Selasa, Jun 25, 2019

'Melepaskan angin' di Putrajaya dan beberapa tempat...

Salam malam Selasa 21 Syawal. Adapun sejak beberapa bulan kebelakangan  saya amat jarang hendak bercerita tentang perjalanan walaupun ada ke sana ke mari dalam tempoh waktu itu. Esok saya akan membuat satu perjalanan keliling Lembah Klang dan sebahagian negeri Selangor melibatkan buku terbaru. Ini akan diceritakan nanti. Untuk malam ini sebagai 'pelepas angin' biar dikongsikan perjalanan kecil hujung minggu baru ini...


Perjalanan kecil ini dibuat untuk menghadiri majlis rumah terbuka raya dan qeqah seorang abang ipar di Tanjung Sepat, Selangor. Saya dan keluarga bergerak petang Sabtu 23 Jun 2019...


Dari rumah kami di Sungai Buaya, Rawang kami masuk ke pusat bandar raya Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan lebih teruk di merata jalan-jalan luar...


Dari pusat bandar raya terus mengambil Lebuh Raya MEX ke Putrajaya...





Masuk Putrajaya jalan-jalan sat...











Terlihat papan tanda ini yang kelihatan paling nyata di halaman Masjid Putra terfikir... ni betul-betul nak ambil hati orang Cina nampaknya ya...


Masuk ke dalam pula terbetik dalam hati - entah sudah berapa banyak kali sampai ke sini rasanya tak pernah melepak sampai ke mimbar...


Menikmati suasana sekeliling...








Sampai ke Presint 4 selalu merasa 'terpanggil' untuk singgah di satu kawasan yang katanya adalah pusat sebuah kerajaan ghaib...


Ini pula gambar daripada keesokan harinya iaitu dalam perjalanan kembali dari Tanjung Sepat ke rumah.


Selepas pantai Morib kami mengambil laluan persisiran ke Jugra...


'
Singgahlah ke makam Raja Berayun di kaki Bukit Jugra.


'



Pergi kerja kahwin di Kampung Bandar, Jugra...





Dalam perjalanan untuk berhari raya di sekitar Gombak dan Selayang pula singgah di rumah peninggalan seorang seniman yang sangat terkenal. Lihat artikel Pustaka Peringatan P. Ramlee (P Ramlee Memorial) di blogspot SENI LAMA MELAYU (MALAY OLDEN ART).




Tiada ulasan:

Catat Ulasan