Khamis, Oktober 31, 2024

Asbab mesyuarat agung persatuan

Artikel kompilasi perjalanan baru Perak.



Perjalanan ini berlaku atas asbab mahu menghadiri mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Perak di sebuah hotel di selatan Ipoh pada pagi Sabtu 19 Oktober 2024. Memandangkan sudah lebih 3 bulan tidak berjalan di negeri kelahiran bapa itu maka dilanjutkan ke beberapa tempat. Kebetulan seminggu sebelum itu seorang kawan lama yang menetap di Sungai Siput ada bertandang ke rumah saya di Bandar Sungai Buaya. Beliau memberitahu ada jalan belakang untuk sampai ke puncak Bukit Singa di Sungai Siput lalu saya yang pernah sekali mendakinya sekali tahun 2017 pun berkobar-kobar semangat hendak mengulangi.

Maka didakilah bukit petang itu sebelum ke Kuala Kangsar. Singgah di beberapa tempat seperti kebiasaan apabila ke bandar diraja itu seperti makam Tok Temong di Kampung Temong juga makam moyang kepada datuk saya, Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Bukit Chandan. Kebetulan juga mahu ke pameran sundang di Muzium Perak, Taiping juga ke masjid Changkat Jering, setelah mendapat tahu nama  pengasas masjid sama dengan nama datuk kepada datuk dan tempoh waktu hidup pun sama. Maka dilanjutkan ke situ sebelum ke Lumut di mana didaki sebuah bukit yang sudah lebih setahun menyimpan hajat mahu ke puncak.


1. Himpunan bangunan tradisional Melayu di Chemor (Collection of Malay traditional buildings in Chemor) 

2. New attempt at Bukit Singa

3. New attempt at Bukit Singa part II

4. Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang

5. Masjid (Mosque of) As Saudah, Kampung Jamuan, Kuala Kangsar

6. Masjid (Mosque of) Khairiah, Kampung Sayong Lembah

7. Pameran sundang di Muzium Perak (Sundang exhibition at Perak Museum), Taiping

8. Masjid jamek (Main mosque of) Changkat Jering

9. Nice waterway at Kuala Trong 

10. Asbab mesyuarat agung persatuan - Laksa di Kuale, sundang di Tepen dan bukit 'mistikal' di Pantai Remis

11.  Going up Bukit 300 in Lumut

12. Going up Bukit 300 in Lumut - Part II

13. Asbab mesyuarat agung persatuan - Menyambung dari Bukit 300 ke Beting Beras Basah

14. Rupa baru makam (New look of the tomb of) Keramat Kuala Bidor

15. Asbab mesyuarat agung persatuan - Dari Batak Rabit ke pesanan mee kari isteri


Rabu, Oktober 30, 2024

Asbab mesyuarat agung persatuan - Dari Batak Rabit ke pesanan mee kari isteri

Salam semua. Sampai masanya untuk menamatkan siri kecil ini. Pergi pada hari ke-4 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Asbab mesyuarat agung persatuan - Menyambung dari Bukit 300 ke Beting Beras Basah.



Pagi Selasa 22 Oktober 2024. Bersantai menghadap Sungai Perak.




Tadi tu di hadapan chalet yang baru sebulan dua dibuka. Dahulu ia cuma jeti terapung untuk orang menyewa bot keluar memancing udang galah.




Jeti terletak di hadapan masjid warisan keluarga di Batak Rabit. Saya telah bermalam di masjid. Selepas jam 10.30 baru bersedia untuk menyambung perjalanan.




Masuk ke bandar Teluk Intan...



Ziarah makam Sultan Abdullah Muhammad Syah I, Sultan ke-22 Perak di Durian Sebatang.




Makan nasi kandar di Padang Speedy.




Selepas itu ziarah makam Keramat Kuala Bidor lalu pertama kali melihat ia bersih tanpa pokok sejak pertama kali bertandang penghujung tahun 2001. Lihat artikel Rupa baru makam (New look of the tomb of) Keramat Kuala Bidor  di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Boleh kata setiap kali ke Teluk Intan mesti menziarahi makam moyang keluarga Laksamana Perak ini. Menyambung bacaan bagi Juz ke-20 yang telah dimulakan di masjid keluarga. Habis Surah al-Qasas, hendak masuk Surah al-Ankabut yang merupakan surah terakhir juzuk.




Dari Teluk Intan menghala ke Sungkai kemudian masuk ke Felda Besout.




Berhenti sebentar di "Bukit Selfie"...



Sambung sedikit membaca Al Quran.



Juz 20 ditamatkan di tepian jalan sebelum satu persimpangan di Behrang.





Ini kerana mahu masuk ke Lebuh Raya Utara Selatan. 




Biasanya saya cuma masuk lebih raya selepas Tanjung Malim. Kali ini isteri telah meminta agar membeli mee kari di perhentian rehat Ulu Bernam arah ke selatan. Untuk mencapainya mesti masuk lebuh raya selewatnya di Behrang.


Disebabkan itu pilihan laluan perjalanan jadi terhad. Kalau tidak mungkin saya akan berjalan-jalan dahulu di Tanjung Malim malah mungkin memanjat sekali sebuah bukit berdekatan. Ketika sampai ke rumah petang itu didapati perjalanan Perak memakan jarak lebih 700 km. Cukuplah perkongsian cerita yang berlaku atas asbab mahu menghadiri mesyuarat agung persatuan.


Selasa, Oktober 29, 2024

Asbab mesyuarat agung persatuan - Menyambung dari Bukit 300 ke Beting Beras Basah

OK. Pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Asbab mesyuarat agung persatuan - Laksa di Kuale, sundang di Tepen dan bukit 'mistikal' di Pantai Remis.



Awal pagi Isnin 21 Oktober 2024. Setelah menginap di masjid jamek Lumut lalu menunaikan solat Subuh berjemaah saya bersedia untuk berjalan-jalan.




Pusing dahulu pekan Lumut.




Melihat suasana indah Sungai Dinding dari beberapa tempat dan sudut.
















Selepas jam 8.30 baru mahu menunaikan misi utama bagi hari itu. Mahu mendaki ke puncak yang dikenali sebagai Bukit 300, melalui satu denai yang permulaannya pernah dilihat ketika kali terakhir bertandang ke Lumut lebih setahun lalu. Lihat Perak selepas 9 September.




Selepas mengalas perut di suatu kedai baru dapat menemui denai lalu memulakan pendakian. Tersilap mengambil laluan apabila denai bercabang sebelum menemui kembali jalan yang sepatutnya. Sampai ke satu bahagian memulakan bacaan Surah Syu'ara. Ini sebagai menyambung bacaan bagi Juzuk ke-19 yang mana surah sebelumnya iaitu Al-Furqan sudah diselesaikan di masjid Lumut.




Selepas jam 1 baru sampai ke Bukit 300. Sedangkan pendakian dimulakan jam 9.30. 

 


Ini disebabkan laluan yang diambil iaitu dari arah Teluk Rubiah lebih jauh dan perlu turun naik 2 puncak lain yang hampir sama tinggi, ketiga-tiganya lebih 320 meter dari paras laut. Laluan popular dari Teluk Batik lebih dekat, terus menuju ke Bukit 300.



Menyelesaikan bacaan Surah Syu'ara, setelah menjamakkan solat Zohor dan Asar 




Berbaring atas hammock layan tidur sat. Oh. Ketika itu ada seorang warga emas berbangsa Cina berumur 72 tahun dari Sitiawan duduk di bahagian lain puncak. Beliau yang datang dari arah Teluk Batik memberitahu suka hiking seorang diri, seperti saya.  Supaya mudah mengatur langkah tanpa banyak kerenah.





Punyalah selesa melepak atas tu, apabila turun hingga sampai ke kereta sudah jam 4.51. Oh. Baru teringat. Sebenarnya, akhir sekali, saya ada mendaki ke satu puncak paling selatan banjaran bukit bukau ini. Ketinggiannya lebih sedikit dari 210 meter dari paras laut.  Kedudukannya agak terpisah dari 3 puncak utama yang 110 meter lebih tinggi.




Berkejar ke Bagan Datoh. Dalam perjalanan mandi dan bersalin pakaian di sebuah surah. Ketika perjalanan bulan Ramadhan setengah tahun lalu ada dirancang mahu ke sana selepas Lumut. Tetapi tak sempat kerana bergerak pun hampir hendak Maghrib lalu terus ke Teluk Intan. Lihat Musafir akhir Ramadan 1445 Hijriah - Menyusur kerajaan lama Beruas.



Di Bagan Datoh baru makan dan minum. Sepanjang berada di persekitaran bukit jam 9.30 pagi hingga hampir 5 petang saya cuma meneguk sedikit air sahaja.




Selepas itu terus ke Beting Beras Basah, satu lagi destinasi yang tidak sempat dijejaki setengah tahun lalu.




Kalau terakhir sampai adalah lebih pertengahan September 2023. Ketika itu dapat melihat beting di tengah perairan yang menjadi tempat persinggahan dalam pertabalan Sultan Perak lalu berjalan kaki ke sana. Lihat Perak selepas 9 September - 'Panggilan' tak disangka dari Beting Beras Basah.




Kalau cuaca cukup baik dapat dilihat dengan jelas bukit bukau di Pulau Pangkor dan sekitar Lumut. Di tengah itu adalah bukit yang baru didaki. Kelihatan  3 puncak utama yang tertinggi, Bukit 300 adalah paling kanan antara 3 itu. Tentang pendakian lihat artikel-artikel berikut  di blogspot BERPETUALANG KE ACEH :-







Membaca surah seterusnya, An-Naml sehingga selesai juz 19. Menariknya, apabila sampai pada ayat 30 yang berbunyi:




Ertinya adalah “Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,". Ketika membaca ini dapat dirasakan kehadiran makhluk halus yang sangat kuat.


Isnin, Oktober 28, 2024

Asbab mesyuarat agung persatuan - Laksa di Kuale, sundang di Tepen dan bukit 'mistikal' di Pantai Remis

Salam. Tadi saya ada urusan di dua buah pejabat di Kuala Kubu lalu berjalan-jalan di beberapa tempat termasuk tasik empangan Hulu Selangor dan satu bahagian pendalaman Sungai Selangor. Fikirnya hendak menyambung cerita perjalanan Perak dari salah satu tempat itu. Tengok-tengok tak sempat kerana urusan pejabat memakan masa. Di tempat berjalan pula talian Internet kurang elok. Jadinya balik rumah baru boleh menyambung cerita. Itupun selepas menyelesaikan beberapa perkara. Bersambung daripada Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang.



Pagi selepas Subuh, Ahad 20 September 2024. Selepas menginap di surau ini di Kampung Temong saya sedia untuk menyambung perjalanan. Satu perkara menarik berlaku awal pagi itu. Buat pertama kali, setelah entah lebih 20 kali ke begitu menginap di surau yang jarang digunakan orang ini, ada yang mengejutkan saya untuk bangun Subuh. Biasanya bangun sendiri.

Ada orang tua pelik kelihatan kurang siuman berbaju kuning datang lalu bercerita macam-macam. Disebut tarikh lahirnya adalah 19 Oktober 1953, teringat bahawa pada tarikh 19 Oktober iaitu hari sebelumnya telah berlaku mesyuarat agung Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) cawangan Perak di Ipoh. Tepat setahun sebelum itu pula berlaku majlis besar peringkat negeri yang mana mereka adalah antara penganjur dan saya menjadi pembicara terhormat majlis. Lihat ceritanya dalam Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang.




Bila di Temong tentunya akan menziarahi makam Tok Temong. Pergi dahulu ke tebing Sungai Perak di tepi kompleks makam.




Kelihatan ada kesan banjir melanda banyak tempat di sepanjang Sungai Perak beberapa hari sebelumnya.




Di makam Tok Temong. Keris ini pernah patah sarung lalu dicantum sendiri dengan cara kurang sempurna. Alhamdulillah ia telah mendapat hayat baru melalui seorang pakar berketurunan Sultan Abdullah (yang dibuang ke Pulau Seychelles bersama moyang saya Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin tahun 1877). Lihat cerita berkenaan dalam  Asbab mesyuarat agung persatuan - Perjalanan baru Perak, pendakian Bukit Singa dan borak keris pedang.




Ziarah pula ke makam Laksamana Muhammad Amin. Ketika itu pembacaan Al Quran saya bagi bulan Jamadil Akhir sudah sampai hampir separuh Juz 18. Di makam ini dimulakan bacaan Surah An-Nur.




Sebetulnya sebelum ke makam ada singgah ke beberapa tempat termasuk sebuah masjid baru yang terletak di samping jambatan lama menyeberang Sungai Perak. Lihat artikel Masjid (Mosque of) As Saudah, Kampung Jamuan, Kuala Kangsar di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART). Selepas itu ke kedai laksa kegemaran di Kota Lama Kanan.



Kedai ini pernah ditutup selama 2 tahun. Difahamkan, ia baru beberapa bulan dibuka kembali. Inilah kali pertama saya datang sejak itu. Selepas itu singgah di satu masjid agak berdekatan. Lihat Masjid (Mosque of) Khairiah, Kampung Sayong Lembah.



Semua tempat tadi adalah dalam daerah Kuala Kangsar yang bandarnya sering disebut sebagai Kuale. Seterusnya ke Taiping, biasa disebut Tepen, untuk melihat satu pameran menarik di muzium. Lihat Pameran sundang di Muzium Perak (Sundang exhibition at Perak Museum), Taiping.




Bila dah sampai Taiping tak sah rasanya kalau tak pekena Kuey Teow Doli.




Selain itu tujuan ke Taiping adalah untuk singgah di masjid ini. Baru sebulan dua lalu diberitahu ia diasaskan oleh seseorang bernama Haji Wan Arshad bin Wan Mat Amin pada tahun 1874. Ini adalah serupa dengan nama datuk kepada datuk saya, Orang Kaya Arshad bin Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin. tempoh waktunya pun kena. Nenek moyang saya ini sebenarnya ada gelaran Wan. Mereka juga boleh bergelar Daeng, Raja pun boleh, kalau tahu asal usul sebenar darah keturunan mereka. Walaupun kedua-duanya berpusat di Teluk Intan ke selatan Perak mereka ada ahli keluarga yang berpusat di sekitar Taiping iaitu Toh Puan Halimah binti Laksamana Muhammad Amin, isteri kepada tokoh usahawan bijih terkenal, Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim. Lihat Masjid jamek (Main mosque of) Changkat Jering.




Perjalanan diteruskan dengan menghala ke Lumut melalui jalan biasa, bukan WCE (West Coast Highway - Lebuh Raya Pantai Barat) yang lebih me,percepatkan perjalanan. Ia kerana suka melihat keadaan di jalan biasa, mudah berhenti atau masuk simpang di  mana-mana. Tergerak untuk singgah ke Kuala Trong di mana buat pertama kali sedar wujudnya satu kawasan perairan cantik walau sudah sekurang-kurangnya dua kali sampai. Lihat artikel Nice waterway at Kuala Trong di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Sampai di pekan Pantai Remis sudah melepasi jam 6.30 petang.




Ke hadapan lagi, menghadap puncak yang dilihat paling tinggi antara bukit bakau situ saya menghabiskan bacaan Juzuk ke-18 Al Quran. Terasa ada sesuatu bersifat mistikal melibatkan bukit ini. Yang pernah ditunjukkan orang, ke selatan di sebalik rangkaian bukit sama menghala ke laut atau lebih tepat, Selat Melaka katanya wujud kota seperti Atlantis di 'alam sebelah'. Yang pernah dialami secara nyata dan boleh dilihat semua orang adalah dalam artikel Medan elektrostatik Atlantis? yang ditulis lebih 14 tahun lalu. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,575 di CATATAN SI MERAH SILU.