Selasa, Mei 02, 2023

Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Menyusuri pantai barat Johor

Meneruskan cerita perjalanan selatan pada musim raya. Bersambung daripada artikel Perjalanan selatan sempena cuti Aidil Fitri 2023 - Dari kampung isteri di Tanjung Sepat ke kampung sendiri di Muar.



Selasa 25 April 2023 sekitar jam 11.30 pagi. Kami bertolak meninggalkan rumah ibu bapa saya di Muar untuk menuju lebih jauh ke selatan.




Sengaja diambil jalan-jalan pendalaman yang boleh mengelakkan laluan-laluan utama.




Selain hendak mengelakkan kesesakan lalu lintas orang berjalan musim raya saya juga mahu mencuba laluan-laluan yang belum pernah diambil sebelum ini.



Sebelum sampai bandar Batu Pahat singgah pekena nasi briyani gam di sebelah jambatan menyeberangi Sungai Batu Pahat.




Selepas itu masuk lalu bandar.




Ziarah makam Habib Ali di jalan menuju ke Pontian.







Walaupun laluan yang diambil bukanlah paling dekat ke pantai secara rata semuanya menyusuri pantai barat Johor.







Masuk daerah Pontian...



Singgah berhari raya di rumah bekas rakan sekerja isteri. Beliau membela banyak jenis arnab.

 


Perjalanan diteruskan ke Pontian Besar untuk menziarahi makam seorang tokoh yang sudah lama hendak diziarahi tetapi baru ini dapat dikenalpasti kedudukan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Daeng Ahmad, Pontian Besar dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).



Selepas itu bergerak ke arah Kukup.




Sekitar 3.5 km sebelum Kukup baru membelok ke arah timur untuk mengambil satu laluan baru yang mungkin baru setahun dua sahaja siap.







Laluan di mana ada jambatan menyeberangi sebuah sungai yang luas ini membolehkan kenderaan darat pergi ke Johor Bahru tanpa perlu melalui Pekan Nenas yang terletak hampir ke kaki gunung yang boleh dilihat dalam gambar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan