Jumaat, Jun 14, 2024

Musafir ilmu dan buku

Salam semua. Mengambil keberkatan hari ini adalah Jumaat  pertama bagi bulan Zulhijjah kali ini, 7 Zulhijjah  1445 Hijriah, dipersembahkan artikel kompilasi permusafiran 6 hari 6 malam baru ini.


Perjalanan berlaku dari siang Khamis 30 Mei hingga Selasa malam Rabu 4 Jun 2024 atas asbab mahu mengikuti majlis-majlis ilmu di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam) di Bukit Tunku, juga Pameran Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBKAL) 2024, di WTC (World Trade Centre, dahulu PWTC iaitu Putra World Trade Centre) sekerap mungkin. Majlis ilmu atas topik-topik berlainan berlaku di ISTAC pada petang 30 Mei juga 31 Mei. Kemudian sehari penuh pada 4 Jun. PBKAL 2024 pula mula berlangsung Jumaat 24 Mei dan tamat Ahad malam Isnin 2 Jun. Disebabkan buku terbaru saya, buku ke-15, bertajuk "Adam (a.s.) and the Origin of Man : Reconciling the Conflict between Religious and Scientifi Narratives" baru keluar 27 Mei saya berusaha untuk mempromosi di pesta buku lalu hadir setiap hari sejak 30 Mei termasuk untuk membuat diskusi buku di 2 reruai berlainan pada hari Sabtu 1 Jun. 

Di celah-celah itu juga melakukan pelbagai urusan termasuk mengambil anak yang belajar di tahfiz di Janda Baik keluar bercuti pada pagi Sabtu itu sebelum dihantar kembali esoknya Ahad malam Isnin. Dalam tempoh waktu tersebut turut membawa keluarga kembali ke kampung isteri di Tanjung Sepat untuk majlis perkahwinan anak buah. Agar tidak perlu pergi dan balik ke rumah banyak kali, perjalanan yang meliputi tempoh masa 6 hari 6 malam ini menyaksikan saya menginap di masjid dan surau pada 4 malam. Selain melakukan pelbagai aktiviti didapati saya telah berjalan dengan kereta sejauh 683.9 km. Semua ini dilakukan dalam keadaan kurang sihat demam-demam batuk-batuk bisa badan, ada masanya sakit tekak teruk tangkap ke telinga, sehingga hendak menelan air liur pun terasa sakit amat. Alhamdulillah, dapat juga menyelesaikan urusan yang patut.

Oh. Sebelum berlaku musafir 6 hari 6 malam itu saya sudah hadir ke pesta buku pada hari Sabtu 25 Mei, kemudian Isnin 27 Mei. Malah untuk Isnin 27 Mei itu saya juga hadir ke satu majlis ilmu di ISTAC. Disebabkan muncuk suatu hal saya ada bermalam di luar kawasan lalu melakukan permusafiran sebelum ke ISTAC kemudian pesta buku. Dengan itu elok juga semua artikel berkaitan dimasukkan sekali atas nama kompilasi "Musafir ilmu dan buku". Kerana memang melibatkan permusafiran ilmu dan buku. Cuma biar dipecahkan begini...


'Permusafiran awal' - 27 Mei sehingga sebelum 30 Mei :-


1. Sedikit rasa awal Pesta Buku KL 2024

2. Dari tanah perkuburan ke ISTAC ke PBAKL 2024

3. Coming - Diskusi buku "Adam(a.s) and the Origin on Man" di 2 tempat petang Sabtu 1 Jun di PBAKL 2024

4.  Flyer promosi buku"Adam (a.s.) and the Origin of Man"

5. Cara mendapatkan buku "Adam (a.s.) and the Origin of Man"


Permusafiran 6 hari 6 malam 30 Mei hingga 4 jun :-


1. Musafir ilmu dan buku - Antara ISTAC dan PBAKL

2. Musafir ilmu dan buku - Dari diskusi buku ke majlis persilatan ke walimatul urus

3. Musafir ilmu dan buku - Dari Janda Baik ke Bandar Saujana Putra ke perbincangan ekonomi Islam di ISTAC


Tiada ulasan:

Catat Ulasan