Salam semua. Khamis lalu saya telah mempersembahkan artikel Apa cerita Sayang 717 ya? sebagai "pelepas rasa". Sekarang biar dikongsikan satu lagi "pelepas rasa".
Pagi tadi sekitar jam 8.20 saya sampai di puncak Bukit Kiara lalu tergerak untuk membuat hantaran di atas ke Facebook. Lebih 2 jam kemudian ketika menghadiri majlis tazkirah ilmu yang disebut itu timbul rasa elok ia dan cerita berkenaan dipanjangkan dalam CATATAN SI MERAH SILU.
Ini adalah laluan yang digunakan untuk mendaki pagi tadi.
Saya baru tahu laluan ini wujud ketika pertama kali mendaki ke puncak Bukit Kiara tepat 6 minggu lalu.
Dahulu saya sampai ke jalan bertar ini melalui taman rekreasi diikuti hutan lereng bukit dari arah masjid Taman Tun Dr Ismail.
Selepas jalan tar terus mengambil jalan hutan untuk ke puncak. Kemudian turun dari arah lain sebelum bertemu jalan tar lebih jauh ke hadapan. Kali ini naik masuk hutan ke puncak dari jalan ke hadapan itu.
Ini pula hantaran di Facebook selepas kali pertama sampai ke puncak Bukit Kiara tepat 6 minggu lalu. Seperti pada pagi tadi saya mendaki selepas hadir majlis zikir di Petaling Jaya malam sebelumnya, selepas mendaki pergilah ke majlis tazkirah ilmu di Taman Tun.
Semasa itu saya telah singgah dahulu di masjid Taman Tun lalu meletakkan kereta di situ. Dari sana berjalan kaki menuju ke puncak Bukit Kiara melalui taman ini.
Masuk sikit hutan lereng bukit sebelum dapat bertemu jalan tar...
Ketika itulah baru tahu tentang kewujudan laluan bertar ini...
Pun begitu masuk awal ke jalan hutan apabila mendapat tahu denai yang kelihatan boleh digunakan untuk menuju ke puncak...
Disebabkan itulah kali pertama mendaki Bukit Kiara maka banyaklah gambar diambil.
Tetapi tidak dikongsikan gambar-gambar di CATATAN SI MERAH SILU. Hari ini baru tergerak.
Saya cuma ada menyebut sedikit sahaja hal mendaki ini, dalam artikel Demi Muhammad Al-Aminul Rasyid - Menjejak laluan pertama ziarah makam bersama anak.
Pada permulaan artikel yang dipersembahkan pada 15 Julai itu ia disebut begini :-
Adapun Sabtu malam Ahad saya telah disibukkan dengan satu majlis zikir. Esoknya pagi Ahad buat pertama kali seumur hidup mendaki Bukit Kiara hingga ke puncak, satu perkara yang pertama kali dilakukan seumur hidup walhal sudah lama menyimpan hajat kerana selalu melihatnya dari persekitaran rumah bapa saudara di Bukit Damansara sejak berumur 12 tahun lebih 40 tahun lalu, sebelum ke satu majlis ilmu tertutup di Taman Tun Dr Ismail.
Sebenarnya rumah yang dijadikan tempat malis ilmu pagi Ahad itu sendiri terletak di lereng Bukit Kiara iaitu ke barat. Tetapi di persekitaran yang telah menjadi sebahagian daripada kawasan perumahan Taman Tun. Ke timur lereng bukit terdapat Taman Sri Hartamas dan Bukit Damansara. Itu yang semasa zaman budak selalu melihat dari rumah bapa saudara...
Pemandangan yang kelihatan ke arah Bangsar. Cukup "pelepas rasa".
Nota tambahan : Lupa nak cakap. Sebelum ke Taman Tun lalu mendaki Bukit Kiara saya telah terlebih dahulu beriktikaf dan bermalam di sebuah masjid di Petaling Jaya. Saya ke masjid selepas zikir Sabtu malam Ahad. Saya bermalam supaya tidak perlu terkejar-kejar untuk ke majlis ilmu di Taman Tun pagi Ahad. Kalau balik rumah lalu pagi ke Taman Tun harus memandu hampir 100 km. Balik rumah pun lewat malam baru sampai, paginya dah nak kena keluar awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan