Khamis, Ogos 22, 2024

Apa cerita Sayang 717 ya?

Satu cerita "pelepas rasa"...



Petang tadi selepas menghantar anak ke sekolah agama sekitar jam 2.30 kelihatan kereta dengan nombor plet ini lalu tertarik mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Terus dihantar  kepada isteri melalui WhatsApp berserta fail audio menyebut "Sayang... 717...". Ini kerana memang memanggil isteri sebagai "Sayang".

Isteri menjawab dengan fail audio juga berbunyi "Ala beranganlah Bang Mercedes tu...". Diakui saya memang minat kereta jenama Mercedes. Dan kereta jenis SUV ini memang agak cantik dengan warna biru yang agak unik. Namun yang dapat ditangkap ini bukan gambaran terbaik.

Apapun, tidak terlintas langsung dalam fikiran ketika itu mahu memiliki kereta seperti ini atau sebagainya. Yang terlintas cuma perkataan "Sayang 717" disebabkan nombor plet lalu teringat isteri. Selepas beberapa lama baru terfikir apakah nombor 717 membawa makna sesuatu? Kalau tarikh harus adalah 17 bulan 7 atau 17/7. Dalam sesetengah sistem termasuk arkib artikel di CATATAN SI MERAH SILU memang ditulis 7/17.

Saya pun menyemak jika ada menulis sesuatu pada tarikh tersebut. Tengok-tengok ia adalah artikel Tentang siri diskusi bulanan buku di ISTAC. Hmm. Besar maknanya itu. Ini kerana apa yang diceritakan itu seterusnya membawa kepada diskusi buku terbaru saya yang diadakan di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) tepat seminggu atau 7 hari lalu. Lihat Diskusi buku "Adam (a.s.) and Origin of Man" di ISTAC berlangsung dengan jayanya 15 Ogos.




Selain itu tergerak untuk menyemak apakah ada gambar yang diambil pada tarikh tersebut lalu terjumpa sejumlah ini.






Ya. Pada pagi Rabu 7/17 atau 17 Julai selepas menghantar anak ke sekolah pagi di kampung berdekatan jam 7.30 (sekolah agama belah petang pun dekat-dekat situ) saya ada berjalan-jalan mendaki sebuah bukit di kampung yang mana boleh kelihatan kawasan industri baru yang masih dalam pembukaan dari puncak bukit.




Gambar-gambar ini belum pernah dikongsikan di blogspot mahupun di platform lain media sosial.




Teringat betapa seronok rasa melihat jentera-jentara berat nun di bawah sana seperti mainan budak-budak... :]












1 ulasan:

  1. اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

    Tuan Merah Silu semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

    Tertarik bila dalam tulisan ini menyebut Adam a.s dan the origin of Man.

    Juga adacterbaca dalam blog ini Tuan ada berziarah ke maqam Tok Temong.

    Tuan ini keturunan Tok Temong ke?

    BalasPadam