Salam. Tukar arah perkongsian. Sejak seminggu lalu saya sebenarnya mahu berkongsi satu penilaian akademik terhadap penulisan saya yang dibuat hampir 2 tahun lalu iaitu pada September 2023 tetapi baru beberapa hari itu ditemui. Namun didapati harus berkongsi terlebih dahulu satu penilaian akademik yang dibuat lebih awal iaitu pada November 2020.
Merujuk pada artikel Apabila perjuangan dihargai. yang dipersembahkan April 2023. Ia ditulis selepas menyedari bahawa penulisan saya dalam siri novel "Berpetualang ke Aceh" pernah diulas seorang pensyarah sastera Melayu berbangsa India dari Universiti Sains Malaysia, dalam sebuah buku yang diterbitkan tahun 2019. Buku itu bertajuk Aceh-Malaysia dalam Rangkuman Sastera, Budaya & Media. Nampaknya ulasan adalah susulan daripada pembentangan beliau tentang buku saya dalam seminar berkenaan di Aceh.
Video pembentangan ada disertakan dalam Apabila perjuangan dihargai. Turut dinyatakan pensyarah tersebut, Dr Saravanan P. Veeramuthu dari Universiti Sains Malaysia (USM) ada membuat artikel akademik tentang penulisan saya dan ia keluar dalam sebuah jurnal tahun 2020.
Namun saya sekadar menyertakan pautan untuk mencapai artikel akademik dalam jurnal, melalui laman sesawang ResearchGate. Lihat Reading Into One's Self In the Berpetualang ke Aceh Trilogy. Baru sekarang timbul rasa elok diletakkan dalam bentuk gambar di CATATAN SI MERAH SILU.
Secara rata kelihatan Saravanan memandang tinggi penulisan saya dalam siri "Berpetualang ke Aceh".
Mengupas daripada sudut teori sastera beliau dapat melihat buku ini memaparkan perjalanan hidup yang merangkumi pencarian makna, peranan, memahami diri lalu terzahirlah satu perjuangan untuk memartabatkan Melayu dan Islam berlandaskan kehebatan ketamadunan kerajaan lama di Aceh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan