Salam petang Isnin 10 Jamadilawal 1444 Hijriah. Pergi pada hari ke-2 perjalanan baru Perak. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu 11 buah artikel sokongan di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) dan 8 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Bersambung daripada artikel Misi keluarga Laksamana part VII - Antara Sungai Salu dan Gua Kandu.
Pagi Rabu 30 November 2022. Setelah menginap bersama beberapa orang saudara mara daripada keluarga Laksamana Raja Mahkota Perak di Manjoi, Ipoh kami keluar untuk bersarapan pagi.
Pekena mee rebus di Medan Kidd. Selepas itu ikut rancangannya harus ke Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh untuk urusan melibatkan harta Laksamana Muhammad Amin di Mekah.
Tetapi lewat petang Selasa baru mendapat berita bahawa perbicaraan pada pagi Rabu ditunda disebabkan peguam kena virus COVID. Sedangkan sejumlah antara kami sudah bergerak ke Ipoh. Malah ada yang datang dari Pontian, Johor iaitu sekitar 520 km perjalanan dari selatan.
Saya datang tidaklah begitu jauh, cuma 160 km lebih sahaja dari Bandar Sungai Buaya di Rawang, Selangor. Namun tetap mengambil masa, tenaga dan belanja. Kalau tahu awal tentu tak ke Ipoh. Tak mengapa. Alang-alang dah berada di sana bergeraklah le ke Bota untuk menziarahi beberapa makam Sultan Perak.
Cukuplah ke makam Sultan ke-13 iaitu Sultan Muzaffar Syah III (bertakhta 1728-1752) diikuti Sultan ke-10 iaitu Sultan Muzaffar Syah II (1636-1653) dan Sultan pertama iaitu Sultan Muzaffar Syah I (1528-1549).
Ini boleh dianggap mewakili ziarah ke semua makam-makam Sultan Perak yang berada di bermacam tempat sepanjang aliran Sungai Perak.
Di celah-celah itu pergi ke tempat-tempat seperti berikut :-
Sampai ke Lambor Kanan tergerak untuk mengambil jambatan baru menyeberangi Sungai Perak ke Lambor Kiri sebelum menyambung lagi perjalanan ke selatan lalu singgah ke tempat-tempat berikut :-
Ambil jalan kecil menyusuri Sungai Perak ke Pasir Salak kemudian bergerak lebih jauh ke selatan lalu singgah di tempat-tempat ini :-
Adapun tujuan utama saya bergerak jauh ke selatan Pasir Salak itu adalah untuk melengkapkan apa yang didapati tidak cukup daripada perjalanan sebulan sebelum itu. Dalam perjalanan tersebut saya cuba mencari lokasi Kota Lumut iaitu sebuah kota lama di mana Sultan pertama Selangor, Sultan Salehuddin @ Raja Lumu ibni Daeng Chelak pernah ditabalkan menggunakan nobat kerajaan Perak pada tahun 1766. Rujuk kembali artikel Misi keluarga Laksamana part VI - Harta pusaka di Mekah dan hal kebenaran salasilah yang dipersembahkan pada 9 Nov.
Berdasarkan kedudukan kota yang ditandakan dalam sebuah peta lama berbanding peta sekarang melalui Google Map saya menyangkakan telah berjaya sampai ke tempat tersebut. Kemudian baru dapat maklum balas menyatakan harus pergi lebih jauh ke selatan lalu mencari setakat dapat dicapai melalui jalan darat. Lihat artikel-artikel berikut :-
Di satu bahagian lain tepian Sungai Perak sempat membaca beberapa muka surat Al Quran kemudian mencari jejak nenek moyang berdasarkan ada cerita keluarga mengatakan bahawa moyang atau lebih tepat datuk kepada moyang saya Laksamana Muhammad Amin berasal dari Teluk Penadah. Sedangkan anaknya Orang Kaya Arshad yang merupakan datuk kepada datuk saya pernah menetap dan memiliki rumah di Bandar. Lihat artikel-artikel berikut :-
Dengan itu keluarlah saya lewat petang itu dari kawasan berkenaan dengan rasa lega. Kiranya misi untuk mencari tapak Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar boleh dikatakan lengkap.
Pergi pula di kawasan lain bersebelahan untuk mencari tempat bernama Sungai Buaya. Seperti ada kesinambungan dengan perjalanan hujung minggu yang dilakukan cuma 4 hari sebelum itu. Lihat Dari Sungai Buaya Rawang ke Sungai Buaya Banting : Asbab balik kampung isteri pada hari lahir ke-52.
Sebagai pelengkap jejak singgahlah di masjid atas nama tersebut. Lihat Masjid (Mosque of) Sungai Buaya, Perak.
Assammualaikum metah silu ,601172315117 tolong call saya
BalasPadam