Khamis, September 15, 2022

Antara martabat dan daulat - Isu-isu di sebalik pembentukan negara Malaysia

Salam. Satu lagi artikel perkongsian ilmu. Daripada majlis siang semalam.



Merujuk pada artikel Degup denyut anak Malaysia - Kenapa perlu menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos? yang dipersembahkan setengah bulan lalu. Adapun ia adalah tentang majlis ilmu yang diadakan pada 30 Ogos untuk bercakap tentang Hari Kemerdekaan 31 Ogos esoknya. Selepas itu saya menerima undangan daripada pihak penganjur iaitu Perpustakaan Negara Malaysia untuk menghadiri majlis seperti di atas pula. Diadakan semalam 14 September ini pula untuk bercakap tentang Hari Malaysia 16 September yang jatuh esok hari Jumaat.




Mereka yang cakna isu-isu nasional dan kenegaraan tentu sedar bahawa sambutan Hari Malaysia 16 September yang dijadikan cuti umum satu negara itu baru diperkenalkan pada tahun 2010. Sebelum itu sambutan berkenaan yang ada cuma Hari Kemerdekaan 31 Ogos sahaja.



Ia berlaku atas desakan sejumlah pihak terutama dari Sabah dan Sarawak yang menyatakan bahawa Hari Kemerdekaan 31 Ogos tidak betul-betul menggambarkan aspirasi mereka kerana itu adalah sambutan hari ulang tahun bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang berlaku pada 31 Ogos 1957. Sedangkan negara Malaysia, atas nama Malaysia cuma terbentuk apabila Sabah, Sarawak dan Singapura dibawa masuk ke dalam PERSEKUTUAN Malaysia pada 16 September 1963.



Hal-hal berkenaan inilah yang mahu dibangkitkan dalam majlis yang diadakan di Perpustakaan Negara semalam.




Pembicara pertama, Dr Ahmad Kamal Ariffin bin Mohd Rus membawa tajuk "Sejarah Pembentukan Persekutuan Malaysia". Beliau bercakap dengan begitu  lancar dan yakin tanpa bantuan slaid mahupun  apa-apa rujukan. Beliau boleh ingat banyak tarikh dan nampaknya cukup faham tentang selok belok undang-undang baik secara tersurat (in letters) mahupun tersirat (in spirit) walaupun pengkhususannya adalah dalam bidang sejarah. Saya yang masuk sedikit lambat lalu tidak mendengar pengenalan profil mula-mula merasa pelik kenapa beliau cuma memandang satu arah sahaja iaitu ke atas. Rupa-rupanya beliau seorang yang cacat penglihatan.

Namun jangkauan ilmu pengetahuan yang dikongsikan, daripada penubuhan Negeri-negeri Bersekutu tahun 1896, implikasi Perang Dunia Kedua yang tamat tahun 1945 (ada yang kata bermula tahun 1939, ada kata kemudian bergantung pada pihak mana yang terkesan) terhadap penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu, percubaan untuk mengadakan Malay Union tetapi gagal tahun 1946 membawa kepada pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 (saya tak ingat tarikh tepat, beliau ingat semua ini), kemerdekaan tahun 1957 hingga pembentukan Malaysia tahun 1963 dapat diulas dan dihuraikan dengan baik. Ini termasuk proses-proses berkenaan seperti Perjanjian MacMichael, Suruhanjaya Reid dan Suruhanjaya Cobold. Beliau dapat memberikan perspektif-perspektif tersendiri yang jarang dikongsikan orang berserta hujah-hujahnya.

Satu kesimpulan menarik yang dibuat beliau - walaupun British secara rasminya gagal untuk mengimplentasikan Malay Union yang boleh menyebabkan raja-raja Melayu hilang kuasa tetapi secara efektif dan realitinya mereka berjaya mencapai matlamat secara licik dan halus melalui pembentukan Persekutuan Tanah Melayu diikuti kemerdekaan dan seterusnya. Ini kerana apabila Persekutuan terbentuk, sebenarnya raja-raja Melayu hilang sebahagian kuasa kerana harus menyerahkan kepada kerajaan pusat. Hal ini dapat digambarkan dengan realiti keadaan yang mana suatu undang-undang perlu tanda tangan raja-raja Melayu bersama Pesuruhjaya Tinggi British untuk diluluskan. Pun begitu kalau raja-raja Melayu tidak menurunkan tanda tangan sekali pun, ia boleh lulus selepas satu tempoh waktu kalau Pesuruhjaya Tinggi menandatangani.

Inilah antara latar belakang yang membawa kepada realiti sosio-politik sekarang sehingga Perdana Menteri seperti boleh mengenepikan raja-raja Melayu, sekadar menjadikan mereka sebagai syarat "Urusan Seri Paduka Baginda" (ayat saya) sedangkan orang lain yang memutuskan perkara. Ahmad Kamal menceritakan bagaimana pernah suatu masa British hendak memperkenalkan permainan loteri dalam Persekutuan tetapi Sultan Kedah membantah lalu mengingatkan bahawa ia melibatkan hal ehwal Islam yang mana raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa lalu tidak perlu mengikut 'nasihat' Pesuruhjaya. Tetapi akhirnya siapa yang menyebabkan ia lulus? Kata beliau parti politik Perikatan. Ini kerana mereka memerlukan wang dari loteri itu untuk belanja.




Setelah beberapa lama naik pembicara kedua Dr Suffian bin Mansor. Tajuk. Beliau diberikan tajuk "Isu dan Cabaran Pembentukan Persekutuan Malaysia".







Namun beliau mengubah sedikit tajuk untuk memberikan tumpuan pada hal Sarawak dan Sabah. Hmm... biasanya orang akan sebut Sabah dahulu baru Sarawak. Rupa-rupanya beliau orang Sarawak... :]













Beliau menggunakan banyak slaid. Dengan itu tidaklah perlu saya mengulas ya...









Saya telah mengambil semua gambar slaid yang dipaparkan.

















































































Rakaman majlis boleh dilihat di sini. Untuk makluman ini adalah artikel ke-2,313 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan