Jumaat, April 25, 2025

Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - Jumaat di Janda Baik dan UIA

Salam petang Jumaat 26 Syawal, Jumaat terakhir bulan raya ini. Pergi pada penceritaan hari terakhir perjalanan. Bersambung daripada Raya Aidilfitri 2025 di selatan Thailand - "Last kopek" sebelum balik Malaysia.



Pagi Jumaat 11 April 2025 bersamaan 12 Syawal 1446 Hijriah. Kami telah bermalam di masjid ini di Janda Baik.




Mengisi perut di kedai makan berdekatan.



Kalau ikut kehendak saya Jumaat masih berada di selatan Thailand. Mahu solat Jumaat di sana. Tetapi petang Ahad dah kena hantar anak masuk kembali ke tahfiz di selatan Cheras. Kalau ikutkan kehendak isteri Jumaat sudah berada di rumah untuk berehat.




Namun dibuat persinggahan ke Janda Baik, sampai lewat malam Jumaat malah jam 2 pagi. Ada jalan terhalang akibat pokok tumbang setelah hujan lebat lalu harus menunggu bomba datang melorongkan jalan. Seorang anak yang pernah belajar di tahfiz situ rindu hendak melihat tahfiznya. Sudah lebih setengah tahun tidak menjejakkan kaki ke Janda Baik. Lalu kami pun berjalan-jalan.




Singgah juga ke rumah bapa angkat saya, penulis buku politik terkenal, Syed Hussein al-Attas @ Pak Habib. Saya ada menemui beliau ketika kali terakhir ke Janda Baik penghujung bulan puasa. Lihat Iktikaf 25 Ramadan di Janda Baik - Menyambung ke Ampang, Hulu Langat dan persekitaran Cheras.




Di tahfiz yang sedang kosong kerana semua orang masih bercuti raya. Selain ke Janda Baik untuk melihat tahfiz boleh singgah di Rawang untuk membeli barangan anak. Kalau kembali ke rumah terlebih dahulu harus berpatah balik arah 13 km ke Rawang.




Bermalam di Janda Baik juga membuka peluang dan masa untuk menunaikan solat Jumaat di kampus utama UIA (Universiti Islam Antarabangsa) di Gombak. Setelah tidak dapat melakukan di selatan Thailand saya anggap satu keberkatan dapat menunaikan solat di universiti tersebut yang menaungi ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam), tempat saya sedang menyambung pengajian peringkat PhD.




Laluan perjalanan dari Gua Musang ke rumah kami di Bandar Sungai Buaya memang memerlukan sampai ke simpang ke Janda Baik terlebih dahulu sebelum lalu Gombak diikuti Rawang. 




Kami meninggalkan UIA sekitar jam 2.45 petang.



Selesai segala urusan lalu sampai ke rumah jam 6 didapati saya sudah memandu sejauh 1,653.3 km. Sekadar memaklumkan. Artikel ini ditulis 25 April bersamaan 26 Syawal di ISTAC, selepas menunaikan solat Jumaat di masjid situ. Ini pun saya anggap sebagai satu keberkatan. Cuma satu sahaja yang mungkin 'kureng'. Kalau ikut rancangan asal mahu mengkhatamkan bacaan Al Quran bagi bulan Syawal di masjid ISTAC sepertimana dapat dilakukan bagi bulan Ramadan. Lihat Iktikaf 27 Ramadan di ISTAC - Tercapai hajat sempena hari lahir ke-56 menurut kiraan Islam. Tetapi entah kenapa dapat rasa untuk bergerak lebih pantas. Lalu bacaan diselesaikan semalam petang Khamis 25 Syawal. Sekian penceritaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan