Selasa, Mei 09, 2023

Dari Ipoh ke Teluk Intan ke pendalaman Sungkai - Satu misi berkenaan keluarga Laksamana Perak

Salam petang Selasa 18 Syawal. Adapun seminggu lalu saya telah membuat satu perjalanan kecil ke Perak. Ketika itu penat perjalanan ke selatan seperti diceritakan dalam artikel Kompilasi cerita perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 masih amat terasa. Tetapi perjalanan harus dilakukan dan penceritaan ini menyusul demi kesinambungan gerak. Untuk itu telah disediakan terlebih dahulu 3 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 7 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.



Pagi Selasa 2 Mei 2023 bersamaan 11 Syawal 1444 Hijriah. Selepas menghantar anak ke sekolah iaitu hari pertama kembali setelah cuti panjang sempena musim raya Aidil Fitri campur cuti Hari Buruh 1 Mei perjalanan baru ke Perak pun dimulakan.




Seperti diceritakan dalam Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya lebih 2 minggu lalu juga Misi keluarga Laksamana dan mencari jejak melalui dokumentasi lama penghujung tahun lalu perjalanan berlaku atas asbab mahu menghadiri perbicaraan berkenaan harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah. Kali ini terus bergerak ke Ipoh melalui Lebuh Raya Utara Selatan. 




Perjalanan dilakukan dalam keadaan baru Isnin itu memulakan Puasa Enam. Dengan melakukan secara berturut boleh dapat sekali manfaat puasa sunat Isnin dan Khamis juga Puasa Putih iaitu tarikh 13, 14 15 haribulan Islam yang kebetulan Syawal ini jatuh pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.



Penatnya boleh dikatakan bertimpa kerana perjalanan ke selatan yang meliputi tempoh masa 9 hari 9 malam dan jarak perjalanan lebih 1,300 km pun baru Jumaat malam Sabtu itu selesai. Namun alhamdulillah didapati amat berbaloi hadir kerana perbicaraan hari itu semakin menunjukkan kebenaran bagi pihak kami. Pihak lawan pula kelihatan semakin kalut kerana tidak berjaya memanipulasikan kami agar mengikut naratif palsu cerita yang mereka rancang.



Perbicaraan yang bermula jam 10.10 pagi itu ditangguhkan jam 12.15 tengah mari. Selepas itu saya bergerak ke arah Bota. Kali ini mengambil sedikit masa untuk berpusing-pusing di Seri Iskandar lalu singgah di sebuah masjid sana. Lihat Masjid (Mosque of) Bandar Universiti, Seri Iskandar.




Kurang sebulan lalu, dalam perjalanan selepas sesi perbicaraan terdahulu saya juga mengambil jalan yang sama dari Ipoh. Tetapi kali ini baru ada masa untuk menziarahi sejumlah makam utama berdekatan laluan.




Dahulu jadi terkejar kerana mahu berbuka puasa di sekitar Teluk Intan. Sedangkan banyak masa telah dihabiskan di Ipoh, dekat jam 5.40 petang baru meninggalkan persekitaran.  Lihat Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Dari mahkamah ke Batak Rabit.




Kali ini dapatlah ke makam-makam Sultan Muzaffar Syah I, II dan III yang mewakili tiga fasa besar sejarah Kesultanan Perak.



Cuma laluan dari arah utara membuatkan sampai dahulu ke makan Sultan Muzaffar Syah III kemudian baru Muzaffar II diikuti Muzaffar I.




Sultan Muzaffar Syah III yang merupakan Sultan ke-13 Perak, bertakhta (1728-1754) adalah orang yang bertanggungjawab mengangkat moyang saya, Nakhoda Hitam @ Tok Kuala Bidor menjadi Laksamana Raja Mahkota Perak. Muzaffar II dihantar dari Aceh untuk menjadi Sultan ke-10 (1636 - 1653) sementara Muzaffar I adalah Sultan pertama Perak (1528-1549), anakanda Sultan terakhir Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah (mangkat di Kampar, Sumatera 1528).







Sampai di Teluk Intan bertemu beberapa orang saudara yang sama-sama berada di Ipoh pagi itu lalu berhari raya di beberapa rumah sanak saudara. Ziarah sekali makam kaum kerabat di masjid warisan keluarga di Batak Rabit.




Malam itu saya beriktikaf di sebuah masjid di Sungkai. Lihat Masjid Jamek (Main mosque of) Sungkai. Awal pagi Rabu 3 Mei bersamaan 12 Syawal selepas solat Subuh bergerak masuk ke kawasan pendalaman yang dikenali sebagai Jernang. 



Ikut rancangan asal selepas bersahur pagi itu harus kembali rumah supaya boleh menghantar anak ke sekolah sementara isteri ke pejabat. Tengok-tengok isteri sanggup menghantar. Maka cuma perlu mengambil anak kembali dari sekolah jam 1.30.




Kemudian isteri memberitahu rupa-rupanya anak ada program kokurilum yang selesai jam 3 petang. Dapatlah lebih banyak masa lalu dapat dilihat beberapa tempat di sekitar pendalaman Sungkai. Lihat artikel-artikel berikut :-













Kewujudan Jernang di bahagian hulu Sungai Sungkai masuk ke Banjaran Titiwangsa ini baru disedari dalam perjalanan Perak terdahulu penghujung Ramadhan. Namun baru kini bersempatan untuk melihatnya. Peta atas adalah lakaran lebih kurang jangkauan perjalanan di pendalaman. 



Jam 1 petang baru meninggalkan negeri Perak melalui pekan Tanjung Malim. Walaupun sekadar perjalanan kecil meliputi tempoh masa 2 hari 1 malam ia menjangkau jarak pemanduan lebih 500 km. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,393 di CATATAN SI MERAH SILU.


Isnin, Mei 08, 2023

Semakan iktikaf Ramadhan sejak 2006

OK. Sesuatu yang sepatutnya sudah dikongsikan sebelum memulakan cerita sekitar raya seperti dikumpulkan dalam artikel Kompilasi cerita perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023  tetapi terlupa. Baru ini teringat.


Merujuk pada perjalanan ke Perak 15-18 April 2023 iaitu pada penghujung bulan Ramadhan lalu seperti dinyatakan dalam artikel Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya pada 22 April bersamaan 1 Syawal 1444 Hijriah. Adapun sebelum memulakan siri penceritaan perjalanan timbul rasa untuk menyemak di manakah saya ada beriktikaf di masjid atau membuat perjalanan berkenaan bagi bulan Ramadhan suatu tahun sejak mula melakukannya, seingat saya sejak tahun 2003. Tetapi apa yang boleh diingati adalah setakat apa yang ada dicatatkan. Paling senang tentu dengan merujuk pada apa yang ada dikongsikan di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Dengan itu dibuatlah senarai berikut...


Semakan iktikaf Ramadhan

2006 - Tiada rekod. Ini kerana blogspot ini sendiri baru dibuka dengan artikel Apa-apa aje le... pada 12 November iaitu bersamaan 21 Syawal 1427 Hijriah.  

2007 - Tidak jelas di mana. Tak nampak dalam penulisan pada waktu berkenaan. Cuma artikel Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub... yang ditulis setahun kemudian ada menyatakan saya beriktikaf di sebuah rumah lama di Janda Baik pada Malam Tujuh Likur pada tahun sebelumnya (maksudnya 2007). Oleh itu besar kemudian saya sedang berlegar-legar di sekitar Janda Baik dalam tempoh waktu tersebut.

2008 - Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Muar. Lihat artikel-artikel berikut :-

1. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Membuka cerita di Raub...

2. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di sebelah makam Pengkalan Kempas...

3. Perjalanan berliku untuk kembali berhari raya: Bermalam di Masjid Naning pula, sebelah makam Dol Said!

2009 - Pantai Timur. Lihat Koleksi artikel "Perjalanan ke Pantai Timur bulan Ramadhan.

2010 - Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan selatan Thailand. Lihat Susah-payah mencari jejak Merong.

2011 - Nampak seperti tiada iktikaf. Sekadar keluar bersama  anak dan isteri. Lihat Dari hutan simpan ke menara.

2012 - Pahang dan Perak - Lihat Compiled - Perjalanan jauh bermotosikal besar pertama setelah 9 tahun.

2013 - Tiada iktikaf. Dalam proses pulih setelah patah kaki. Lihat Pembedahan 15 Ramadhan dan faktor 313.

2014 - Setakat singgah sekejap masjid di Muar di celah perjalanan. Lihat Meninjau persekitaran Ledang untuk HIKMAH akan datang.

2015 - Pulau Pinang dan Perak. Lihat Misi Pulau Pinang dan Perak : The compilation.

2016 - Hulu Selangor dan Tanjung Malim. Lihat Misi malam Tujuh Likur - Iktikaf di 11 buah masjid dalam tempoh kurang 24 jam.

2017 - Tak ingat kerana tidak dicatat.  Angin tidak baik. Sehingga 3 bulan tidak menulis.

2018 - Di Tanjung Malim, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Melaka. Lihat artikel-artikel berikut :-

1. Program iktikaf 10 Ramadhan terakhir tahun 2018 - Daripada 21 menuju ke 23 Ramadhan dan kemudian

2. Dari Hulu Langat ke Putrajaya ke Kuang - Perjalanan iktikaf 23-25 Ramadhan

3. Iktikaf malam 27 dan 29 Ramadhan - Lalu muncullah bulan raya Syawal

2019 - Iktikaf di ISTAC. Lihat Menyambut malam 7 Likur merangkap ulang tahun ke-50 di masjid ISTAC.

2020 - Tidak ke mana  disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak Covid-19.

2021 - Sekitar Selangor. Lihat Kompilasi cerita iktikaf penghujung Ramadhan tahun 2021.

2022 - Nampaknya tiada. Sedang memberikan perhatian bagi menyiapkan deraf ketiga tesis di ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam). Lihat Jumaat 27 Ramadhan di ISTAC dan harapanku bagi hari raya.

2023 - Di Perak. Lihat Iktikaf hujung Ramadhan 2023 dan selamat hari raya.


Ahad, Mei 07, 2023

Kompilasi cerita perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023

Salam hari Ahad malam Isnin 17 Syawal 1444 Hijriah. Seperti biasa, bagi melengkapkan suatu siri perjalanan biar dibuat kompilasi cerita.


Perjalanan ini secara rasminya bermula tengah hari Khamis 20 April 2022 apabila saya, isteri dan dua orang anak bergerak ke kampung isteri di Tanjung Sepat, Selangor bagi cuti musim raya. Malam itu diisytiharkan hari raya pertama 1 Syawal jatuh pada hari Sabtu 22 April. Ahad 23 April malam raya ke-3 baru bergerak ke kampung saya di Muar. Dalam perjalanan ambil dua orang anak yang mengambil kereta api dari Kuala Lumpur ke Rembau.

Sebelum tengah hari Selasa 25 April bergerak lebih jauh ke arah selatan lalu masuk ke Singapura 26 April. Sambil berjalan melihat tempat-tempat sambil itu berhari raya di rumah saudara dan kenalan. Apabila kembali didapati kami telah berjalan sejauh 1,341 km.


1. Surau (Praying hall of) Parit Tiram, Muar

2. Muar river from Parit Tiram

3. More of Muar river from Parit Tiram

4. Still more of Muar river from Parit Tiram

5. Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Dari kampung isteri di Tanjung Sepat ke kampung sendiri di Muar

6. Makam (Tomb of) Daeng Ahmad, Pontian Besar

7. Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Menyusuri pantai barat Johor

8. Lawatan baru ke Masjid (New visit to the mosque of) Ba'alawi, Singapura

9. Makam-makam di (Tombs at) Bukit Kasitah