OK. Sebetulnya saya dalam peringkat akhir satu perjalanan solo di Perak lalu bercadang untuk berkongsikan cerita hari pertama perjalanan yang bermula Sabtu 15 April lalu. Tetapi apabila memuatnaik gambar-gambar daripada kamera digital ke komputer riba didapati ada cerita-cerita lebih awal harus dilepaskan terlebih dahulu bermula dengan ini.
Pagi Sabtu 1 April 2023 bersamaan 10 Ramadhan 1444 Hijriah iaitu pada dua minggu lalu. Saya membawa isteri dan anak bergerak ke selatan untuk rumah ibu bapa saya di Muar.
Dalam perjalanan isteri mendapat tahu seorang abang iparnya yang baru keluar hospital harus dimasukkan kembali kerana timbul masalah kesihatan yang tiba-tiba menjadi agak serius. Lalu kami membuat keputusan untuk menziarahi beliau.
Oleh kerana hospital adalah di Kuala Pilah maka perjalanan ke Muar disambung melalui Senaling membawa ke Gemencheh, Batang Melaka dan Jasin.
Di Senaling singgah di masjid ini. Terlihat juga masjid lama di seberang jalan lalu saya pun mengambil gambar. Lihat artikel Masjid lama (Old mosque of) Senaling diikuti Masjid baru (New mosque of) Senaling di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).
Kami sampai ke Muar sekitar 6.30 petang. Oh. Ini adalah kali pertama kami balik ke rumah ibu bapa saya bagi tahun 2023. Kali terakhir adalah pada 5 bulan lalu. Lihat Ke Muar bagi PRU-15.
Dapatlah berbuka puasa bersama ibu bapa sebelum pergi ke masjid jamek Muar bagi menunaikan solat Tarawikh berjemaah.
Esoknya pagi Ahad 2 April kami berjalan-jalan di bandar Muar.
Singgah ke makam ini sedikit ke luar bandar...
Malam selepas berbuka puasa kemudian menghabiskan sedikit lagi masa bersama ibu bapa kami pun mengorak langkah untuk kembali ke rumah sendiri. Tergerak untuk masuk ke bandar raya Melaka lalu ke Masjid Kampung Hulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan