Salam semua. Saya ada membuat perjalanan ke Muar dan Melaka kemudian ke Tanjung Sepat 18 hingga 25 November. Di celah-celah itu pergi ke Pulau Besar setelah 5 tahun tidak ke sana bersama keluarga. Pun begitu cerita keseluruhan perjalanan boleh diliputi dalam satu artikel. Untuk makluman ini mungkin artikel terakhir melibatkan perjalanan di CATATAN SI MERAH SILU bagi tahun 2023 memandangkan tinggal 5 hari sahaja sebelum masuk tahun baru 2024.
Rabu, Disember 27, 2023
Ke Pulau Besar bersama keluarga selepas 5 tahun
Sabtu, Disember 23, 2023
Kompilasi "Dari Selangor ke Perak"
OK. Seperti biasa ada kompilasi artikel selepas selesai perkongsian satu siri cerita perjalanan. Maka biar dikompilasikan pautan-pautan bagi cerita-cerita berkenaan dalam siri "Dari Selangor ke Perak".
Perjalanan ke Perak ini berlaku atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada hari Selasa dan Rabu 12-13 Disember. Tetapi dimulakan apabila keluar ke rumah pagi Sabtu 9 Disember untuk berbicara tentang buku ke-14 saya "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai" di Pesta Buku Selangor 2023 di Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor petang itu. Disebabkan Selangor bercuti umum pada hari Isnin 11 Disember kerana hari keputeraan Sultan Selangor dibawa sekali isteri dan anak berjalan bersama. Selepas bicara buku terus ke Perak melalui laluan Pantai Barat hingga ke Taiping. Pada tarikh 11 Disember yang turut menjadi hari kelahiran bapa saya yang ke-81 juga ulang tahun perkahwinan saya yang ke-14 dibawa isteri dan anak menjejak tempat-tempat di Perak yang ada kaitan dengan Sultan Selangor. Petang itu mereka bergerak kembali ke rumah bersama kawan sementara saya meneruskan ke Ipoh.
1. Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor
2. Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana
3. Makam (Tomb of) Daeng Kuning
4. Lagi, makam Long Jaafar (Again, tomb of Long Jaafar)
8. Dari Selangor ke Perak : Menyambung wasilah Laksamana dari Taiping ke Kuala Kangsar
9. Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut
10. Masjid (Mosque of) Batu 8, Ulu Kinta
11. Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta
12. Masjid (Mosque of) Jeram, Kampar
13. Masjid (Mosque of) Kuala Dipang
14. Dari Selangor ke Perak : Lengkap satu pusingan
Khamis, Disember 21, 2023
Dari Selangor ke Perak : Lengkap satu pusingan
Salam petang Khamis 8 Jamadil Akhir tahun 1445 Hijriah. Setelah 8 hari ia berlalu pergi kita pada hari ke-5 dan terakhir perjalanan baru Perak. Bersambung daripada Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta.
Rabu, Disember 20, 2023
Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta
Seterusnya. Pergi pada hari ke-4 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut.
Isnin, Disember 18, 2023
Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut
Salam semua. Setelah penceritaan dibiarkan lompang sehari baru pergi pada hari ke-3 perjalanan baru Perak. Bersambung daripada artikel Dari Selangor ke Perak : Menyambung wasilah Laksamana dari Taiping ke Kuala Kangsar.