OK. Meneruskan penceritaan daripada artikel Asbab kursus di Bagan Lalang - Eksplorasi Lukut dan Tanjung Tuan.
Rabu 15 Mac 2023. Pagi itu digunakan untuk menulis lalu mempersembahkan artikel Misi kedaulatan Singgora - Pertama kali naik ETS diikuti insiden kereta api ke Hatyai, artikel kedua daripada perjalanan ke selatan Thailand 9-12 Mac. Selepas itu sekadar berehat di rumah keluarga isteri di Tanjung Sepat. Dekat jam 6 petang baru keluar ke pekan lalu pekena roti tampal.
Dekat setengah jam kemudian bergerak ke Pantai Cunang, kira-kira sekilometer setengah gitu dari pekan.
Cuma nampak 2-3 orang lain sahaja ada ketika sampai. Selepas itu tinggal saya seorang...
Oh. Kali ini tak bawa anak yang sibuk bermain dengan cucu saudara (tapi 4 tahun lebih tua dari anak). Isteri pula masih berkursus di Bagan Lalang.
Saya pun menghabiskan masa di pantai sehingga matahari terbenam. Lihat artikel Waiting for sunset at Pantai Cunang di blogspot BERPETUALANG KE ACEH diikuti Waiting for sunset at Pantai Cunang part II.
Malamnya pergi ke Batu Laut 6 km ke barat laut pekan Tanjung Sepat. Selepas makan malam singgah untuk bersolat di masjidnya. Lihat artikel Masjid Batu Laut waktu malam (Batu Laut mosque at night) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART)
Selepas itu ke pantai Batu Laut. Habiskan masa di sana. Kiranya hari itu saya cuma 'main' dekat-dekat je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan