelajaran cetusan Madani Nabawi


















Tiada ulasan:
Catat Ulasan