Ahad, Mac 06, 2022

Agenda Yahudi dan media - Bahagian 2

Menyambung usaha daripada artikel  Agenda Yahudi dan media - Bahagian 1. Dengan membuat suntingan pada isi artikel Agenda Yahudi dan Media bahagian 2 yang disiarkan lebih 15 tahun lalu.



Gambar hiasan : Daripada Internet...


Saya sendiri pernah diarahkan untuk mengubah fakta demi kepentingan pihak tertentu semasa menjadi wartawan meja berita utama akhbar The New Straits Times. Contohnya semasa meliputi satu demonstrasi jalanan yang diadakan oleh penyokong bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Bila balik ke pejabat pengarang bertanya berapa ramai yang menghadiri demonstrasi. Menurut anggaran saya, ada dalam 1,000 orang. 

Pengarang pun mengarahkan agar mengurangkan angka dalam laporan Tak ingat dah berapa, mungkin sekitar 500 sahaja. Yang pasti jumlah kehadiran penyokong Anwar diturunkan secara drastik untuk tatapan umum. Saya pun menurut sahaja kerana kalau letak 1,000 pun ia pasti diubah bila laporan disunting. 

Rupanya orang lain pun buat kerja begitu malah lagi dasyat. Laporan mengenai peristiwa yang sama tetapi ditulis oleh wartawan agensi luar mengatakan demonstrasi jalanan itu dihadiri 3,000 orang! Adakah saya tersilap kira, wartawan asing yang betul? Rasanya tidak. Walaupun ini mungkin berlaku dan pernah berlaku dalam laporan akhbar seorang wartawan yang berpengalaman boleh membuat anggaran yang cukup menghampiri kebenaran.  

Contohnya jika sebuah stadium diketahui boleh memuatkan 12,000 orang, tak salah jika menganggarkan terdapat 6,000 penonton hadir jika stadium kelihatan setengah penuh. Mungkin jumlah tepat penonton yang hadir adalah 5,576 orang. Tetapi kita tidak perlu terlalu teliti kerana pembaca pun bukan hendak tahu secara mendalam. 

Cukuplah sekadar memberikan gambaran jumlah kehadiran. Lainlah kalau mengemukakan sesuatu statistik atau maklumat yang memerlukan ketepatan. Contohnya, kita tidak boleh melaporkan harga saham sesuatu syarikat sebagai RM2.00 sesaham jika harga sebenar adalah RM1.97. Kerana pembaca yang minat berniaga saham tidak boleh tersalah kira. Itupun masih munasabah untuk mengatakan harga saham adalah sekitar RM2.00, Ini kerana perkataan "sekitar" itu sendiri menunjukkan anggaran. 

Apapun, lagi banyak peristiwa pernah diliputi harus lebih baik anggaran. Tetapi kalau 1,000 orang dikatakan cuma 500 atau ditambah menjadi 3,000 tentu ada kesilapan kalau tidak pun penipuan. Begitu juga kalau saham berharga RM1.97 dilaporkan sebagai RM3.00. Ini adalan kesalahan yang tidak boleh dimaafkan kerana boleh menyebabkan orang ramai silap perkiraan. 

Jadi apa yang telah berlaku? Inilah yang dinamakan agenda. Saya diarahkan untuk menukar angka 1,000 kepada 500 orang sebagai menghadiri demonstrasi jalanan kerana akhbar NST mendukung kerajaan. Mereka mahu pembaca menganggap penyokong Anwar Ibrahim tidaklah sebanyak mana. Ini juga dilakukan supaya peristiwa nampak lebih kecil daripada yang sebenar demi kestabilan negara. Yalah kalau ramai sangat menyokong demonstrasi orang akan fikir Kuala Lumpur berada dalam kekecohan. 

Ini boleh menakutkan rakyat atau orang luar yang ingin datang atau melabur. Walaupun 1,000 orang bukanlah sebesar mana ia cukup untuk membuat sesetengah orang menganggap Malaysia sedang menuju kehancuran. Lebih-lebih lagi melihatkan apa berlaku di Indonesia ketika itu. Demonstrasi jalanan telah menyebabkan Presiden Suharto akhirnya digulingkan. 

Kalau ini menyebabkan Indonesia kembali aman tak mengapa juga. Sebaliknya ia makin melarat. Ini yang tak mahu jadi di Malaysia. Apapun, disebabkan laporan yang diubah atau dimanipulasikanlah ramai rakyat Malaysia hilang kepercayaan terhadap akhbar dan media utama tempatan. 

Berita-berita mengenai perbicaraan Anwar Ibrahim memang nampak begitu berat sebelah dan memualkan walaupun ada sumber-sumber selain daripada yang ditonjolkan di mahkamah berani bersumpah dengan nama Allah bahawa Anwar pernah melakukan perkara yang didakwa. Media Malaysia terlalu memukul Anwar sehingga nampak sangat yang mereka dok ampu kerajaan. Tetapi yang ramai boleh percaya bulat-bulat kat berita-berita daripada sumber asing tu kenapa? Awak tak sedar ke diorang pun ada agenda? Awak ingat media macam CNN tu siapa punya? Apakah mereka teringin nak tolong kita? 

Adakah mereka membela Anwar demi kemakmuran rakyat Malaysia? Huh... jangan haraplah. Tahu tak yang CNN pernah menggunakan video klip huru hara di Indonesia tetapi melabelkannya sebagai demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur supaya orang luar ingat Malaysia sedang menuju kehancuran? Orang luar seperti di Britain, Amerika dan Eropah bukan tahu keadaan sebenar. Malah ada yang  tak tahu pun di mana terletaknya Malaysia. Pada mereka huru hara yang berlaku di Indonesia sedang berlaku di seluruh Alam Melayu kecuali di Singapura. Kerana ramai warga luar kenal republik itu. 

Yalah, anak emas Amerika memanglah disokong media Yahudi. Lagipun memang Singapura mengamalkan cara hidup Yahudi daripada banyak segi terutamanya dalam perniagaan dan bidang-bidang berkaitan. Sebenarnya Yahudi memang ingin kita menjadi huru hara seperti di Indonesia. Ini keranan Malaysia adalah negara Islam yang paling lantang bersuara dan berpengaruh di pentas dunia. 

Mereka tak mahu orang Islam berjaya. Tengoklah di serata dunia berapa banyak negara Islam sudah dipermainkan melalui berbagai cara termasuk melaga-lagakan pemimpin bagi menerbitkan huru hara. Negara hara, Israel tak mungkin berjaya diwujudkan oleh Amerika Syarikat dan Britain jika Palestin dan negara-negara Arab sekelilingnya kuat dan bersatu. Kata negara Islam, ikut sunnah Rasulullah SAW. Kan baginda suruh kita semua bersatu? Apasal sibuk berlaga sesama sendiri? Siapa punya kerja ni sehingga boleh jadi begini? Cubalah fikir. 

Tetapi apa nak dibuat? Dah terhantuk baru nak termengadah. Takkan nak tengok Malaysia pun diperkudakan? Dahlah Singapura yang menggunakan taktik Israel untuk terus wujud dikelilingi negara-negara Melayu asyik menyinggung perasaan, pasal masalah airlah, wang simpanan pekerjalah dan sebagainya. Tahu tak, askar Singapura memang dilatih oleh Yahudi? 

Kalau Malaysia lingkup kerana taktik media asing semasa kecoh pasal kes Anwar jangan fikir Singapura takkan ambil peluang. Sekurang-kurangnya mereka boleh membeli  borong syarikat-syarikat utama kita, wadah perjuangan orang Melayu dalam dunia perniagaan. Kerana mereka kaya dan harga saham syarikat pula banyak jatuh meredum. Kalau ini terjadi, apa akan jadi kepada usaha untuk memartabatkan bangsa? Nasib baiklah ada undang-undang pemilikan saham yang menjaga hak bumiputera. 

Malah Singapura sememangnya pernah menganggu kita semasa krisis ekonomi tahun 1997. Melalui CLOB iaitu satu pasaran saham yang memperniagakan saham-saham syarikat Malaysia tetapi berpusat di pulau itu. Bank-bank di Singapura pula pernah menawarkan bunga  atau kadar faedah yang amat tinggi bagi simpanan matawang Malaysia. Ini menyebabkan sesetengah anak tempatan termasuk orang Melayu yang menjadi kaya raya melalui Dasar Ekonomi Baru mengeluarkan simpanan Ringgit Malaysia di bank-bank tempatan untuk dilaburkan di Singapura. 

Ia bukan sahaja menyebabkan simpanan Ringgit kita merosot malah membuka peluang untuk orang luar terus bermain-main dengan ekonomi kita. Untuk pengetahun wang inilah yang kemudiannya diperniagakan para pelabur antarabangsa yang kebanyakannya orang Yahudi atau didalangi Yahudi dalam pasaran spekulasi matawang antarabangsa lalu menyebabkan usaha untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia menjadi sukar. Media antarabangsa yang didalangi Yahudi pula memainkan peranan dengan menerbitkan cerita untuk mempengaruhi orang ramai supaya menganggap segala ini sebagai perkara biasa dalam ekonomi dunia. Menurut mereka, apa yang berlaku adalah menurut hukum alam seperti diajar dalam kuliah prinsip makroekonomi. 

Seolah-olah rakyat Malaysia dan negara sekitarnya memang patut menderita, syarikat-syarikat perniagaan mesti dibungkuskan untuk kebaikan sejagat. Kononnya apa yang terjadi adalah disebabkan ekonomi Malaysia tidak diuruskan dengan cekap malah penuh dengan amalan kroni dan nepotisma. Mana boleh brother. Ini penipuan yang nyata. 

Sebab itu Dr Mahathir terpaksa menarik Ringgit Malaysia keluar daripada pasaran dunia. Matawang kita diisytiharkan tidak sah diperlakukan di luar sempadan negara. Nilai matawang ditetapkan pada kadar tukaran RM3.80 bagi US$1. Ini dilakukan kerana nilai matawang Malaysia banyak merosot akibat permainan pelabur asing lalu menyebabkan kos import meningkat begitu mendadak. 

Bayangkan dahulu kadar tukaran adalah sekitar RM2.50 bagi satu Dolar Amerika. Jadi barangan luar yang dahulunya berharga sekitar RM25 dah naik menjadi RM38 sementara hutang piutang yang melibatkan pinjaman dari luar negara meningkat 50 peratus dalam masa kurang setahun. Kalau Mahathir tak buat langkah sedrastik ini ada kemungkinan duit Malaysia akan jatuh lebih teruk seperti berlaku pada Rupiah Indonesia. Rakyat akan menderita kerana harga barang naik, hutang bertambah dan sebagainya dan ini akan membawa kepada huru hara. 

Dalam keadaan ini, tak mustahil Melayu akan berperang semula dengan Cina.  Lebih-lebih lagi kerana banyak barangan keperluan seperti beras berada di dalam tangan mereka. Kos kehidupan yang meningkat akan memaksa orang ramai hilang akal lalu mencari jalan mudah dengan merompak sahaja barangan di gedung-gedung perniagaan yang kebanyakkannya dipunyai keturunan Cina. Keadaan akan menjadi lebih teruk daripada peristiwa hitam 13 Mei tahun 1969. Adakah itu yang kita mahu? 

Urusniaga CLOB pula diharamkan menyebabkan saham-saham syarikat Malaysia yang dipegang melalui bursa itu dibekukan. Langkah ini memang patut dibuat sejak  dahulu lagi kerana semua saham syarikat Malaysia sepatutnya diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur sahaja. Sekurang-kurangnya untuk menjamin ketelusan mengikut undang-undang negara. Tetapi orang Singapura mana peduli? Pada mereka kerajaan Malaysia telah berlaku zalim kerana membekukan saham mereka. Siapa suruh main kat situ? BSKL kan ada... 

Bukannya orang luar tidak boleh melabur di KL. Malah kewujudan CLOB adalah salah satu sebab kenapa ekonomi Malaysia menghadapi masalah sekitar tahun 1997. Ini kerana saham-saham syarikat Malaysia boleh dipermainkan sesuka hati pelabur asing tanpa dapat dikawal oleh mana-mana badan di Malaysia, baik BSKL, kerajaan mahupun Bank Negara. Tidakkah ini zalim kepada rakyat Malaysia? 

Tetapi apa boleh dibuat? Kalau dia buat kita tak apa. Bila balas balik kita pulak dikatakan zalim. Padahal kita cuma mahu menyelamatkan diri daripada malapetaka yang diterbitkan mereka. 

Media asing pun apa lagi, terus bantai Dr Mahathir dan Malaysia. Kononnya cara-cara menyelamatkan ekonomi yang dikemukan beliau tidak boleh dipakai langsung kerana melanggar teori ekonomi. Malaysia diramalkan akan gagal segagalnya. Perkara inilah yang diperbesarkan media asing yang didalangi Yahudi daripada hari ke hari sejak langkah-langkah penyelamatan drastik itu diambil. Tak habis-habis kutuk Malaysia macamlah orang kita tak mampu menerbitkan teori ekonomi sendiri. Padahal sebenarnya mereka marah kerana tidak berjaya menjatuhkan Malaysia dan Dr Mahathir. 

Mereka juga begitu marah kerana kejatuhan Anwar. Ini disebabkan Anwar adalah calon yang ingin diletak sebagai boneka mereka. Siapakah yang menyebabkan ekonomi Malaysia menjadi semakin tenat selepas mula-mula diserang spekulator matawang dahulu kalau bukan Anwar? Ingat bagus ke langkah yang dibuatnya untuk menaikkan kadar faedah pinjaman di Bank Negara serta mengurangkan tempoh pinjaman tidak berbayar daripada enam bulan menjadi tiga bulan? Rakyat biasa juga merana kerana terpaksa membuat bayar bulanan lebih untuk rumah dan kenderaan. 

Anwar senang je cakap. Katanya langkah ini adalah menurut cadangan badan kewangan dunia IMF dan mampu memulihkan ekonomi. Ya ke? Jadi lebih lingkup mungkin. 

Anwar bukanlah sepandai mana seperti diwar-warkan media asing. Dia memang pandai bercakap. Itu memang diakui ramai. Tetapi daripada segi kegeligaan otak untuk mentadbir negara? Dia sebenarnya jauh di belakang Dr Mahathir. 

Bab ni tanyalah pada orang yang tahu. Sebab itu dia memiliki ramai penasihat. Setengah orang beranggapan ini menunjukkan Anwar mendengar cakap orang lain, suka bermusyawarah, tidak seperti Mahathir yang selalu mahu buat kerja "my way". Yang diorang tak perasan atau buat -buat tak perasan, Anwar sebenarnya banyak dengar cakap Amerika. 

Cuba kaji balik apa yang dibuat semasa dia masih berkuasa. Lebih-lebih lagi sejak memegang jawatan IMF dan pernah disambut dengan begitu terhormat ketika melawat negara polis dunia. Bagaimana negara kita nak terus merdeka jika pemimpin tersohor kita mengikut telunjuk orang lain? Harap Anwar insaf dengan kenyataan ini. 

Media asing cuma menyokongnya untuk menjatuhkan Dr Mahathir, itu aje. Ingat diorang nak tolong orang Melayu? No way! Tetapi itulah kerja media asing. Boleh kata setiap berita yang disiarkan dibuat atas makna tertentu demi mencapai tujuan tertentu. 

Yang kurang sedikit agenda mungkin berita sukan. Berita hiburan jangan cakaplah... segalanya dibuat supaya satu dunia terkinja-kinja terlompat-lompat mengikut perangai orang yang akhlak dan moralnya rendah. Ini juga perancangan Yahudi supaya umum menjadi bodoh, bebal dan senang diperkudakan.

Sebenarnya kegunaan akhbar-akhbar dan lain-lain media massa dalam menyebarkan sesuatu agenda memang termaktub dalam rancangan jahat golongan Zionis untuk menguasai dunia. Malah dalam zaman ini mereka menganggap wadah tersebut lebih berkesan berbanding wadah-wadah lain seperti politik, perniagaan, undang-undang atau ketenteraan kerana mampu meracuni fikiran awam secara halus supaya percaya apa yang dirancang Yahudi adalah baik untuk mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan