Bersambung daripada artikel Kapal terbang bunian di Gombak?.
Seterusnya saya membawa isteri ke Pasar Seni atau Central Market.
Ada Pesta Buku Alternatif Kuala Lumpur 2024 sedang berlangsung 22-25 Februari...
Kami sampai ketika satu forum menarik baru sahaja bermula jam 4 petang.
Ia adalah tentang kejatuhan Khalifah Uthmaniyah pada 3 Mac 1924 iaitu tinggal beberapa hari sahaja lagi genap 100 tahun ia berlaku.
Melihat suasana sekeliling kelihatan pesta buku yang baru dimulakan beberapa tahun lalu di Central Market ini semakin meriah berbanding dahulu.
Semakan di Internet menunjukkan pesta buku yang mengumpulkan para penerbit dan penjual buku bebas luar arus perdana telah diadakan sejak tahun 2008 di beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Tetapi bermula tahun 2022 baru diadakan di Pasar Seni.
Saya tak pasti jika pernah hadir dalam edisi-edisi awal. Yang ada direkodkan dalam CATATAN SI MERAH SILU adalah pada tahun 2023. Lihat Dari Pesta Buku Alternatif di Central Market ke Putrajaya.
Tiba-tiba terserempak dengan tenuk...
Itu yang diletakkan di Facebook gambar atas dengan kapsyen berikut...
Omak kau tapir!
Kami berlegar-legar melihat buku-buku buat suatu masa.
Jam 6 pula mengikuti forum tentang Mat Indera, seorang pejuang Melayu yang kontroversi kerana pernah bersama tentera Parti Komunis Malaya (PKM) menyerang markas polis di Bukit Kepong tahun 1950 (bawah British) sehingga mengorbankan nyawa ramai orang Melayu. Cuma setelah lebih kurang 15-20 minit mengikuti kami suami isteri jadi bosan dan potong stim lalu meninggalkan majlis. Pengulas kedengaran seperti sangat terbawa-bawa hendak membawa sisi 'baik' Komunis. Terasa kencenderungan ideologinya bersifat Marxism-Sosialis yang pada saya tidaklah menjadi masalah sangat. Yang menjadi masalah adalah apabila berjela-jela hendak menegaskan pendirian kepada umum. Sedangkan yang hendak didengar adalah apakah sebab sebenar Mat Inderi sanggup berjuang bersama Komunis? Apakah disebabkan tiada pilihan atau cara lain untuk menentang penajajahan British sedangkan ramai tahu bagaimana Komunis yang secara rata diterajui oleh bangsa Cina dan kuat memperjuangkan isu-isu keCinaan diketahui sangat ganas dan zalim terhadap orang Melayu yang tidak menyokong mereka?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan