Selasa, April 20, 2021

Kompilasi cerita ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004

Seperti biasa untuk melengkapkan suatu siri kena ada artikel kompilasi.


Perjalanan ini berlaku sebelum pertengahan tahun 2004 atas asbab untuk menyelamatkan teman wanita lama daripada satu masalah melibatkan permainan kebatinan puja semangat dan roh. Ketika itu saya baru 2-3 bulan kalau tak salah kembali daripada perjalanan pertama ke Aceh. Lihat Kompilasi cerita "Berpetualang ke Aceh" tahun 2004. Beberapa bulan sebelum ke Aceh pula ada pergi ke Terengganu atas asbab mahu mendapatkan wasilah kerohanian ke Aceh. Lihat Kompilasi cerita kali pertama ke makam Tok Pulau Manis tahun 2003. Maka perjalanan ke Terengganu tahun 2004 itu seperti melengkapkan satu pusingan cerita Terengganu-Aceh-Terengganu. 

Hal ini nampak jelas apabila muncul beberapa faktor kerohanian melibatkan legasi para wali. Apapun ia akhirnya selesai dengan saya mencapai jarak keseluruhan 1,870 km atas darat. Itupun boleh jadi lebih 1,900 km kerana ada bahagian tertentu perjalanan diabaikan kerana kurang jelas ingatan tentangnya. Walaupun ada lebih banyak boleh dikongsikan cukuplah empat artikel berikut untuk mewakili keseluruhan cerita.


1. Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - Asbab berlaku perjalanan

2. Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - 'Memotong saluran kebatinan' di Bukit Besar dan faktor Saidina Hassan

3. Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - Keramat hidup Engku Mokhsin, waris misteri Pulau Manis dan Tok Gajah?

4. Ke Terengganu selepas Aceh tahun 2004 - Pergi balik pergi balik Kota Bahru dan zikir khusus Al-Kahfi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan