OK. Seperti biasa ada kompilasi artikel selepas selesai perkongsian satu siri cerita perjalanan. Maka biar dikompilasikan pautan-pautan bagi cerita-cerita berkenaan dalam siri "Dari Selangor ke Perak".
Perjalanan ke Perak ini berlaku atas asbab mahu menghadiri sesi terbaru perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh melibatkan harta Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin di Mekah, pada hari Selasa dan Rabu 12-13 Disember. Tetapi dimulakan apabila keluar ke rumah pagi Sabtu 9 Disember untuk berbicara tentang buku ke-14 saya "Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin & Orang Kaya Arshad : Perjuangan yang Belum Selesai" di Pesta Buku Selangor 2023 di Shah Alam iaitu ibu negeri Selangor petang itu. Disebabkan Selangor bercuti umum pada hari Isnin 11 Disember kerana hari keputeraan Sultan Selangor dibawa sekali isteri dan anak berjalan bersama. Selepas bicara buku terus ke Perak melalui laluan Pantai Barat hingga ke Taiping. Pada tarikh 11 Disember yang turut menjadi hari kelahiran bapa saya yang ke-81 juga ulang tahun perkahwinan saya yang ke-14 dibawa isteri dan anak menjejak tempat-tempat di Perak yang ada kaitan dengan Sultan Selangor. Petang itu mereka bergerak kembali ke rumah bersama kawan sementara saya meneruskan ke Ipoh.
1. Bicara Laksamana di Pesta Buku Selangor
2. Dari Selangor ke Perak : Asbab bicara Laksamana
3. Makam (Tomb of) Daeng Kuning
4. Lagi, makam Long Jaafar (Again, tomb of Long Jaafar)
8. Dari Selangor ke Perak : Menyambung wasilah Laksamana dari Taiping ke Kuala Kangsar
9. Dari Selangor ke Perak : Antara bandar dan tapak kota lama Lumut
10. Masjid (Mosque of) Batu 8, Ulu Kinta
11. Dari Selangor ke Perak : Lagi panggilan Ulu Kinta
12. Masjid (Mosque of) Jeram, Kampar
13. Masjid (Mosque of) Kuala Dipang
14. Dari Selangor ke Perak : Lengkap satu pusingan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan