Meneruskan lagi gerak cerita berkenaan. Kiranya bersambung daripada Dari Cyberjaya ke Putrajaya ke Shah Alam - Apakah yang tersurat dan tersirat kali ini?
Petang Sabtu 26 Julai 2025 saya dan isteri keluar lagi untuk satu sesi kecil permusafiran.
Singgah makan gulai tempoyak ikan patin di medan selera Selayang.
Kemudian singgah di masjid ini untuk bersolat. Lihat artikel Lawatan baru (New visit) to Masjid (Mosque of) Kampung Sungai Tua Baharu di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN.
Di masjid itu juga ditinggalkan isteri supaya boleh diambil kawannya bergerak ke satu majlis di Bandar Saujana Putra. Saya pula harus terlebih dahulu hadir di satu majlis zikir tertutup di Petaling Jaya, majlis yang bersifat keSufian.
Sebelum ke majlis zikir yang bermula dengan solat Maghrib berjemaah singgah di tasik Taman Aman. Dapat menamatkan bacaan Juz 1 bagi proses pengkhataman Al Quran bulan Safar. Oh, menurut kalendar JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam) Sabtu itu sudah masuk Safar.
Ini adalah salah satu poster bagi majlis di Bandar Saudara Putra. Jelas tajuknya melibatkan keSufian. Saya dan isteri diundang sebagai tetamu istimewa.
Saya masuk ke dewan berkenaan jam 9.20 malam, setelah meninggalkan majlis zikir jam 8.42.
Sungguh menarik persembahan. Namun lebih menarik lagi bagi kami dapat bertemu ramai rakan seperjuangan yang sudah agak lama tidak ditemui. Lihat artikel Refleksi Konsert Gema Sufi 2025 di blogspot Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH).
Kami meninggalkan Bandar Saujana Putra hampir jam 1 pagi. Dekat jam 2 baru sampai ke rumah adik isteri di Semenyih di mana kami bermalam. Dekat jam 9 pagi Ahad 27 Julai keluar menuju ke bandar raya Kuala Lumpur.
Ambil anak-anak yang belajar di tahfiz lalu duduk asrama di selatan Cheras keluar outing. Sudah lebih sebulan tak bertemu.
Adik ipar isteri telah membekalkan sedikit makanan. Tergerak untuk membawa ke Taman Burung di Taman Tasik (Lake Garden).
Bersarapan di satu sudut sambil saya menyambung bacaan Al Quran yang sudah masuk Juz ke-2.
Ini pula di sekitar Masjid India. Isteri membawa anak-anak pergi potong rambut. Saya pekena teh halia di warung berdekatan.
Selepas itu baru ke restoran dalam tempat membeli belah di mana seorang anak bekerja. Seorang anak lagi datang dengan motosikal dari Rawang. Lalu kami makan minum dan bergelak ketawa enam beranak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan