Salam malam Nisfu Sya'aban. Ini ada satu cerita menarik.
Kurang 2 minggu tergerak dalam hati untuk mencari satu bukit di sekitar atau pinggir bandar raya Kuala Lumpur yang tidaklah beberapa tinggi untuk didaki tetapi boleh memberikan pemandangan sekeliling yang cukup menarik dan meluas. Tengok-tengok, tanpa dicari mahupun dinyatakan niat di mana-mana kecuali kepada isteri tiba-tiba Facebook memaparkan satu tempat bernama Bukit Guling Ayam. Katanya tak berapa jauh dari pusat bandar raya. Tinggi dalam 160 meter dari paras laut tetapi boleh memberi pemandangan seperti dari puncak gunung setinggi 1,600 meter dari paras laut.
Saya pun mencari kedudukan bukit dalam Google Map. Supaya lebih jelas bagaimana rupa persekitaran masuk dalam layer atau lapisan imej satelit.
Baru tersedar rupa-rupanya dah banyak kali lalu di tepian bukit. Seberang sahaja dari Kampung Sungai Chinchin. Memang selalu nampak apabila mengambil jalan lama ke Pahang atau kembali, biasanya apabila ke Janda Baik. Memang pernah terfikir hendak mendaki.
Ketika hendak mencari laluan masuk ke puncak ternampak sesuatu yang menarik. Nampak tak dalam gambar atas?
Laluan pendakian sebenarnya terletak di sebelah stesyen minyak menuju ke tol Lebuh Raya Karak. Memang selalu le singgah. Nampak tak kawasan yang dibulatkan dalam gambar satelit? Ada bangkai kapal terbang ke apa?
Ini mengingatkan bagaimana di pekan Broga dekat sempadan negeri Selangor-Negeri Sembilan ada terdapat kapal terbang walaupun jauh dari mana-mana lapangan terbang.
Bukan satu malah ada 2 buah yang agak besar.
Rupa-rupanya ia adalah badan kapal terbang yang telah dijadikan hotel. Saya pernah sampai bersama keluarga. Lihat artikel lama Melengkapkan perjalanan di Negeri Sembilan - Tiada yang 'keemasan' mahupun 'keperakan' buat kami lagi.
Tajuk artikel itu kurang enak kerana apa yang berlaku pada waktu itu. Apapun ini gambar satelit tempat dilihat kapal terbang di Gombak melalui program Google Earth. Dengan program ini boleh ditukar sudut pandang sehingga nampak turun naik bentuk muka bumi bukit bukau gunung ganang bagai.
Tadi siang Sabtu 24 Februari 2024, selepas menemani isteri hadir satu majlis perkahwinan di pinggir selatan bandar Rawang saya pun mengajak isteri meninjau tempat.
Sampailah kami ke stesyen minyak berkenaan. Sebetulnya ada dua buah stesyen, mula-mula jumpa Shell. Berdasarkan gambar satelit kapal terbang sepatutnya berada di lereng bukit di tengah gambar atas...
Oh. Gambar ini pula diambil selepas meninjau laluan naik ke Bukit Guling Ayam. Selepas Shell terdapat stesyen minyak Petronas diikuti laluan. Nak masuk kembali jalan besar baru teringat nak ambil gambar.
Dari situ mengambil laluan menghala ke jalan lama KL-Pahang kemudian menghala ke bandar raya. Puncak Bukit Guling Ayam kelihatan ke kanan sikit dari tengah gambar.
Sejurus sebelum jalan tadi masuk ke bawah jalan besar ke Lebuh Raya Karak saya pun mengambil lorong ke kanan. Berdasarkan gambar satelit sepatutnya boleh nampak kapal terbang di tengah gambar. Tapi takda pulak. Kapal terbang bunian kot? Hehe... :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan