Meneruskan gerak penceritaan berkenaan. Bersambung daripada artikel Kali pertama balik Muar tahun 2023.
Petang Selasa 11 April 2023 bersamaan 20 Ramadhan 1444 Hijriah. Saya membawa isteri dan anak ke Ma'ahad Annoer di Janda Baik.
Kami mahu mengikuti majlis daurah kitab bersama pengasas sekolah iaitu Sheikh Nuruddin Al-Banjari.
Kemudian berbuka di sana....
Pagi Sabtu 15 April bersamaan 24 Ramadhan kami ke Janda Baik lagi. Kali ini perlu menempuh kesesakan teruk hingga ke terowong Genting Sempah.
Kami pergi lagi ke Ma'ahad Noer. Kali ini untuk mengambil seorang lagi anak yang sedang belajar di sana kembali bercuti lama bagi hari raya.
Selepas itu bawa anak-anak berjalan ke Kuala Lumpur di mana kami berjumpa dengan seorang lagi anak.
Kalau ikutkan tak perlu pergi ke Janda Baik hari Selasa kerana Sabtu dah nak ambil anak balik bercuti ke rumah.
Tetapi kami pergi juga kerana harapan anak mahu melihat kami datang pada hari Selasa yang merupakan hari terakhir daurah.
Oh. Saya membiarkan anak-anak bersama isteri berjalan-jalan di Bukit Bintang sementara saya sendiri hendak melihat kompleks membeli belah baru yang didirikan di atas tapak penjara Pudu.
Kemudian bawa ke 'pangkal' bangunan PNB118 setinggi sekitar 650 meter kerana tahu, seperti saya, anak yang belajar di ma'ahad atau sekolah tahfiz bangunan sebegini.
Seterusnya kami menempuh kesesakan jalan raya untuk ke Kampung Baru.
Di sana jumpa seorang lagi anak. Lalu kami berenam berbuka puasa di sebuah kedai makan kegemaran yang agak lama dah tak singgah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan