Salam Ahad malam Isnin 8 Ogos. Pergi pada cerita hari terakhir perjalanan Pahang minggu lalu. Untuk itu telah disediakan 4 buah artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 9 di BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada Asbab isteri ke Redang - Dari Kuala Tembeling ke Raub.
Pagi Ahad 3 Ogos 2025 bersamaan 9 Safar 1447 Hijriah. Sekali lagi saya telah bermalam di surau ini di Janda Baik. Lihat Rupa baru surau Chemperoh pada siang hari (Chemperoh praying hall new look during daytime).
Sebetulnya saya sampai ke Janda Baik petang Sabtu 2 Ogos selepas meninggalkan Raub. Petang itu ada pergi ke rumah bapa angkat, penulis buku politik terkenal Syed Hussein al-Attas @ Pak Habib. Pagi Ahad singgah lagi.
Tidak seperti pada hari Jumaat 1 Ogos yang mana saya meninggalkan Janda Baik untuk ke Temerloh dan seterusnya selepas solat Subuh. Lihat Asbab isteri ke Redang - Menyahut 'panggilan' Bukit Kertau. Kali ini menghabiskan lebih banyak masa di persekitaran...
Singgah melihat orang ramai bermandi manda di sungai buat sementara. Lihat A brief stop at one of Janda Baik's rivers. Janda Baik selalu dikunjungi orang luar pada hujung minggu.
Saya merasa terpanggil untuk naik ke Genting Highlands.
Sama halnya seperti kali terakhir ke sana Oktober 2022 saya mahu naik ke puncak Gunung Ulu Kali.
Cuma dahulu naik dalam keadaan berkabus. Lihat artikel lama Menyahut panggilan Gunung Ulu Kali. Kali ini cuaca cantik terang benderang. Dapat melihat pemandangan.
Singgah sebentar beriktikaf di masjid ini.
Teringat hampir 30 tahun lalu pernah menginap dalam sleeping bag di atas bangku di halaman masjid, selepas habis syif malam di tempat kerja lama, akhbar The New Straits Times di Jalan Riong, Bangsar. Lihat Masjid (Mosque of) Genting Highlands.
Namun tujuan utama adalah untuk mendaki ke puncak tertinggi Gunung Ulu Kali. Untuk pengetahuan Genting Highlands terletak di atas salah satu puncak gunung setinggi 1776 meter bersamaan 5826.77 kaki dari paras laut .
Tidak berapa lama kemudian sampailah ke puncak tertinggi tersebut. Lihat On to the highest peak of Gunung Ulu Kali.
Menghabiskan bacaan Surah Taubah lalu proses pengkhataman Al-Quran bagi bulan Safar masuk muka surat ke 7 Juz 11 di puncak.
Di sebelah ada puncak sedikit rendah yang ada batu-batu besar berpokok lalu memanjat ke satu pangkal. Sambung pula bacaan kitab Muqaddimah tulisan Ibnu Khaldun. Lihat On to the highest peak of Gunung Ulu Kali - Part II.
Apabila keluar lalu kelihatan kabus merangkap awan mula menyelaputi pandangan.
Selepas membuat satu pusingan di kawasan peranginan Genting Highlands turun ke arah bandar raya Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Karak.
Terlihat Bukit Tabur ketika menghampiri tol Gombak timbul rasa hendak mendaki ke puncak.
Alas perut dahulu di restoran mamak di Taman Melawati.
Menjamakkan solat di surau berdekatan kemudian berehat sebentar. Lihat Surau (Praying hall of) At-Tarbiah, Taman Melawati.
Jam 4.22 petang pendakian pun dimulakan.
Dipendekkan cerita dapat sampai ke beberapa puncak. Tetapi tak sempat naik ke puncak tertinggi. Ini kerana sampai ke puncak sebelum itu pun sudah dekat jam 7. Sebelum itu ada tersalah mengambil jalan lalu banyak membuang masa. Lihat artikel-artikel berikut :-
Gambar ini diambil jam 9.05 sejurus selepas keluar dari hutan bukit lalu hendak kembali ke kereta. Saya telah mengalami kesesatan selama entah beberapa minit kerana terkeluar dari denai dalam perjalanan turun dalam kegelapan malam. Ketika azan Maghrib kedengaran berkumandang masih di atas satu puncak.
Terus ke masjid terdekat untuk menjamakkan solat Maghrib dan Isyak menggunakan wudhuk sebelum naik bukit. Lihat Masjid (Mosque of) Al-Mardhiyah, Taman Melawati waktu malam (at night).
Selepas solat orang masjid mengajak makan di restoran mamak berdekatan. Sekitar jam 11 bergerak ke pusat bandar raya kerana sudah berjanji akan mengambil isteri kembali dari Pulau Redang.
Cuma didapati bas tersangkut dalam kesesakan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Sambil menunggu di kedai makan sambung pembacaan kita Muqaddimah,
Apabila sampai ke rumah jam 1.12 pagi Isnin 4 Ogos didapati saya sudah memandu sejauh 739.4 km.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan