Petang semalam saya sampai ke rumah daripada perjalanan baru Perak. Sukacita dimaklumkan, tadi tengah hari saya telah ke kilang cetak untuk sedikit lagi urusan tentang buku terbaru saya Laksamana Muhammad Amin & Orang Kaya Arsyad - Perjuangan yang Belum Selesai lalu diberitahu insyaallah 100 naskah awal boleh diambil sebelum majlis pelancaran buku yang dirancang mahu diadakan di rumah petang Sabtu 13 Mei. Sekarang biar diteruskan dengan cerita hari ke-2 perjalanan. Bersambung daripada Iktikaf hujung Ramadhan 2023 - Berangkat lewat ke Perak.
Dalam artikel sebelum ini telah disebut saya bermalam di sebuah masjid berdekatan Gopeng malam 25 Ramadhan. Ini rupa masjid pada pagi Ahad 16 April 2022. Lihat artikel Masjid (Mosque of) Kampung Gunung, Gopeng siang hari (during daytime) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
Kedudukannya tidak jauh dari Gua Tempurung. Timbul pula rasa untuk ke sana.
Dari Gua Tempurung ambil jalan dalam ke suatu tempat.
Perjalanan diteruskan melepasi Gopeng dan Batu Gajah membawa ke Parit...
Masuk jauh ke dalam di Kampung Tanjung Rambai.
.
Sebetulnya saya ziarah ke beberapa makam yang sudah disebut cerita-ceritanya sebelum ini seperti makam Almahum Raja Sulong di Tepus, Sultan Yusuf I di Sayong dan Sultan Ali Mukammil, juga di Sayong lalu tidak perlu dipanjangkan cerita. Masuk pula ke pusat bandar diraja Kuala Kangsar.
Naik ke Bukit Chandan terus ke Kampung Padang Changkat di belakang istana untuk menziarahi makam Daeng Selili kemudian ke Masjid Ubudiyah lalu meletakkan kereta di luar.
Masuk ke kawasan pemakaman diraja di sebelah masjid untuk menziarah makam Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin dan beberapa kerabat diraja Perak.
Selepas itu baru berbuka di masjid dan bersolat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan