Sabtu, Mei 01, 2021

Menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah

OK. Sementara ada masa sebelum bergerak balik kampung ke Tanjung Sepat. Menyambung gerak dan proses daripada artikel Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama.


Perjalanan ini dibuat atas asbab mahu menyambut dan bercuti Aidil Adha atau Hari Raya Haji di rumah ibu bapa di Muar awal Ogos 2020. Harus diberitahu bahawa sebelum itu dan buat beberapa lama iaitu sejak 18 Mac rakyat Malaysia dilarang membuat perjalanan rentas negeri malah rentas mukim pun tak boleh akibat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bagi membendung wabak virus Covid-19. Dengan itu kami tidak dapat kembali ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan Syawal dua bulan sebelum itu. Hujung musim raya iaitu pada 10 Jun baru PKP dilonggarkan untuk membenarkan rentas negeri  lalu ada balik kampung.

Sejak kelonggaran diberikan kami ada membuat beberapa perjalanan sederhana jauh termasuk ke Muar. Tetapi cuma satu sahaja ada diceritakan. Lihat KKB-Fraser-Raub-JB dan sedikit luahan rasa. Tapi kalau betul-betul jauh kali terakhir adalah ketika ke Krabi, Thailand penghujung tahun 2019. Itupun diduga masalah kereta rosak teruk lalu harus meninggalkannya di suatu tempat sambil kami meneruskan perjalanan dengan pengangkutan awam. Lihat Kompilasi cerita perjalanan Krabi dan selatan Thailand Disember 2019

Ketika berada di Muar untuk Raya Haji seorang kawan telah menghantar posting ke Facebook (lihat gambar atas) menunjukkan sebuah masjid lama di Negeri Sembilan. Kebetulan selepas Muar kami mahu singgah ke rumah kakak isteri di negeri tersebut. Lalu penjejakan masjid-masjid lama pun dibuat sambil singgah ke lain-lain tempat membawa pada jarak keseluruhan lebih 700 km. 


1. A brief excursion to Gunung Ledang
















Oh. Satu catatan penting tentang penulisan artikel ini. Ketika dimulakan sekitar jam 3.15 petang saya fikir boleh menyiapkannya selewatnya pada jam 4. Ketika membuat semakan akhir baru tersedar bahawa kami ada pergi ke Tanjung Sepat. Ingatkan selepas ke Masjid Tuan Tulis terus bergerak kembali ke rumah. 

Disebabkan itu saya harus melakarkan kembali laluan dalam Google Map untuk menentukan jarak sebenar keseluruhan perjalanan. Tetapi isteri sudah tidak sabar menunggu untuk balik kampung. Dengan itu bergeraklah kami lalu sampai sekitar jam 6.20 petang. Selepas menyelesaikan satu urusan baru dapat menyambung kembali penulisan.

Ketika memandu menuju ke Tanjung Sepat saya bertanya kepada isteri bilakah kali terakhir ke sana. Jawab beliau ketika kembali dari Muar selepas Aidil Adha tahun lalu (2020). Allah. Terasa ada sebab kenapa cerita ini tidak sempat disiapkan di rumah kami di Rawang. Nampaknya ia harus disiapkan di Tanjung Sepat... untuk 'menyambung' daripada persinggahan terakhir iaitu selepas menjejak masjid-masjid lama di Negeri Sembilan sekitar Aidil Adha 1441 Hijriah.

Untuk pengetahuan artikel ini adalah yang ke-2,121 di blogspot CATATAN SI MERAH SILU. Terasa ada satu faktor melibatkan Negeri Sembilan perlu diterokai dan digali memandangkan artikel sebelum ini Perjalanan ke Jelai dan bermalam di dua masjid lama juga ada kena mengena dengan masjid dan negeri. Begitu juga halnya artikel ke-2,112 iaitu Ke PD bersama keluarga. Hmm...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan