Sabtu, Mac 25, 2023

Asbab kursus di Bagan Lalang - Eksplorasi Lukut dan Tanjung Tuan

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dimuliakan. Salam lewat petang 3 Ramadhan. 1444 Hijriah. Untuk berbusa puasa biar dihidangkan satu cerita.



Merujuk pada artikel Misi kedaulatan Singgora - Satu pengenalan yang dipersembahkan petang Isnin 13 Mac iaitu sehari selepas kembali daripada perjalanan ke selatan Thailand 9-12 Mac. Ada disebut pada penghujungnya bahawa malam itu saya dan keluarga harus keluar lagi untuk satu perjalanan tetapi tidaklah jauh sangat.  Pada pembukaan artikel sambungannya iaitu Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali naik ETS diikuti insiden kereta api ke Hatyai yang dipersembahkan pagi Rabu 15 Mac pula dinyatakan saya telah membuat satu siri perjalanan lasak di sekitar Lukut, Port Dickson dan Tanjung Tuan pada hari sebelumnya. Sekarang biar dikongsikan cerita berkenaan.  Oh. Untuk melengkapkan penceritaan saya telah membuat 9 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.




Adapun sebaik sahaja kembali dari selatan Thailand isteri harus bersedia untuk mengikuti kursus selama 3 hari 2 malam di Bagan Lalang 14 hingga 16 Mac. Oleh kerana letaknya tidak begitu jauh dari kampung isteri di Tanjung Sepat Isnin malam Selasa 13 Mac bergeraklah kami ke sana 120 km dari tempat tinggal kami di Bandar Sungai Buaya, Rawang. Selepas bermalam di rumah tinggalan keluarga baru bergerak ke Bagan Lalang 20 km lagi ke arah selatan (tenggara dari Tanjung Sepat) pagi Selasa 14 Mac 2023.




Isteri harus mendaftar masuk ke sebuah hotel sebelum jam 10 pagi. Selepas meninggalkan beliau baru pergi melihat pantai di Bagan Lalang.




Berjalanlah juga melihat Sungai Sepang yang menjadi sempadan semulajadi antara negeri Selangor dengan Negeri Sembilan. Lihat A jetty off the Sepang river at Bagan Lalang.




Alang-alamg dah berjalan itu menghala pula ke Lukut lalu mengambil satu jalan yang seingat saya tidak pernah diambil sebelum ini.







Pergi ke Kuala Lukut ziarah makam Raja Busu Hassan ibni Raja Muda Nala ibni Sultan Salehuddin (Selangor) ibni Daeng Chelak juga melihat perairan berdekatan. Lihat artikel Makam (Tomb of) Raja Busu Hassan diikuti The jetty at Kuala Lukut. Malam sebelumnya baru tahu lokasi, setelah tergerak untuk mencari di atas talian.



Selepas itu baru ke bandar Lukut lalu menziarahi kawasan pemakaman diraja Selangor yang menempatkan makam Raja Jumaat ibni Raja Ja'afar ibni Yamtuan Muda Riau Raja Ali ibni Yamtuan Riau Daeng Kemboja ibni Daeng Parani (kekanda sulung Daeng Chelak).



Beliau adalah suami kepada Raja Senai binti Sultan Muhammad Shah (Sultan ketiga Selangor) ibni Sultan Ibrahim (Sultan kedua, kekanda Raja Muda Nala) ibni Sultan Salehuddin (Sultan pertama). Ini yang menyebabkan beliau termasuk dalam kalangan kerabat diraja Selangor walaupun induknya  beliau adalah kerabat diraja Riau.



Selepas itu baru ke Muzium dan Kota Lukut di mana terletak kota yang dibina Raja Jumaat sekitar 1847 sebagai pemerintah Lukut. Dahulu saya fikir Raja Busu Hassan yang memerintah sebelum itu berpusat di kota ini sebelum terbunuh sekeluarga akibat pemberontakan pelombong Cina tahun 1834. Rupa-rupanya itu di Kuala Lukut.  Lihat artikel-artikel berikut :-








Perjalanan diteruskan ke bandar Port Dickson. Selepas makan tengah hari pergi menjamakkan solat Zohor dan Asar di masjid daerah yang telah bertukar nama. Lihat Masjid (Mosque of) Datuk Abdullah Sijang, Port Dickson.




Oh. Ikut sama adalah anak bongsu saya dan cucu saudara yang tua 4 tahun berbanding anak. Mereka pun mengajak mandi di Teluk Kemang. Dalam perjalanan terlihat sebuah pulau yang kelihatan boleh dijejaki tanpa bot ketika air surut. Kami pun ke sana. Lihat Walking to the island of Bagan Pinang.




Selepas itu baru ke Teluk Kemang. Lihat artikel A visit to Teluk Kemang diikuti Views from the water tower at Teluk Kemang. Untuk pengetahuan sepanjang kawasan pantai hingga ke Melaka dahulu berada di bawah pemerintahan Selangor dan kaum kerabat yang berketurunan Bugis. 



Selepas puas mereka bermandi manda (saya malas nak  masuk laut) saya membawa mereka ke Tanjung Tuan lalu mengajak naik bukit ke rumah api. Lihat On to the lighthouse of Tanjung Tuan.




Selepas itu turun bukit ke penghujung barat Tanjung Tuan iaitu di Pulau Intan. Terserempak kubur di sana. Lihat Down to Pulau Intan diikuti Kubur-kubur (Graves at) Pulau Intan, Tanjung Tuan.




Kemudian mengambil laluan  mencabar tepian pantai untuk kembali ke tempat kereta, laluan yang bukan sahaja lebih jauh disebabkan bentuk  lereng-lereng bukit malah tenggelam dalam ketika air pasang...



Laluan lebih mudah adalah naik kembali ke rumah api di puncak bukit kemudian turun melalui jalan tar hingga ke tempat letak kereta. 



Tapi tu le. Dah jenis memang suka adventure. Sementara air surut biarlah dicuba. Asalkan dapat diselesaikan sebelum air pasang juga hari gelap.




Ketika itu sudah jam 7. Masih ada sekitar setengah jam sebelum matahari terbenam. Sempatlah menziarahi satu bahagian tertentu yang dianggap keramat. Lihat artikel-artikel berikut :-





Dari situ ada jalan turun naik menghampiri rumah api. Tapi kami mahu meneruskan melalui laluan mencabar tepian pantai...




Bahagian paling mencabar adalah dah dekat nak sampai. Kena lalu paya bakau yang dahulu ada laluan pejalan kaki tetapi sudah hancur. Kena pandai melangkah pijak dari akar ke akar.

Ketika gambar ini diambil sudah jam 7.18 pm. Tinggal sekitar 150 meter sahaja untuk sampai zon selamat. Tetapi tinggal dalam 12 minit sahaja sebelum matahari terbenam. Saya malah jatuh tergelincir, bahu dan kepala rebah di satu bahagian. Nasib baik tak tenggelam dalam paya. Lihat Taking the challenging coastal route from Pulau Intan.


Alhamdulillah kami sempat keluar sebelum gelap Kalau tidak memang masalah. Kami pun meninggalkan Tanjung Tuan dengan penuh syukur. Singgah bersolat Maghrib dan menjamakkan Isyak di masjid berdekatan sebelum makan malam. Lihat Masjid (Mosque of) Ar-Rahmah, Kem Segenting.


Ini adalah lakaran lalun kami berjalan kaki di Muzium dan Kota Lukut. Tak lah jauh sangat. Cuma sekitar 900 meter turun naik bukit.


Ini pula ke pulau di pantai Bagan Pinang kemudian kembali. Baru 700 meter...



Yang jauh adalah di Tanjung Tuan. Bukan sekadar 3.86 kilometer turun naik bukit tetapi ada mengambil laluan mencabar banyak batu dan hutan bakau yang cuma boleh dilalui ketika air surut. Campur semua ini dengan berjalan kaki ke makam Raja Busa Hassan di Kuala Lukut sekitar 6 km kami juga berjalan kaki turun naik bukit. Nasib baik anak dan cucu saudara tidak merungut malah gembira sangat.

Saya pun tentulah amat gembira. Sehingga terlupa penat perjalanan di selatan Thailand 9-12 Mac belum lagi surut. Ingat. Dalam perjalanan tersebut pun saya,  isteri dan anak banyak berjalan kaki terutama untuk melihat tinggalan kubu kerajaan Melayu Singgora sehingga ke puncak bukit. Hari itu sahaja kami berjalan kaki turun naik bukit dan lain-lain tempat lebih 4 km. Lihat Misi kedaulatan Singgora - Membawa keluarga menggapai pengalaman lebih 6 tahun lalu

Namun bila sudah gembira dan bersemangat boleh lupa segala kepenatan malah mendapat tenaga baru.  Itu yang boleh larat buat artikel Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali naik ETS diikuti insiden kereta api ke Hatyai pagi esoknya. OK. Cukuplah cerita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan