Rabu, Disember 07, 2022

Misi keluarga Laksamana part VII - Menyelesaikan hajat ke Pos Tenau

Salam hari Rabu malam Khamis 11 Jamadilawal 1444 Hijriah. Setelah tidak begitu lama pergi kita pada hari ke-3 dan terakhir perjalanan baru Perak. Kali ini harus menyediakan terlebih dahulu cuma 2 buah artikel sokongan dblogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART) tetapi 14 di blogspot BERPETUALANG KE ACEH. Dengan itu bersambung cerita daripada artikel Misi keluarga Laksamana part VII - Melengkapkan misi Kota Lumut dan jejak nenek moyang di Bandar.



Awal pagi Khamis 1 November 2022. Setelah menumpang bermalam di surau ini saya bangun untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Lihat Surau (Praying hall of) Ulu Slim.



Jam 7 pagi. Setelah berzikir dan membaca beberapa muka surat Al-Quran baru bersedia untuk menyambung perjalanan.




Singgah dahulu ke kolam air panas berdekatan. Lebih 4 bulan dahulu, saya pertama kali sampai ke kawasan ini pada waktu malam. Lihat artikel lama Misi Keluarga Laksamana part II - Dari Lubuk Merbau ke Kuala Kangsar membawa ke Ulu Slim.




Kali ini baru dapat melihat kolam dan sekelilingnya dalam keadaan terang. Lihat The hot springs of Ulu Slim.



Sejak pertama kali sampai itu iaitu pada 26 Julai 2022 saya menyimpan hajat untuk meneroka lebih dalam ke kawasan-kawasan di sekitar.



Bersarapan di warung terdekat dengan surau. Dahulu saya sampai ke kawasan ini lewat petang Selasa.



Ketika itu tidak sedar di manakah kedudukan sebenar kolam air panas. Setakat ada ternampak papan tanda sebelum masuk ke Ulu Slim. Lalu saya memilih untuk meneroka dahulu ke dalam. Sampailah ke tempat yang kelihatan ini dalam kegelapan malam.



Ketika itu, di tempat ini yang terletak lebih 8 km dari kolam air panas saya mandi sungai seorang diri dalam kegelapan malam kemudian menjamakkan solat Maghrib dan Isyak di kawasan lapang yang kelihatan. Selepas itu baru berpatah balik untuk melihat kolam air panas. Sekarang baru dapat melihat persekitaran dalam keadaan terang. Lihat The road to Pulau Tibang diikuti The waters and island of Pulau Tibang.




Saya mengambil kesempatan untuk berehat di persekitaran sungai. Sekitar 3 jam kemudian baru menyambung perjalanan. 




Menariknya jalan bertar masuk begitu jauh ke pendalaman kawasan pergunungan. Ternyata nasib saya baik kerana sampai pada waktu yang cukup bersesuaian. Rupa-rupanya banyak bahagian jalan dilanda tanah runtuh. Saya lalu ketika tinggal satu sahaja bahagian perlu dibersihkan. Sambil itu dapat melihat kampung-kampung Orang Asli juga sebuah air terjun. Lihat artikel-artikel berikut :-








Sejurus selepas jam 12 tengah hari sampailah ke destinasi utama yang mahu dituju iaitu kampung Orang Asli bernama Pos Tenau. Inilah tempat yang sudah lama ingin dijejaki, selepas mendapat tahu tentang kewujudan juga jalan bertar sehingga ke atas, ketika pertama kali sampai ke Ulu Slim 26 Julai.




Letaknya sekitar 770 meter atau lebih 2,500 kaki dari paras laut. Tengok-tengok ada lagi kampung-kampung lebih tinggi selepas itu. Siap ada sungai berjeram lagi. Lihat :-






 


Dari Pos Tenau ada jalan balak boleh merentas Banjaran Titiwangsa untuk keluar ke Sungai Koyan di negeri Pahang. Dalam perjalanan turun kembali ke Ulu Slim tengok-tengok ada lagi kerja pembersihan jalan.



Semasa naik tadi jalan ini tidak tersekat walaupun ada tanah runtuh. Nampaknya kerja-kerja pembersihan dibuat untuk memastikan tanah runtuh itu tidak melarat. Sementara ada jentera biar dibuat apa yang patut untuk memastikan jalan tidak akan tersekat sekurang-kurangnya buat waktu terdekat.



Kali ada lebih setengah jam menunggu. Sempatlah habis mengaji setengah juzuk Al-Quran lalu selesai juz ke-6.



Selesai kerja-kerja pembersihan sambunglah perjalanan kembali ke Ulu Slim. Sempatlah singgah lagi dua kampung Orang Asli. Lihat :-






Selepas jam 3 petang baru sampai ke Ulu Slim. Selepas itu singgah di sebuah masjid lalu bergerak menghala ke Hulu Behrang. Ternampak jalan-jalan membawa ke kawasan pergunungan yang ada sungai dan air terjun. Pergi le masuk sat singgah. Lihat :-








Dekat jam 5.30 baru menyambung lagi perjalanan.




Tergerak untuk singgah di pekan Tanjung Malim.




Pergi ke Sarang Art Hub lalu makan sambil berbual panjang dengan ahli keluarga arwah sutradara terkenal Mamat Khalid.




Selepas jam 8.30 malam Jumaat baru sampai ke rumah. Didapati perjalanan kali ini memakan jarak pemanduan 585 km.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan