Jumaat, Februari 28, 2025

Kolokium Sejarah Maritim Alam Melayu Dalam Peta Dunia - Hari 1

Salam semua. Adapun kita kini hampir masuk bulan puasa Ramadhan. Karang lepas Maghrib akan tengok bulan. Kalau nampak maka siang Sabtu esok bermulalah puasa. Kalau tak lusa hari Ahad. Kalau ikut kiraan falak memang Ahad. Sebelum itu biar dibuat perkongsian terbaru tentang majlis ilmu.





Tajuk majlis ilmu yang mahu dikongsikan cerita kali ini. Ia diadakan di tempat saya belajar iaitu ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari Selasa dan Rabu, 25-26 Februari 2025 baru ini. Tetapi disebabkan pelbagai kesibukan diikuti kepenatan baru kini dapat ditumpukan fikiran untuk berkongsi cerita.





Saya tidak mahu bercerita panjang. Ini adalah atur cara bagi hari pertama.




Sampai masanya pagi Selasa bergegaslah ke ISTAC.




Sampai sedikit lewat.




Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah sedang memberikan ucapan rasmi.




Baginda bertitah atas dua kapisiti utama. Majlis adalah anjuran Lembaga Muzium Negeri Pahang lalulah kenalah dengan kedudukan sebagai Tengku Ampuan. Baginda juga adalah Canselor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). UIAM adalah badan induk yang menaungi ISTAC.




Selepas itu sesi perkongsian ilmu dimulakan dengan pembentang pertama Profesor Dato Dr Ahmad Murad Merican dari ISTAC membawa tajuk "Tanah Air Hakikat dan Jiwa Kepulauan Melayu". Sebetulnya Tunku Azizah yang juga baru menjadi pelajar sarjana atau Master di ISTAC telah lebih awal berkongsi ilmu. Cuma cara penyampaian lebih pada perkongsian pengalaman peribadi terutama  melibatkan dua minat utama tuanku, masakan dan kain tenun Pahang.







Selepas itu hadirin diundang untuk bersarapan pagi. Ketika Tengku Ampuan Pahang bergerak dari kerusi di hadapan terserempak dengan saya lalu baginda menyatakan suka melihat saya memakai tanjak selain berbusana penuh Melayu tradisional, satu perkara yang ada dinyatakan dalam ucapan perasmian mahu diangkat kembali dalam semua majlis rasmi di istana Pahang.

 


Selesai sarapan pembentang kedua Cik Hamizah Afandi, Kurator Muzium Pahang membawa tajuk "Muzium Pulau Beram : Pahang and the Seas"...










Pembentang ketiga, Profesor Madya Dr Nasha Rodziadi Khaw membawa tajuk "The Maritime History of the Malay Peninsular Before the 14th Century CE, with a Focus on Ancient Kedah"...










Selepas makan tengah hari pembentang keempat, Puan Karamina Puspitasari, Kurator Museum Nasional Indonesia membawa tajuk "Ancient Ceramic Trade Along the Spice Route : Insights from the National Museum of Indonesia's Collection"...







Pembentang kelima Encik Ramon Vega Piniella, seorang penyelidik dari National Library Board, Singapore membawa tajuk "Pahang in Maritime Trade Between Asia and Europe".






Seterusnya pembentang keenam, Encik Julian Candiah, seorang kolektor dan penyelidik peta membawa tajuk "The Straits of Malacca, As Part of the Maritime Silk Road".







Inilah perkongsian ringkas yang dapat dibuat saya buat masa ini. Selepas ini harus mengejar 10 muka surat terakhir Al Quran bagi proses pengkhataman bulan Sya'aban kemudian mendaki ke puncak sebuah bukit berdekatan bagi mendapatkan pemandangan 7 buah planet  yang katanya boleh dilihat selari di langit selepas matahari terbenam. Untuk mengikuti seluruh perjalanan majlis sila tonton video atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan