Ahad, Oktober 08, 2023

Temasya sastera rakyat Malaysia di ISTAC

Pergi pada satu lagi acara  di ISTAC iaitu Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam. Kali ini hadir secara fizikal walaupun sampai lewat.



Petang selepas solat Jumaat 6 Oktober 2023 saya bergegas ke kampus ISTAC di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.




Saya mahu menghadiri Temasya Sastera Rakyat Malaysia yang bermula jam 9 pagi.




Cuma tak dapat hadir awal kerana harus terlebih dahulu menguruskan anak pergi dan balik sekolah pagi kemudian sekolah petang.




Alhamdulillah sempatlah menonton persembahan wayang kulit yang bermula jam 2.30 walaupun sampai sedikit lewat.




Untuk persembahan penuh boleh tonton rakaman yang dibuat pihak berkenaan di bawah ini.








Selepas itu ada pertandingan cerita anak-anak Orang Asli.




Sekadar menunjukkan. Acara pagi yang saya terlepas adalah seperti dalam poster atas. Rakamannya boleh dilihat di sini.




Esoknya pagi Sabtu 7 Oktober ada lagi forum seperti dinyatakan dalam poster atas.




Kali ini saya sempat mengikutinya walaupun sampai sedikit lewat.




Sebetulnya petang Jumaat selepas hari pertama acara saya telah ke Janda Baik lalu bermalam. Ini supaya dapat mengambil anak yang belajar di tahfiz keluar bercuti hujung minggu bermula jam 8 pagi Sabtu. Terus dibawa ke ISTAC bagi mengikuti hari kedua acara.






















Tak perlulah diterangkan perjalanan acara ya. Rakamannya boleh diikuti di sini.




Selepas itu ada persembahan opera Cina.




Petang selepas jam 2.30 pula ada persembahan Dikir Barat.







Yang ini saya ambil peluang untuk ikut serta di atas pentas...




Lalu ada orang hantar gambar ini kepada isteri...







Di celah-celah persembahan Dikir Barat satu kumpulan hadirin diberi peluang untuk membuat persembahan nasyid...



Selepas selesai Dikir Barat ada persembahan syair. Tetapi saya tidak dapat mengikuti kerana harus kembali ke rumah. Kesian anak harus menemani lama di ISTAC. Sedangkan beliau mahu berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Petang Ahad dah kena balik masuk asrama tahfiz. Jadi cukuplah setakat ini ya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan