Salam semua. Hari ini ingin saya berkongsi cerita satu peristiwa yang sangat bermakna buat saya dengan sejumlah kawan lama. Ia adalah majlis reunion atau pertemuan semula kawan-kawan sama sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Sains Johor bagi batch 1983-1987. Ini adalah bagi kami yang lahir tahun 1970. Lalu tahun 2020 ini kami masuk umur 50.
Majlis diadakan di tempat rehat sebelah stesyen minyak Petronas milik seorang kawan di selatan Kuala Lumpur. Ia telah bermula seawal jam 4 petang tetapi saya sampai jam 10.30 malam. Maaf gambar kabur...
Saya sampai lewat kerana perlu menghadiri satu majlis zikir di Kampung Tunku, Petaling Jaya dari Maghrib sehingga jam 9.30. Kemudian harus menunggu pula hujan lebat reda kerana menunggang motosikal besar kesayangan.
Saya tidak dapat menggunakan kereta kerana isteri mahu membawa anak-anak balik ke kampung beliau di Tanjung Sepat bagi majlis kenduri keluarga. Kereta kami lagi satu pula masih berada dalam bengkel di Ipoh setelah berlaku kerosakan dalam perjalanan mahu ke selatan Thailand lebih sebulan lalu. Rujuk artikel-artikel berikut :-
Apapun alhamdulillah saya selamat sampai meredah jarak 17 km dari Kampung Tunku ke lokasi majlis reunion dalam keadaan hujan sudah tinggal renyai-renyai, tidak lebat lagi seperti sebelum itu. Perkara pertama dibuat adalah bersalaman dengan kawan-kawan. Kemudian termenung lama tak terkata apa.
Makin naik umur ni makin banyak taman tumbuh dalam hati. Mudah sungguh rasa tersentuh dan terharu melihat kawan-kawan yang sama membesar dahulu di sekolah berasrama penuh lebih 30 tahun lalu. Dan tentunya reunion kali ini lebih bermakna kerana kami semua hendak masuk umur 50 tahun iaitu setengah abad. Dan ada beberapa orang daripada kami sebenarnya sudah pun genap umur setengah abad.
Dimaklumkan saya adalah orang terakhir sampai. Lega mendengar bahawa belum ada meninggalkan majlis kerana memang menunggu saya sampai.
Masuk jam 11.05 kawan-kawan mengatur diri supaya dapat bergambar beramai-ramai sebelum ada bersurai.
Inilah muka-muka yang hadir. Gambar diambil oleh anak pemilik tempat. Biar disenaraikan nama menurut kedudukan dalam gambar seperti berikut :-
Barisan hadapan dari kiri ke kanan :-
1. Wak Satiman
2. Mat Pop
3. Muzaffar @ Amoi
4. Syed Fareed @ Arab
5. Esa Ismail
6. Topoi
7. Rozita
8. Zarina Hussein
9. Raha
10. Hazlin
11. Sam (tokway stesyen minyak dan pemilik tempat)
Diri tengah kiri ke kanan :-
12. Zaidi Isa @ Sobeh
13. Azreen
14. Mat Sahlan
15. Tajudin
16. Zaki @ Mat Peng
17. Faris
18. Nasir
19. Zul Mid
20. Suhaimi @ Parjo
21. Midun
22. Kamaruzzaman @ Man Bilal
23. Saini Salim @ Sintut
24. Aku le tu, Fahrulradzi (la ni orang biasa panggil Merah Silu)
Berdiri belakang kiri ke kanan :-
25. Aziz Degek
26. Mamu
27. Adrian @ Pak Yan
28. Azhar @ Kerang
29. Lokman
30. Ahmad Rozlee @ Lawi
31. Jamil
32. Khairul A'amali @ Cacing (pernah sekali terlupa aku sebut Cicak daaa)
Selepas bergambar hampir separuh daripada mereka pun beredar. Sekarang biar digunakan gambar-gambar yang diletakkan kawan-kawan di grup WhatsApp. Kita mula dengan menunjukkan suasana waktu siang sambil saya menyambung cerita.
Satu perkara menarik - Jumlah 32 orang datang ini adalah sama seperti pada majlis reunion kami ketika masuk umur 40 tahun iaitu pada 10 tahun lalu. Lokasinya pun di stesyen minyak sama, cuma dahulu dalam bangunan kedai, yang baru ini di luar kedai. Lihat artikel Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... di blogspot BERPETUALANG KE ACEH.
Sedihnya, ada yang datang masa dahulu itu sudah meninggal dunia. Al-Fatihah kepada arwah Nurul Helmi @ McKay yang kembali ke rahmatullah tahun lepas. Katanya akibat serangan jantung.
Pada majlis ini juga saya dapat tahu, rupa-rupanya ada 2 orang kawan lama kami telah kembali ke rahmatullah jauh lebih awal. Seorang katanya tidak lama selepas keluar sekolah. Beliau meninggal akibat kemalangan jalanraya.
Sambil itu ada pula kawan yang katanya sudah menimang cucu.
Yang nyata pada usia sudah setengah abad ini kami rata-rata memang tidak setangkas dan sesihat dahulu.
Ada antara kami yang dahulu pelari pecut 100 meter sudah jauh berubah sosok badan sehingga dah tak nampak tang mananya boleh jadi pelari pecut dahulu. Ada pula sebaliknya - dahulu badan berisi 'giler' sekarang kelihatan lebih kurus dan sihat pula.
Yang pasti kami sangat beruntung masih dipanjangkan umur dalam keadaan cukup sihat sehingga dapat berkumpul dan bergaul dengan kawan-kawan lama. Antaranya ada 2-3 orang yang sudah bertahun bertugas di luar negara baru sahaja kembali ke Malaysia.
Syukur juga ada beberapa orang sudi membeli buku terbaru merangkap buku ke-13 saya yang terbitkan sendiri Jun 2019. Rujuk artikel-artikel berikut...
Selepas tengah malam saya dan beberapa orang kawan layan jamming dalam studio muzik yang ada di stesyen minyak. Ketika ini masih ada dalam 6-7 orang berlegar-legar. Dekat jam 3 baru selesai.
Apabila kawan-kawan kembali ke rumah saya memilih untuk menginap di studio. Nak balik rumah lebih 50 km jauh, sudah begitu lewat malam dan hujan pun sedang renyai-renyai. Jam 10 pagi mahu ke ISTAC (Institut Antarabangsa Pemikiran dan Dunia Islam) di Bukit Tunku untuk satu majlis halaqah. Maka lebih baik berehat di studio. Memang saya sudah bersedia dengan barangan untuk menginap di luar...
Sebagai mengakhiri artikel biar dikumpulkan pautan bagi artikel-artikel lama tentang reunion bersama kawan-kawan Sekolah Sains. Biar diletakkan sekali bulan dan tahun ia berlangsung :-
1. Open house di Ampang, barbecue geng moto beso di Rawang dan perjumpaan kawan lama SMSJ di Kajang (Okt 2008)
3. Sains Johor upon reaching 40 reunion for batch 83-87... (Jan 2010)
6. Perjumpaan bekas pelajar di Masjid Besi dan lain-lain hal (Okt 2011)
7. Beraya awal minggu ke-3 ganti shooting Daulah Melayu (Ogos 2015)
8. Reunion kecil Sains Johor sambil meraikan buku baru "Mencari Diri dan Erti" (Sept 2015)
9. Reunion kecil kawan Sekolah Sains dan urusan di Sarang Art Hub - Bila jiwa lama rock datang menjenguk... (Feb 2017)
Dengan itu dapat dilihat dengan jelas bahawa kali terakhir saya menghadiri majlis sebegini bersama kawan-kawan Sekolah Sains adalah hampir 2 tahun lalu. Difahamkan di celah-celah itu ada majlis-majlis lebih formal melibatkan semua batch tapi saya tak pergi. Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan, kelapangan dan rezeki agar dapat bertemu lagi pada kesempatan-kesempatan akan datang insyaallah. Amin :]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan