Adapun setelah mempersembahkan artikel Membaca diri dalam "Berpetualang ke Aceh" - Satu penilaian akademik terhadap penulisan Radzi Sapiee tengah malam tadi cadangnya hendak memaparkan satu lagi penulisan mengandungi artikel jurnal kajian akademik terhadap penulisan saya. Namun pagi tadi ada satu majlis berlangsung secara atas talian yang isinya terasa elok dikongsikan terlebih dahulu. Ini ceritanya.
Poster hebahan majlis diterima dalam grup WhatsApp "Obor Melayu Mahawangsa" baru jam 8 pagi. Sedangkan majlis dijadualkan bermula jam 10. Grup yang mengandungi ramai orang ternama dalam dunia akademik ini diasaskan oleh Profesor Datuk Dr Awang Sariyan (kini bergelar Profesor Emeritus juga Senator) beberapa tahun lalu. Saya dimasukkan kerana mengenali sejak menjadi anak murid ketika beliau menerajui bahagian ketamadunan Melayu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) tahun 2018.
Pada tahun 2019 beliau pernah merasmikan buku ke-13 saya di rumah. Lihat Majlis rumah terbuka dan 'sambutan' buku Merah Silu. Setahun dua kemudian beliau yang pernah menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) meninggalkan ISTAC. Tidak lama kemudian menjadi pemegang Kursi Za'aba di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris). Seterusnya pernah menjadi pengerusi jawatankuasa pengelola DBP, dan entah beberapa lagi jawatan.
Awang yang rajin memperjuangkan bahasa Melayu kemudian diangkat menjadi Senator di Dewan Negara, Parlimen Malaysia. Baru beberapa bulan lalu pula diangkat menjadi pemegang Kursi Institusi Raja-raja Melayu di UiTM (Universiti Teknologi MARA) lalu dalam kapasiti itulah bercakap dalam majlis atas talian. Oh. Sudah beberapa tahun tak bertemu hujung minggu baru ini terjumpa dalam satu majlis bersifat keagamaan. Lihat artikel Refleksi Konsert Gema Sufi 2025 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Berbalik pada majlis atas talian. Slaid-slaid yang dikongsikan harus cukup jelas untuk menunjukkan perkongsian dan hala tuju.
Tak perlulah mengulas panjang ya.
Cukuplah dikatakan sejarah pemerintahan beraja di Alam Melayu ditelusuri sejak awal untuk menunjukkan bagaimana raja-raja Melayu masih berperanan sehingga ke hari ini.
Kemudian masuk sesi soal jawab awal.
Dalam konteks menjawab soalan inilah baru dipaparkan slaid-slaid seterusnya dan dipanjangkan penerangan. Sila ikuti sendiri majlis melalui video bawah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan